Archive for category Politik
Kebebasan
Posted by far_east00 in Pandangan, Politik on November 20, 2009
‘Terbang bebas laksana burung di langit’
Siapa yang tidak bercita-cita untuk hidup tidak dalam kongkongan. Menjadi orang suruhan pihak atasan, terutama sekali apabila melihat hasil peribumi sendiri jatuh ke tangan orang lain.
‘umpama tetamu yang datang ke rumah kita, kemudian menghalau kita keluar dari rumah, atau memberikan bilik kecil untuk kita, yang lain menjadi hak tetamu’
Kekayaan Negara dirampas, hasil kekayaan tidak menjadi milik peribumi, malah peribumi tidak diberikan hak-haknya yang sepatutnya untuk memerintah. Apabila hak-hak mereka dinafikan, maka muncullah rakyat yang bangun untuk bersuara, bersuara untuk mendapatkan kembali hak-hak yang menjadi milik mereka yang telah dirampas. Inilah yang dinamakan sebagai Gerakan Kemerdekaan.
Kereta Api terakhir dan Hakikat Jepun
Posted by far_east00 in Pandangan, Politik on August 30, 2009
Apa yang ada pada kereta api terakhir?, terutama sekali apabila menaiki kereta api terakhir di Jepun. Hanya ketika itu kita dapat melihat keadaan dan gambaran sebenar perwatakan bangsa Jepun. Ya satu bangsa yang kuat bekerja, mempunyai sistem pengangkutan yang hebat, mesra dengan pelanggan, akan tetapi apabila menaiki kereta api terakhir terserahlah perwatakan mereka yang sebenar.
Mungkin bagi yang sudah tinggal lama di Jepun ianya seakan menjadi satu perkara yang sudah biasa, akan tetapi ianya bukan menjadi satu perkara yang biasa bagi mereka yang masih lagi mempunyai iman di dada. Apakah perkara biasa itu?
Penahanan Tanpa Bicara
Posted by far_east00 in Pandangan, Politik on August 2, 2009
Semalam semua berjalan seperti biasa, tapi bagi mereka yang peka dengan apa yang terjadi di persekitaran mereka, pasti mereka merasakan sesuatu yang luar biasa sedang terjadi. Yang mungkin sekali bakal mengubah sejarah.
Jepun
Di Jepun semalam telah berlangsung festival yang gilang gemilang. Festival pada setiap tahun yang dirayakan pada musim panas, hanabi (bunga api). Dan aku juga salah seorang bersama ribuan rakyat Jepun menyaksikannya di Yokohama. Bunga api yang cukup besar dan sangat hebat. Mungkin lebih baik bagi mereka yang menyaksikannya sendiri.
Setelah habis, aku pun meneruskan perjalanan ke rumah Hadi. Perjalanan malam ke Hachiouji mengambil masa selama kira-kira satu Jam dari Yokohama, Alhamdulillah akhirnya tiba dirumah. Sedang duduk-duduk sambil menonton television, terbuka berita jam 12 dan didalam itu terdapat satu berita yang menarik perhatian.
Tahniah Untuk Dato Seri Najib
Posted by far_east00 in Politik on April 4, 2009
![]() |
| Tahniah |
Alhamdulillah jika diikutkan sudah dua minggu aku berada di negara matahari terbit ini. Segala-galanya berjalan lancar kiranya, juga jutaan terima kasih kepada sempai-sempai (seniors) yang banyak membantu dalam mengangkut dan membeli barang-barang keperluan rumah. Kiranya sukar juga pada awalnya untuk membiasakan diri dengan waktu di Jepun, perbezaan waktu subuh yang bermula seawal 4.00 AM kini mungkin sudah biasa. Begitulah serba sedikit kehidupan di Jepun.
Namun disebabkan ketiadaan internet, perkembangan dunia luar tidak diketahui. Mungkin menjadi katak di bawah tempurung untuk seminggu. Kini Alhamdulillah, berkat teknologi opticel fiber, internet dapat dilayari dengan pantas sekali. Mungkin banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dengan internet yang amat pantas ini.
Apapun, peralihan kuasa antara Tun Abdullah Ahmad Badawi (Kini Tun) dan Dato Seri Najib Tun Razak telahpun berlaku. Walaupun terlambat, Tahniah diucapkan. Tahniah untuk Dato Seri Najib Tun Razak walaupun seringkali dikaitkan dengan skandal pembunuhan warga Mongolia dan skandal kewangan yang membabitkan Kapal Selam Scorpene dan Jet Sukhoi serta krisis kewangan di Perak, kami warga Malaysia dari perantauan mengharapkan Malaysia untuk terus maju dan yang paling penting sekali kemajuan dari aspek spiritual.
Walauapapun, mampukah Dato Seri yang kemampuannya sering dipertikaikan dalam mengurus kewangan negara untuk memulihkan ekonomi Malaysia? Sama-sama kita saksikan.
Artikel ini tiada kaitan dengan mana-mana parti politik juga bukan untuk turut sama berkempen pada pilihanraya di Bukit Gantang, Miri dan tempat-tempat lain.
Pergolakan Politik : Sebuah pandangan
Posted by far_east00 in Politik, Sensasi & Terkini on March 4, 2009
![]() |
| pergolakan |
Saban hari kita sering mendengar berita-berita politik negara yang sungguh membosankan dan kadang-kadang ada yang terasa meluat dengan pergolakan politik yang berlaku. Pihak A menuduh pihak B dan pihak B pula menuduh pihak A, berita culik-menculik, campurtangan raja dalam politik, hinggakan kepentingan ekonomi dan kesejahteraan negara terabai akibat dakyah dan politik yang makin membosankan.
Justeru, ramai yang diantaranya mahasiswa-mahasiswa yang dulunya mengikuti perkembangan politik kini semakin jauh untuk tidak mengetahui langsung tentang perkembangan yang berlaku. Rimas kata mereka. Ini mahasiswa-mahasiswa yang dulunya mempunyai minat terhadap perkembangan politik, bagaimana pula yang langsung tiada minat? Jauh sekali Read the rest of this entry »
Lompat si Katak Lompat
Posted by far_east00 in Politik, Sensasi & Terkini on February 6, 2009
![]() |
| Lompat dan lompat, lompat tinggi-tinggi |
Lompat si katak lompat, lompatlah tinggi-tinggi
Tatkala sekarang ini aku sedang menghadapi peperiksaan semester akhir, banyak perkara yang berlaku dan yang paling ‘panas’ adalah perkara yang berlaku dalam negara sendiri. Peristiwa dramatis lompat melompat parti sedang berlaku di Perak yang di mana turut melibatkan Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah.
Peristiwa bermula apabila ADUN Bota iaitu Datuk Nasaruddin Hashim melompat dari UMNO ke PKR yang bertahan selama 10 hari kemudian melompat semula ke UMNO. Kemudian 3 ADUN dari Pakatan Rakyat, 2 dari Keadilan dan satu dari DAP melompat menyertai Barisan Nasional dan ADUN yang terlibat adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang).








Recent Comments