Archive for category Travelog

Hanami (Tengok Bunga)

P4041130

Empat musim kesemuanya, setiap musim mempunyai kelebihan dan keunikan yang tersendiri, segalanya berbeza, dan jika di amati, ianya semakin mendekatkan kita kepada yang maha pencipta. Apa yang dicipta itu indah, begitulah dengan penciptanya.

Musim-musim berlalu dan kini, di Jepun, musim bunga mengambil tempat. Pada musim ini, pastinya keindahan bunga sakura menjadi sebutan. Munculnya hanya lebih kurang dua minggu, kemudian kembali gugur ke tanah, walaupun hanya dua minggu, keindahannya meninggalkan bekas kepada manusia.

Read the rest of this entry »

,

3 Comments

Berjalan Luaskan Pengalaman

Suatu ketika dahulu sewaktu aku sedang menggunting rambut, aku telah berbual-bual dengan tukang gunting rambut tersebut tentang perihal mecari pengalaman sewaktu muda. Masa muda merupakan waktu yang sangat berharga terutamanya sebelum kahwin. “Masa muda nil ah engkau kena gunakan masa untuk berjalan-jalan atau pergi melancong, nanti kalau dah kahwin ke kalau dah kerja ke susah sikit nak berjalan-jalan ke rumah kawan-kawan” Kata abang penggunting rambut itu.

“Macam mana boleh jadi macam tu pula, boleh je kan kalau nak melancong semasa kahwin” aku bertanya. “Boleh tu memang boleh tapi susah sikit la, bila dah kahwin nanti yang jadi susah sebab, bila dah kahwin kena pergi berdua, lagila kalau dah ada anak kecik, makin susah kalau nak berjalan atau melancong. Kalau tiba-tiba budak tu menangis kan jadi susah, jadi masa muda ni engkau manfaatkanlah sebaiknya, sebelum melangkah ke alam seterusnya”
Ketika itu aku hanya mampu mengangguk, mungkin betul, mungkin tidak, dari segi logik akal memang betul rasanya.

Read the rest of this entry »

,

13 Comments

Lailatul Qadar di Tokyo itu Indah

GEMERSIIK-Jejak Lailatul Qadr3222

Mengejar 10 malam terakhir

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar.
Al Qadr;1

“Salam kepada saudara-saudara, berkenaan dengan program yang akan berlangsung di Masjid Asakusa, sesiapa yang lapang harap boleh menghadirkan diri” Berikut email yang diterima dari saudara Ihsan memaklumkan ada aktiviti yang bakal berlangsung.

Ternyata, keputusan untuk tidak pulang ke Malaysia, lantas untuk merasa indahnya suasana satu syawal di perantauan tidaklah hambar seperti yang diperkatakan. Alangkah indah apabila masa terisi dengan program-program yang membolehkan perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia yang masih berada di Jepun diteruskan.

Read the rest of this entry »

, , , ,

No Comments

Kembara Fuji ‘09 Slaid Show

3 Comments

Menawan Puncak Fuji

Tidak tergambar dengan kata-kata, akan keindahan ciptaan tuhan ketika melihat dari atas awan, apatah lagi pada ketinggian 3776m dari aras laut!! Dengan bangunan sekecil semut, manusia? Langsung tidak kelihatan. Namun keindahan yang dilihat dengan mata tidak dapat digambarkan dengan perkataan kerana tiada perkataan yang dapat menggambarkan keindahan ciptaan tuhan. Gambar yang diambil juga berbeza kerana, suasana yang sejuk, keadaan kurang oksigen langsung berbeza dengan gambar yang dilihat biasa. Ternyata lensa ciptaan tuhan yang ada di mata langsung tidak tidak sama dengan lensa ciptaan manusia meskipun D-SLR digunakan!

P8130070

Destinasi pertama pendakian adalah Kawaguchitou Stesyen yang terletak di Yamanashi Prefecture. Sedikit demi sedikit mereka yang menyertai ekspedisi datang dengan semangat yang membara untuk menawan pucak tertinggi Jepun.

408

Di Kawaguchitou, menunggu yang lain untuk tiba.

Ekspedisi diketuai saudara Fauzair atau lebih mesra dipanggil Kungpow yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti of Yamanasi. Ternyata pengalamannya yang pernah memanjat Gunung Fuji sekali, banyak membantu dalam ekspedisi kali ini.

Read the rest of this entry »

, ,

6 Comments

Kembara yang Menenangkan

Aku memulakan catatan kembara pada kali ini dengan lafaz bismillah dan dan sepotong ayat Al-Quran dari Surah Al Ra’d Ayat 3

Dan Dialah Yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. ia juga melindungi siang Dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum Yang (mahu) berfikir.

Kembara Cameron 2009 dibawah air terjun yang menenangkan

Tatkala waktu menunjukkan pukul 2.05 pagi, tatkala sibuk dengan dunia internet, kadangkala wujud juga perasaan kagum terhadap apa yang dicipta oleh manusia. Dunia tanpa sempadan, teknologi wireless, internet di korea yang membolehkan mereka melayari internet pada kelajuan 1Gb ke atas, kadangkala lupa juga yang Allahlah yang maha pencipta.

Juga sudah menjadi minat aku untuk cenderung membaca blog-blog politik, mencari informasi terkini, berita-berita hangat di internet dan juga bola sepak. Meminati pasukan bola yang dilabel pro yahudi ataupun aku hanya sekadar melihat keputusan perlawanan sahaja. Semuanya bergantung kepada keadaan.

Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithin

4 Comments