Archive for category Cerpen
Cerpen : Ramadhan yang kurindui 2
Posted by far_east00 in Cerpen, Islamic on August 19, 2010
Cerpen : Ramadhan yang kurindui 1
1 Ramadhan 6.25 p.m.
“Allah hu akbar Allah hu akbar”
Masukalah waktu berbuka bagi kawasan Osaka dan kawasan yang sewaktu dengannya. Begitulah Am menghabiskan puasa pertamanya di rumah Abang Zam, berbuka bersama-sama rakannya Farhan dan rakan-rakan mereka yang lain yang rata-rata sudah lama tidak berjumpa.
“Alhamdulillah dapat juga kita menghabiskan puasa yang pada hari pertama Ramadhan ini” kata Am kepada Farhan sambil meneguk air setelah memakan 2 biji buah kurma.
“Setelah selesai minta semua untuk solat Maghrib dan setelah itu kita makan makanan berat pula, menu makanan kali ini adalah mee kari” Ucap Abag Zam kepada kira-kira 15 hadirin yang hadir pada malam tu.
Pada malam itu, suasananya cukup sederhana, berbuka puasa dengan sekadar kurma dan sedikit Takoyaki(sotong berbalut tepung) serta sedikit air, kemudian masing-masing di minta untuk bersolat dahulu sebelum memakan makanan yang lebih berat. Setelah selesai solat Maghrib, jamuan memakan makanan berat bermula.
“Terasa seperti berada di Malaysia walaupun sebenarnya tidak” luah Am kepada abang Zam. Abang Zam hanya tersenyum sahaja mendengar kata-kata Am.
Mujur ada keluarga yang sedang menyambung pelajaran dalam bidang PhD di Osaka Universiti datang bersama membawa sedikit makanan seperti Abang Man dan Kak Shikin, dapat juga merasa Nasi Ayam bersama ayam panggang pada malam itu. Di tambah lagi dengan suara anak-anak kecil bermain, sungguh indah sekali suasana pada malam itu.
Kemudian, kami semua menunaikan solat Isyak, seperti biasa, oleh kerana rumah Abang Zam agak luas dan pengunjung kali ini agak sedikit, maka, yang lelaki dan perempuan dapat bersolat bersama, lelaki di barisan hadapan dan perempuan di barisan belakang. Kami bersolat Isyak seperti biasa, kemudian solat terawih. Sebelum memulakan solat terawih Abang Zam meberi kata-kata aluan sebagai panduan kepada tetamu yang hadir,
“Untuk solat terawih kali ini, adalah 8 rakaat, sesiapa yang ingin menyambung kepada 20 rakaat boleh saja tetapi di rumah masing-masing. Untuk solat witir juga, di rumah sahaja kerana mungkin ada yang ingin solat hajat juga tahajjud sebelum bersahur, jadi semua tiada masalah ya?” Pinta Abang Zam sambil melihat reaksi hadirin yang hadir.
Ya, mungkin inilah yang terbaik, daripada terus-terusan berkelahi, sudah menjadi perkara biasa berkenaan dengan solat terawih, mengenai yang mana lebih afdal iaitu antara 8 rakaat atau 20 rakaat lantas mencetuskan pergaduhan sesama mereka.
Teringat dalam satu sesi usrah dengan Abang Zam, dalam bab Fiqh Keutamaan,
Kerana manisnya Dakwah
Posted by far_east00 in Cerpen, Islamic on January 6, 2010
Telah diceritakan pada suatu masa dahulu, di satu tempat yang jauh terdapat seekor Rubah yang tinggal di tepi sungai.
Hampir setiap minggu Rubah akan berjalan merentasi sungai, merentasi jambatan yang panjang untuk pergi mendapatkan sebuah Apple yang letaknya di atas sebuah bukit yang tinggi. Perjalanan untuk menaiki bukit itu bukanlah satu perjalanan yang mudah, perjalanan yang memerlukan keazaman yang tinggi, merentasi banyak halangan yang berliku. Perjalanan yang memerlukan persediaan, bekalan untuk melalui perjalanan yang panjang.
Tanpa disedari, hampir setiap minggu seekor rusa akan melihat gelagat Sang Rubah. Pada mulanya Sang Rusa hanya mengabaikan sahaja Rubah, tetapi kerana hamper setiap minggu akan muncul juga Rubah maka gelagat Rubah telah menarik perhatian Rusa. Setelah disiasat, Rusa mendapati yang tujuan Rubah memanjat bukit itu adalah untuk mendapatkan sebiji Apple yang letaknya di atas sebuah bukit.
Ghulam; Bukan sekadar cerita biasa
Posted by far_east00 in Cerpen, Islamic on November 10, 2009
Dari Suhaib bahawa Rasulullah SAW pernah bercerita:
Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut: “aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.
Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Ahirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya: “Jika kamu takutkan tukang sihir, katakana kepadanya bahawa ibubapaku menahanku (di rumah). Jika kamu takutkan ibubapamu (kerana lewat pulang), katakan kepada mereka berdua tukang sihir telah menahanku.
Iktibar ; Harta bukan segala-galanya
Posted by far_east00 in Cerpen, Islamic on October 16, 2009
“Duit itu segala-galanya”
“Kenapa engkau cakap begitu?” balas saya.
“Yelah, sekarang ni semua perlu duit, nak belajar duit, kalau sakit duit, nak makan duit, nak pergi tandas pun duit. Engkau cakap, apa benda sekarang ni yang tak guna duit?”
“Aku tak nafikan duit itu tak penting, duit penting, tapi duit Cuma keperluan bukan tujuan. Tau beza keperluan dan tujuan? Aku bukan cakap lepas ni tak payah dah nak kumpul duit, nak kumpul banyak mana sila-silalah, Cuma, aku cakap yang duit bukan segala-galanya” Saya menjawab.






Recent Comments