Archive for category Uncategorized

Cerpen : Ramadhan yang kurindui



28 Syaban

“ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna”

Terdengar lagu Harapan Ramadhan oleh Raihan yang dimainkan hot.fm, begitulah Am bakal menghabiskan masa cuti musim panasnya di Shiga, Jepun. Cuti musim panasnya baru sahaja bermula setelah menamatkan peperiksaan akhir penggal dengan jayanya. Peperiksaannya di Ritsumeikan Universiti tidak semudah yang di sangka, penumpuan sewaktu di dalam kelas, ulangkaji dengan perbincangan terutama dalam menghadapi subjek yang ‘maut’ untuknya iaitu elektromagnetism.

Ironiknya, kali ini, bulan puasa jatuh pada musim panas di Jepun. Di mana siangnya panjang dan malamnya yang pendek, biasanya subuh bermula jam 3.20 pagi dan maghrib pada jam 7.00 malam. Di tambah dengan cuaca panas yang menyengat, sehingga kadangkala mencecah 37’C. Ramai juga orang-orang tua di Jepun ini yang mati akibat terhidrasi sewaktu tidur, begitulah suasana di sini. Perbanyakkan minum air memang perlu.

Read the rest of this entry »

, ,

5 Comments

Selamat Datang Ramadhan

Jika suatu hari, sebuah pasaraya berdekatan membuat satu promosi, beli 1 dapat 10, ditambah lagi dengan diskaun70% untuk setiap barangan yang terdapat di pasaraya itu. Tidak setakat itu sahaja, lampu-lampu isyarat untuk ke kedai itu dihijaukan agar perjalanan dimudahkan, malah tempat letak kereta juga diperbanyakkan agar tidak berlaku kesesakan lalulintas. Lantas siapa yang tidak mahu datang ke pasaraya sebegini.

Sudah pasti ramai yang akan mengunjungi pasaraya seperti ini, untuk mereka yang tidak mahu pergi, pastinya mereka-mereka ini memang langsung tidak berminat dengan tawaran yang disediakan oleh pasaraya tersebut.

Hendakkan tawaran yang bagaimana lagi, walaupun setelah tawaran yang banyak sedemikian rupa, masih memilih untuk tidak pergi, tidak mengambil bahagian dalam jualan sebegini.

Read the rest of this entry »

,

7 Comments

Tulislah sesuatu yang Berhikmah

Hari demi hari, banyak Blog-blog baru yang muncul, semuanya atas sebab yang paling besar iaitu untuk meluahkan perasaan, agak ada yang mendengar, agar ada yang masih lagi mengambil berat.

Tetapi seringkali terjumpa dengan blog-blog yang tidak mempunyai matlamat tertentu, mungkin hanya sekadar luahan perasaan, menulis bila ada mood sahaja, bila tiada mood tidak perlu menulis.

Apapun, marilah kita bersama-sama menulis sesuatu yang berhikmah, yang mungkin ianya mengandungi pengalaman sendiri atau apa sahaja yang boleh dikongsikan bersama kepada semua pembaca.

Tips menulis pertama;

Suatu ketika dahulu, pernah saya dengar dari mulut Faisal Tehrani. Seorang penulis novel yang hebat dan terkenal di Malaysia, antara novelnya yang saya minati adalah Tuhan Manusia dan Surat-surat Perempuan Johor. Masih tiada kesempatan untuk membaca novel beliau yang lainnya. Kedua-dua novel di cadangkan oleh Junior saya iaitu saudara Akmal, boleh lawati blognya di sini.

Saudara Faisal Tehrani pernah berkata, suatu ketika dahulu ketika dia baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan, dia telah berjumpa dengan Sasterawan Negara A. Samad Said. Apa yang A. Samad Said beritahu kepada saudara Faisal Tehrani?

“Jika ingin menjadi seorang penulis, pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis”

Ingin menulis sesuatu kena banyak membaca dari menulis, baru tidak kering idea.

Tips menulis kedua;

Tips ini saya dapat dari blog Saifulislam.com;

“Walaupun mungkin tulisan saya untuk Majalah I pendek sahaja, namun prinsip saya ialah seorang penulis mesti lebih banyak membaca daripada menulis. Jika seorang penulis lebih banyak menulis daripada membaca, maka itulah saat-saat bangkrap seorang penulis” SUMBER

Oleh itu, tulislah sesuatu yang bermanfaat, untuk itu, haruslah banyak membaca dari menulis. Sama juga dengan penceramah yang banyak bercakap tetapi kurang sekali bahan bacaannya.

Apapun, selamat menulis.

, ,

6 Comments

Dalam cinta ada Dia

Pada suatu hari, sedang Ahmad duduk menghadap pantai yang membiru dengan buaian ombak yang beralun-alaun segar, Ahmad ditanya oleh seniornya, Hazim;

“Ahmad rasa apa itu cinta?”

Ahmad menoleh ke arah Hazim dengan wajah yang pelik dan musykil. Tidak terduga ia tiba-tiba ditanya mengenai cinta.

“Cinta itu satu perasaan sayang dan ingin menyayangi antara satu sama lain, boleh jadi antara ibu-bapa kepada anak-anak, boleh jadi sesama kawan-kawan, pun boleh jadi antara selain jantina, antara lelaki dan perempuan misalnya.”

Ahmad menjawab sambil tersenyum-senyum, puas rasanya bila yang terbuku di hatinya diluahkan.

“Wah, jawapan yang bernas, padat dan bermakna, saya pun setuju dengan jawapan itu. Tetapi sebelum pergi lebih jauh, Ahmad kena ingat, yang definisi cinta ini merupakan satu benda yang abstrak, jawapannya mungkin berbeza, ada yang menjawab berdasarkan pengalaman yang telah lalu, mungkin ada yang menjawabnya berdasarkan bahan bacaan yang diperolehi dan lain-lain.”

Read the rest of this entry »

, , ,

12 Comments

Kerana Sebuah Tulisan

Assalamualaikum kepada semua tuan-tuan dan puan-puan yang membaca artikel ini juga yang sudah sekian lama mengikuti perjalanan blog ini.

Hari ini, ingin ingin kongsikan, suatu rahsia yang mungkin tuan puan sudah sedia maklum akannya, tetapi seringkali juga terlepas pandang mengenainya.

Tetapi sebelum itu, boleh tuan-tuan dan puan-puan beritahu saya siapa yang ingin dirinya sedih, gundah gulana yang seringkali melanda dirinya. Siapa yang inginkan kesedihan dalam hidupnya, tetapi ada juga kesedihan yang melanda, maka kemudian muncullah buku, Jangan Bersedih karya Abdullah Al Qarn. Siapa yang mahukan kesengsaraan dalam hidupnya, tiada siapa yang mahukan kesengsaraan dan jika ada, pastinya ada sahaja  kisah-kisah penawar duka, buat hati yang sering terluka dan gundah gulana dek resahnya jiwa.

Read the rest of this entry »

,

7 Comments

Senyuman di Pagi Hari

Bangun pagi-pagi, Alhamdulillah hidup lagi, masih bernafas untuk meneruskan kehidupan sehari-hari.

Setelah selesai semua perkara yang wajib, mulalah membuka internet untuk mengetahui berita terkini. Piala Dunia dan hal-hal yang berkaitan dengannya.

Membaca dan terus membaca, mengharapkan yang hari ini akan lebih baik dari semalam, atau adakah ianya hanya sekadar harapan.

Bersiap-siap untuk ke makmal, menyambung research yang tidak sudah, makin banyak yang sudah di buat, makin banyak juga yang diminta untuk dilakukan. Apapun hari ini mesti lebih baik dari semalam, jangankan pula hari ini lebih buru dari semalam, tiada apa-apa dan langsung tidak tahu untuk buat apa.

2 Comments

Makin Berakal makin Kental

Berbeza dengan makhluk lainnya, manusia dikurniakan akal untuk berfikir, membezakan antara yang baik dan buruk.

Harimau mungkin ada gigi yang tajam, ular ada patukan berbisa, Cheetah dengan larian yang bertenaganya, tetapi manusia, hanya dengan akalnya. Jika beruang kutub di kutub utara, berbulu lebat, manusia menggunakan akal untuk membuat baju setebal bulu beruang kutub dari bulu kambing. Manusia mungkin tidak segagah harimau, namun harimau jua yang terkena jerat buatan manusia. Semuanya akal dan ia letaknya di otak.

Otak manusia memang hebat, lagi-lagi jika digunakan pada jalan yang betul, banyak masalah telah selesai bila manusia menggunakan akalnya untuk berfikir. Lihat sekeliling, teknologi lahir daripada pemerhatian manusia terhadap masalah sekitar. Dengan akal, masalah selesai, itu sangka kita sebagai manusia.

Read the rest of this entry »

,

4 Comments

Pengalaman Bekerja Part Time

Pengalaman demi pengalaman dikutip, segalanya berharga kerana tinggal beberapa bulan lagi sebelum aku menamatkan pengajian dalam Mechanical Engineering di Tokai University di Jepun.

Banyak pengalaman yang telah aku lalui dalam masa 1 tahun setengah ini, ada yang seronok pun begitu sebaliknya, tapi, kalau semua pengalaman seronok, maka tak jadilah ia pengalaman.

Untuk kali ini, aku akan meceritakan tentang pengalaman aku bekerja di pusat recycle di Jepun, walaupun baru sekejap, tapi rasanya boleh diceritakan untuk dijadikan iktibar akan budaya orang Jepun yang best yang di amalkan di sana.

Sekarang ini, di Jepun, cuaca adalah lebih kurang sama dengan suhu di Malaysia, agak panas, tapi itu tidak mematahkan semangat untuk aku bekerja secara Part Time bersama rakan-rakan yang lain.

Read the rest of this entry »

, ,

6 Comments

Fanomena Kibaran Bendera

Waving Flag,

Dunia sedang megah mengibar bendera masing-masing, tatkala seluruh pelusuk dunia tertumpu di kejohanan bola sepak Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan, kita pastinya sama-sama terikut dengan rentak yang di alunkan dunia kini.

When I get older, I will be stronger,
They’ll call me freedom, just like a Waving Flag,
And then it goes back, and then it goes back,
And then it goes back

Rentak lagu Wavin Flag seakan-akan menjadi suatu fanomena masa kini, rentak ceria dan menghiburkan yang dinyanyikan oleh penyanyi yang berketurunan Somalia, K’naan atau nama sebenarnya, Keinan Abdi Warsame.

Read the rest of this entry »

2 Comments

Yang Senang Jadi Susah

[sini]

Semakin hari, apabila dilihat sekeliling kita, banyak ciptaan dan teknologi baru yang terhasil. Penemuan-penemuan dalam bidang teknologi tentulah untuk menjadikan kerja seharian yang dilakukan manusia bertambah mudah. Jika semakin sukar, tentulah tiada siapa yang inginkan teknologi itu, betul tak?

Penciptaan komputer dan internet tentunya mengubah hidup manusia, dengan adanya dua benda itu, manusia semakin mudah untuk berhubung dan banyak perkara lain. Internet juga menjadi sumber rezeki bagi kebanyakan manusia tanpa mengira sama ada di Malaysia mahupun di dunia. Tentu sahaja dapat dilihat daripada wujudnya jutawan internet yang sekarang ini semakin tumbuh umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Teknologi Iphone dari Apple dapat membuktikan yang talifon itu bukan sekadar SMS dan berbual. Untuk aku dan pengguna Iphone lainnya, kemudahan Internet tanpa limit membolehkan internet di gunakan di mana-mana sahaja dan di Jepun ini, tentulah, waktu yang paling sesuai untuk digunakannya di dalam kereta api. Terutama sekali jarak perjalanan yang kadangkala memakan masa sehingga 2 jam atau lebih. Jika perlukan Quran untuk di baca, hanya perlu membuka aplikasi Quran (ada yang percuma) dan boleh terus membacanya. Ianya semudah A, B, dan C. Adakah slogan, “kini semuanya di tangan anda” memang benar-benar di tangan anda?. Tentulah anda sendiri yang menentukannya.

Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithin

, ,

No Comments