Archive for category Pandangan

Pecutan Saat Akhir

Pada suatu hari terdapat satu perlumbaan, lari pecut 300 meter.  Mana yang pantas akan berjaya, yang berlengah akan terus tertinggal dan tidak akan dapat memperoleh hadiah yang hebat.

Alkisah perlumbaan bermula, Ali memecut pada 100 meter yang pertama, diikuti Ahmad dan Nasir, masing-masing ingin menunjukkan siapa yang lebih hebat bagi memperoleh hadiah yang dijanjikan. Ali terus memecut meninggalkan peserta-peserta lainnya.

Tetapi, pecutan Ali hanyalah untuk 100 meter pertama, pada 100 meter yang berikutnya dia termengah gara-gara memakan kari ikan terlebih banyak, lantas Nasir yang tadinya berada di tempat kedua berjaya memintas Ali, Ali hanya mampu melihat tanpa berkata apa-apa. Tidak semena-mena Ali dipotong lagi, dan kini dia berada di tempat ketiga. Namun Ali terus tidak berputus asa walaupun di potong sebegitu, kerana baginya pecutan di 100 meter yang terakhir yang akan menentukan segala-galanya.

Tiba di 100 meter yang terakhir, tanpa menghiraukan mengah yang melanda dirinya, dia terus memecut, harapannya untuk memotong Ahmad dan Nasir. Namun Ali juga tersilap, Ahmad dan Nasir juga memecut pada 100 meter, mana tidaknya, 100 meter yang terakhir itulah yang akan menentukan segala-galanya.

Ketiga-tiga mereka terus memecut, pecutan mereka bertiga di saat-saat terakhir itu sungguh luar biasa. Semua untuk membuktikan yang mereka layak mendapat gelaran juara pecut lantas memenangi hadiah yang luar biasa itu.

Akhirnya semua tiba di garisan penamat dengan jayanya, siapa yang menjadi juara itu tidak penting, yang paling penting pecutan di saat terakhir itu, kerana kini sudah masuk 10 malam terakhir, 100 meter yang terakhir, rugilah bagi mereka yang masih berlengah-lengah. Beruntunglah mereka yang memasuki fasa pecutan, untuk yang berbaki beberapa hari ini, marilah kita terus memecut.

sumber gambar

, ,

1 Comment

Trio 3 si Bodoh (3 Idiots)

Ingain tahu apakah itu persaingan

”remember life is a race”

hidup ini merupakan satu persaingan, jika tidak bersaing, maka orang lain akan memusnahkan hidup seseorang

“compete or die”.

Itulah antara pengajaran-pengajaran ekstrem yang juga untuk di kutuk melalui filem 3 Idiots, filem yang mengisahkan gaya hidup pelajar-pelajar di Universiti dalam bersaing sesama mereka, belajar dan menjadi yang terbaik di dalam jurusan Engineering mereka. Cuba membawa satu mentaliti yang sering di amalkan masyarakat kini iaitu, jika bayi yang dilahirkan adalah lelaki, maka Engineer adalah kerjaya yang diharapkan dari keluarga, jika perempuan, kerjaya sebagai doktor adalah yang diharapkan darinya.

Sebuah filem yang menarik yang cuba memberi gambaran tentang kehidupan remaja, juga kadangkala mengutuk sistem pembelajaran yang ada dengan analogi yang menarik. Segalanya seakan-akan satu gurauan, dan ianya memberi sebuah pengajaran yang bermakna kepada penonton yang menonton filem ini.

Teknik hafalan membabi buta tentu sahaja bukan menjadi teknik yang di syorkan dalam filem ini, apa yang penting bukan kejayaan tetapi kecermerlangan, “chase excellence success will follow”. Hendak tahu apa itu kecermerlangan dan kejayaan, tontonilah filem ini.

Filem yang cukup bermakna yang dibintangi, Amir Khan juga Kareena Kapoo

Untuk link download:

http://bit.ly/9fed2l

12 Comments

Sehangat Piala Dunia

Demam bola, makan bola, tidur bola, semuanya bola. Yang jauh jadi dekat, yang dekat makin rapat, yang rapat terus rapat, semuanya kerana bola. Bola oh bola.

Ramai yang menjadi rapat kerana bola, menjadi topik bualan golongan masa kini, tanpa mengira tua, muda, remaja, lelaki dan perempuan yang meminati bola walaupun tidak semua. Daripada yang berada di Afrika, sehinggalah ke Kutub Utara, pasti akan ada sahaja peminat bola walau di mana sahaja manusia berada. Sukan ini seakan-akan sudah menjadi suatu fanomena untuk manusia abad ini. Betul ke? Mungkin tidak…

“Bola itu melalaikan”, wah, ramai juga yang berkata begitu. “Bola merupakan suatu sukan yang dicipta oleh orang Yahudi untuk melalaikan umat Islam khususnya, jadi tak payah la tengok bola”, kalau yang ini pernah dengar juga, mungkin betul. “Daripada bagun tengok bola malam-malam, baik bangun buat Qiamullail, lagi banyak faedah”, alhamdulillah jika bangun malam Qiyamullail.

Read the rest of this entry »

, , , ,

6 Comments

Kenapa ya?

Sering terjadi, “mengapa ya?” ataupun “kenapa ya” menjadi mainan dalam minda kita saban hari. Daripada perkara-perkara yang besar ke perkara-perkara yang kecil dalam kehidupan ini. Seringkali kita akan bertanya kenapa, “kenapa kena lakukan ini?” “kenapa kena bayar lebih?” “kenapa nak belajar sampai ke luar negara?” semuanya kenapa. Selalunya, jawapan kepada kenapa ini mempunyai rasionalnya yang tersendiri, juga kadangkala langsung tiada jawapan dalam kenapa ini.

“Apa rancangan hidup selepas ini? Sambung belajar di Jepun atau balik ke Malaysia?”

“Balik insyaAllah”

“Kenapa balik?”

Read the rest of this entry »

1 Comment

Bersatu perlukan Inspirasi

Memang menjadi lumrah yang manusia diciptakan dengan berlainan bangsa, agar saling kenal mengenal dan tolong menolong sesama manusia.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujurat : 13)

Namun begitu, menyatukan bangsa yang berbeza bukan suatu tugas yang mudah. Banyak peperangan etnik yang tercetus disebabkan oleh ideology bangsa yang melampau.

Read the rest of this entry »

,

8 Comments

Cita-cita Unggul

Diceritakan semula, sebuah kisah dari seorang kawan. Sebuah kisah yang mungkin menjadi pelajaran bagi pembaca blog ini khususnya.

Hidupnya penuh dengan cita-cita, bermacam-macam cita-cita yang ingin dia jadi. Semuanya adalah kerana pengaruh filem dan drama. Apabila melihat filem Star Wars, ingin rasanya menjadi seorang Hero seperti pahlawan Jedi. Apabila menonton Drama bersiri Stargate, teringin untuk menjadi seorang Saintis yang berjaya.

Menjelang sekolah menengah, dia tekad untuk menjadi seorang doktor. Berkorban untuk mengubati pesakit, berbakti kepada mansyarakat umum dengan sepenuh hati. Ketika itu, kalau nak jadi Doktor, gaji memang besar, lagipun status sosial pada pandangan masyarakat amatlah tinggi. Seronok rasanya kalau nak jadi doktor.

Read the rest of this entry »

, ,

No Comments

Motivasi berjaya, Yeah…

Success_Failuresumber

Terdapat banyak perbezaan di antara pelajaran yang terdapat di sekeliling kita, iaitu pelajaran yang kita perolehi dari alam sekitar, dari haiwan, dari rakan-rakan dengan pelajaran yang terdapat di sekolah.

Sejak zaman-berzaman, sistem persekolahan telah menjadikan atau melahirkan ramai manusia hebat yang terkenal sepanjang zaman. Tetapi apabila terlalu mengutamakan sistem dan mengabaikan ‘kemahiran hidup’ ternyata tidak akan membawa ke mana.

Read the rest of this entry »

, ,

20 Comments

Kebebasan

‘Terbang bebas laksana burung di langit’

Siapa yang tidak bercita-cita untuk hidup tidak dalam kongkongan. Menjadi orang suruhan pihak atasan, terutama sekali apabila melihat hasil peribumi sendiri jatuh ke tangan orang lain.

‘umpama tetamu yang datang ke rumah kita, kemudian menghalau kita keluar dari rumah, atau memberikan bilik kecil untuk kita, yang lain menjadi hak tetamu’

Kekayaan Negara dirampas, hasil kekayaan tidak menjadi milik peribumi, malah peribumi tidak diberikan hak-haknya yang sepatutnya untuk memerintah. Apabila hak-hak mereka dinafikan, maka muncullah rakyat yang bangun untuk bersuara, bersuara untuk mendapatkan kembali hak-hak yang menjadi milik mereka yang telah dirampas. Inilah yang dinamakan sebagai Gerakan Kemerdekaan.

Read the rest of this entry »

, ,

2 Comments

Kedatangan (The Arrivals)

The-Arrivals[the arrivals]

Insyaallah akan ada sambungan untuk artikel ‘kenapa asyik kahwin’ yang menekankan konsep perkahwinan dalam Islam. Sebagaimana dijangka, isu perkahwinan insyaallah mendapat sambutan ramai, termasuk yang sudah berkahwin mahupun belum. Ada yang berkata, Islam tiada benda lain untuk dibicarakan selain dari kahwin dan kahwin. Namun, mahu atau tidak, masalah penceraian di kalangan keluarga Islam makin menjadi-jadi dan salah satu sebabnya adalah kurangnya kemesraan dalam berumah tangga. Lagi, isu dan perkara yang berkaitan dengan cinta dan kahwin ini memang mudah menjadi topik terutama golongan muda-mudi seperti saya yang mempunyai keinginan kuat untuk berkahwin.

Seperti juga kahwin, ada banyak lagi topik besar dalam Islam yang seharusnya menjadi keutamaan. Alhamdulillah, dalam minggu ini saya telah terpegun dengan karya hebat hasil dari titik penuh mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Noreagaaa dan Arhernahr.

Read the rest of this entry »

, , , ,

8 Comments

Dimana Superheroku? Bahagian 2

smallville

(pic source)

Clark Kent : Why am I here, on earth?
Cousin from Krypton : To save human, of course!
Clark Kent : From what?
Cousin from Krypton : From extinction! They are trying to destroy themselves.

Clark Kent iaitu nama manusia untuk Superhero yang tidak asing lagi iaitu Superman telah didatangi oleh sepupunya dari Planet asal mereka iaitu dari Krypton dalam siri Smallville Season 7. Di atas adalah sedikit sebanyak diolog yang berlaku antara Clark dan sepupunya.

Sebenarnya dialog di atas ada yang betul dan ada yang salah. Apa yang betul? Mungkin sukar jika dikatakan yang manusia dilanda kepupusan kerana saya tiada bukti kukuh mengenainya. Akan tetapi manusia memang dan sedang memusnahkan mereka sendiri sama ada sedar atau tidak. Lihat sekeliling untuk lebih memastikan apa yang berlaku, peningkatan gas Karbon Dioksida yang menyebabkan pemanasan global. Penebangan hutan-hutan yang memusnahkan flora dan fauna. Perlumbaan membangunkan senjata di dunia dan pembunuhan demi pembunuhan demi menegakkan ideologi masing-masing dan tidak mahu mendengar pendapat golongan lain.

Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithin

, ,

2 Comments