mohdfais.net

Pecutan Saat Akhir
Pada suatu hari terdapat satu perlumbaan, lari pecut 300 meter.  Mana yang pantas akan berjaya, yang berlengah akan terus tertinggal dan tidak akan dapat memperoleh hadiah yang hebat.

Alkisah perlumbaan bermula, Ali memecut pada 100 meter yang pertama, diikuti Ahmad dan Nasir, masing-masing ingin menunjukkan siapa yang lebih hebat bagi memperoleh hadiah yang dijanjikan. Ali terus memecut meninggalkan peserta-peserta lainnya.

Tetapi, pecutan Ali hanyalah untuk 100 meter pertama, pada 100 meter yang berikutnya dia termengah gara-gara memakan kari ikan terlebih banyak, lantas Nasir yang tadinya berada di tempat kedua berjaya memintas Ali, Ali hanya mampu melihat tanpa berkata apa-apa. Tidak semena-mena Ali dipotong lagi, dan kini dia berada di tempat ketiga. Namun Ali terus tidak berputus asa walaupun di potong sebegitu, kerana baginya pecutan di 100 meter yang terakhir yang akan menentukan segala-galanya.

Tiba di 100 meter yang terakhir, tanpa menghiraukan mengah yang melanda dirinya, dia terus memecut, harapannya untuk memotong Ahmad dan Nasir. Namun Ali juga tersilap, Ahmad dan Nasir juga memecut pada 100 meter, mana tidaknya, 100 meter yang terakhir itulah yang akan menentukan segala-galanya.

Ketiga-tiga mereka terus memecut, pecutan mereka bertiga di saat-saat terakhir itu sungguh luar biasa. Semua untuk membuktikan yang mereka layak mendapat gelaran juara pecut lantas memenangi hadiah yang luar biasa itu.

Akhirnya semua tiba di garisan penamat dengan jayanya, siapa yang menjadi juara itu tidak penting, yang paling penting pecutan di saat terakhir itu, kerana kini sudah masuk 10 malam terakhir, 100 meter yang terakhir, rugilah bagi mereka yang masih berlengah-lengah. Beruntunglah mereka yang memasuki fasa pecutan, untuk yang berbaki beberapa hari ini, marilah kita terus memecut.

sumber gambar

Trio 3 si Bodoh (3 Idiots)
Ingain tahu apakah itu persaingan

”remember life is a race”

hidup ini merupakan satu persaingan, jika tidak bersaing, maka orang lain akan memusnahkan hidup seseorang

“compete or die”.

Itulah antara pengajaran-pengajaran ekstrem yang juga untuk di kutuk melalui filem 3 Idiots, filem yang mengisahkan gaya hidup pelajar-pelajar di Universiti dalam bersaing sesama mereka, belajar dan menjadi yang terbaik di dalam jurusan Engineering mereka. Cuba membawa satu mentaliti yang sering di amalkan masyarakat kini iaitu, jika bayi yang dilahirkan adalah lelaki, maka Engineer adalah kerjaya yang diharapkan dari keluarga, jika perempuan, kerjaya sebagai doktor adalah yang diharapkan darinya.

Sebuah filem yang menarik yang cuba memberi gambaran tentang kehidupan remaja, juga kadangkala mengutuk sistem pembelajaran yang ada dengan analogi yang menarik. Segalanya seakan-akan satu gurauan, dan ianya memberi sebuah pengajaran yang bermakna kepada penonton yang menonton filem ini.

Teknik hafalan membabi buta tentu sahaja bukan menjadi teknik yang di syorkan dalam filem ini, apa yang penting bukan kejayaan tetapi kecermerlangan, “chase excellence success will follow”. Hendak tahu apa itu kecermerlangan dan kejayaan, tontonilah filem ini.

Filem yang cukup bermakna yang dibintangi, Amir Khan juga Kareena Kapoo

Untuk link download:

http://bit.ly/9fed2l

Cerpen : Ramadhan yang kurindui 2
Cerpen : Ramadhan yang kurindui 1

1 Ramadhan 6.25 p.m.

“Allah hu akbar Allah hu akbar”

Masukalah waktu berbuka bagi kawasan Osaka dan kawasan yang sewaktu dengannya. Begitulah Am menghabiskan puasa pertamanya di rumah Abang Zam, berbuka bersama-sama rakannya Farhan dan rakan-rakan mereka yang lain yang rata-rata sudah lama tidak berjumpa.

“Alhamdulillah dapat juga kita menghabiskan puasa yang pada hari pertama Ramadhan ini” kata Am kepada Farhan sambil meneguk air setelah memakan 2 biji buah kurma.

“Setelah selesai minta semua untuk solat Maghrib dan setelah itu kita makan makanan berat pula, menu makanan kali ini adalah mee kari” Ucap Abag Zam kepada kira-kira 15 hadirin yang hadir pada malam tu.

Pada malam itu, suasananya cukup sederhana, berbuka puasa dengan sekadar kurma dan sedikit Takoyaki(sotong berbalut tepung) serta sedikit air, kemudian masing-masing di minta untuk bersolat dahulu sebelum memakan makanan yang lebih berat. Setelah selesai solat Maghrib, jamuan memakan makanan berat bermula.

“Terasa seperti berada di Malaysia walaupun sebenarnya tidak” luah Am kepada abang Zam. Abang Zam hanya tersenyum sahaja mendengar kata-kata Am.

Mujur ada keluarga yang sedang menyambung pelajaran dalam bidang PhD di Osaka Universiti datang bersama membawa sedikit makanan seperti Abang Man dan Kak Shikin, dapat juga merasa Nasi Ayam bersama ayam panggang pada malam itu. Di tambah lagi dengan suara anak-anak kecil bermain, sungguh indah sekali suasana pada malam itu.

Kemudian, kami semua menunaikan solat Isyak, seperti biasa, oleh kerana rumah Abang Zam agak luas dan pengunjung kali ini agak sedikit, maka, yang lelaki dan perempuan dapat bersolat bersama, lelaki di barisan hadapan dan perempuan di barisan belakang. Kami bersolat Isyak seperti biasa, kemudian solat terawih. Sebelum memulakan solat terawih Abang Zam meberi kata-kata aluan sebagai panduan kepada tetamu yang hadir,

“Untuk solat terawih kali ini, adalah 8 rakaat, sesiapa yang ingin menyambung kepada 20 rakaat boleh saja tetapi di rumah masing-masing. Untuk solat witir juga, di rumah sahaja kerana mungkin ada yang ingin solat hajat juga tahajjud sebelum bersahur, jadi semua tiada masalah ya?” Pinta Abang Zam sambil melihat reaksi hadirin yang hadir.

Ya, mungkin inilah yang terbaik, daripada terus-terusan berkelahi, sudah menjadi perkara biasa berkenaan dengan solat terawih, mengenai yang mana lebih afdal iaitu antara 8 rakaat atau 20 rakaat lantas mencetuskan pergaduhan sesama mereka.

Teringat dalam satu sesi usrah dengan Abang Zam, dalam bab Fiqh Keutamaan,

Kata Hasan al-Banna, “Apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan (unity) umat Islam?” Mereka menjawab, “solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan  umat Islam adalah wajib”. Lantas Hasan al-Banna menjawab, “Adakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat Islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat? Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian”.

Benar sekali kata Abang Zam, sesiapa yang ingin melakukan solat terawih 8 rakaat alhamdulillah, yang mahu menunaikan 20 juga bisa, tidak perlu berkelahi sesama umat Islam keran yang lebih penting itu adalah ukhwah sesama kami, kesatuan sesama komuniti di sini.

Kemudian, dengan tidak semena-mena, setelah selesai solat terawih 4 rakaat, setelah membaca doa, Abang Zam memberhentikan solat terawih sebentar pada kali itu,

“Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan rahmat dan kurnia dari Allah dapat kita berkumpul di sini, jika kita lihat populasi penduduk Jepun yang lebih kurang 127 juta, kita telah dipilih oleh Allah untuk berada di sini, kemudian, dalam kira-kira 3000 pelajar Malaysia yang dihantar ke seleruh Jepun, kita 15 orang telah di pilih oleh Allah untuk berada di sini, semuanya atas rahmat dan kasih sayang Allah kita berada di sini dan dengan itu juga insyaAllah kita bakal ditempatkan di syurga nanti.”

“Hadirin sekalian, jika kita lihat, ramadhan datang dan pergi, adakah ianya hanya sekadar itu, datang dan pergi begitu sahaja, Ramadhan kali ini sama sahaja dengan yang sebelum-sebelumnya. Harapnya tidak begitu, kerana Ramadhan adalah satu-satunya masa untuk kita terus mendekatkan diri kepada Allah. Jika syaitan benci kepada Ramadhan, kenapa benci? Kerana pada bulan ini mereka di ikat, mereka mengeluh, jadinya, sesiapa yang mengeluh apabila tibanya bulan Ramadhan, maka nauzubillah, dia sama sahaja dengan syaitan, harap tidak begitu. Saya tidak bercadang untuk bercakap terlalu lama, mungkin di lain waktu, harap dapat meneruskan Solat Terawih kali ini” Abang Zam menghabiskan ucapannya sambil memandang kepada bilal.

Begitulah solat terawih pada malam pertama Ramadhan, setelah selesai solat terawih, kami meminta diri kepada Abang Zam untuk balik dahulu kerana takut terlepas kereta api yang bakal membawa mereka ke Shiga. Malam itu, Am pulang dengan mutiara kata yang bernilai, mungkin sebagai batu loncatan untuk terus-terusan beramal di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kemudian Am menunggu Farhan untuk terus pulang bersama-sama.

Di dalam kereta api itu, Farhan hanya terdiam sahaja, mungkin kerana selepas mendengar kata-kata nasihat daripada Abang Zam membuatkannya untuk terus berfikir.

“Kenapa?” Tanya Am.

“Dalam banyak perkara, mungkin ada benda yang senang untuk kita terima dan ada perkara yang sukar, juga memerlukan masa, malah tidak boleh diterima langsung. Manusia lain-lain kan!”

“Ya, memang begitu, tapi kenapa ya?”

“Sebenarnya….”

Bersambung……

Cerpen : Ramadhan yang kurindui
28 Syaban

“ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna”

Terdengar lagu Harapan Ramadhan oleh Raihan yang dimainkan hot.fm, begitulah Am bakal menghabiskan masa cuti musim panasnya di Shiga, Jepun. Cuti musim panasnya baru sahaja bermula setelah menamatkan peperiksaan akhir penggal dengan jayanya. Peperiksaannya di Ritsumeikan Universiti tidak semudah yang di sangka, penumpuan sewaktu di dalam kelas, ulangkaji dengan perbincangan terutama dalam menghadapi subjek yang ‘maut’ untuknya iaitu elektromagnetism.

Ironiknya, kali ini, bulan puasa jatuh pada musim panas di Jepun. Di mana siangnya panjang dan malamnya yang pendek, biasanya subuh bermula jam 3.20 pagi dan maghrib pada jam 7.00 malam. Di tambah dengan cuaca panas yang menyengat, sehingga kadangkala mencecah 37’C. Ramai juga orang-orang tua di Jepun ini yang mati akibat terhidrasi sewaktu tidur, begitulah suasana di sini. Perbanyakkan minum air memang perlu.

Namun itu tidak mematahkan semangat Am untuk terus-terusan berpuasa di Jepun. Bagi Am, yang wajib harus terlaksana, perkara yang darurat itu mungkin belakang cerita.

1 Ramadhan

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, Ramadhan kali ini juga diharap membawa seribu satu makna buatnya. Istiqamah dalam melakukan amal-amal islam di bulan Ramadhan, teringat kata-kata abang Zam, seorang senior dari Osaka Universiti, dalam satu sesi usrah;

“Ramadhan adalah satu bulan untuk umat Islam membentuk sifat-sifat taqwa kepada Allah seperti dalam surah Al Baqarah ayat 183;

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Kenapa Ramadhan itu dikaitkan dengan taqwa, cuba lihat semuala, rukun Islam terbahagi kepada 5, solat boleh dilihat, begitu juga dengan zakat dan haji, tetapi hari ini abang nak bertanya kepada kamu semua, betul ke abang berpuasa pada hari ini? Siapa yang boleh jawab? Puasa membentuk sifat jujur, jujur dengan diri sendiri, jujur dengan Allah lantas melatih sifat taqwa”

Kata-kata abang Zam masih terngiang-ngiang lagi di telinga Am, Ramadhan itu sememangnya melatih sifat taqwa dalam diri, sifat berhati-hati, jujur dalam diri juga ikhlas. Umpama berjalan di atas jalan yang berduri.

“Jika suatu hari, ada sebuah pasaraya yang menawarkan harga promosi, diskaun 70%, tidak setakat itu sahaja, beli 1 dapat 10 kemudian ditambah lagi dengan kemudahan-kemudahan lainnya, semua lampu-lampu isyarat ke pasaraya itu dihijaukan, kemudian kenderaan dilencongkan ke tempat lain untuk mengelak kesesakan lalu lintas, tempoh promosi adalah sebulan, siapa yang tidak mahu promosi seperti itu?” kata abang Zam.

“Tetapi kadangkala realiti tidak seindah mimpi, mungkin ada yang tidak inginkan promosi kali ini, kerana mereka memang langsung tidak berminat dengan tawaran sebegini, biarlah promosi apapun, aku tetap dengan dunia aku”

“Begitu juga dengan Ramadhan, Seandainya pintu Syurga sudah dibuka, pintu Neraka ditutup kunci, malah Syaitan dirantai agar lemah potensinya dalam mengganggu manusia, segala gandaan pahala diberi dan segala galakan kebaikan ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk mendapatkannya, malah didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, lantas, adakah kita masih tidak menghiraukan promosi hebat seperti ini lagi?”

Petang itu, Am tersentak, mana mungkin dia akan melepaskan tawaran hebat sebegitu, tidak ingin rasanya dia ingin menjadi seorang yang rugi, yang melepaskan tawaran hebat kali ini, mana tahu kali ini Ramadhan yang terakhir baginya.

Lamunan dan kata-kata dari Abang Zam terhenti apabila kereta api yang bakal membawanya ke Osaka tiba, destinasinya, Handaibyoinmae, stesyen kereta api yang berdekatan dengan rumah abang Zam. Perjalanannya kali ini tidaklah membosankan kerana ditemani Tasik Biwa yang membiru jauh laksana mata memandang, biarpun ianya adalah tasik, pemandangannya sungguh indah apabila melihat air yang membiru di sepanjang perjalanan, terserlah keindahan ciptaan Allah. Memang sudah sepatutnya tasik Biwa ini dinobatkan sebagai tasik terbesar di Jepun.

Di pertengahan jalan terlihat Farhan memasuki gerabak kereta api yang sama, Am terus memanggil Farhan untuk duduk disebelahnya,

“Wah, engkau juga di jemput abang Zam untuk berbuka puasa di rumahnya pada hari ini? Lama juga kita tidak berjumpa ya, mungkin kira-kira 4 bulan tidak berjumpa ya, engkau sihat sahaja?”

“betul juga, mungkin sudah kira-kira 4 bulan kita tidak berjumpa, nak buat macam mana, banyak perkara yang perlu diselesaikan, masing-masing pun sibuk, dengan belajar, pun sudah nak masuk experiment dan lain-lain” balas Farhan yang sedang melanjutkan pelajaran di Kinki Universiti.

“Macam mana ya puasa kali ini, puasa di tengah kepanasan yang membara ini”

“yelah, puasa pun puasa juga, tapi nak buat macam mana, dah puasa jatuh masa musim panas kali ini, tetapi bagus juga abang Zam ajak berbuka puasa di rumah dia, kalau tidak memang tidak buat apa-apa la kali ini” balas Farhan.

“Begitu ke? Yang penting biarlah puasa kali ini lebih baik dari yang sebelumnya”

“Sepatutnya begitu, tetapi aku tidak dapat merasai keadaan seperti itu la”Balas Farhan lagi.

Am hanya mampu memandang Farhan, jika itu yang Farhan rasa, Am tidak dapat berkata-kata apa-apa. Apapun, kereta api sudah tiba di Handaibyoinmae, destinasi seterusnya, rumah abang Zam untuk berbuka puasa.

bersambung…

Selamat Datang Ramadhan
Jika suatu hari, sebuah pasaraya berdekatan membuat satu promosi, beli 1 dapat 10, ditambah lagi dengan diskaun70% untuk setiap barangan yang terdapat di pasaraya itu. Tidak setakat itu sahaja, lampu-lampu isyarat untuk ke kedai itu dihijaukan agar perjalanan dimudahkan, malah tempat letak kereta juga diperbanyakkan agar tidak berlaku kesesakan lalulintas. Lantas siapa yang tidak mahu datang ke pasaraya sebegini.

Sudah pasti ramai yang akan mengunjungi pasaraya seperti ini, untuk mereka yang tidak mahu pergi, pastinya mereka-mereka ini memang langsung tidak berminat dengan tawaran yang disediakan oleh pasaraya tersebut.

Hendakkan tawaran yang bagaimana lagi, walaupun setelah tawaran yang banyak sedemikian rupa, masih memilih untuk tidak pergi, tidak mengambil bahagian dalam jualan sebegini.

Bagaimana pula ya dengan ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Apabila pintu syurga di buka seluas-luasnya, pintu neraka di tutup, amalan di gandakan lebih dari biasa, syaitan-syaitan dirantai. Semuanya memudahkan kita untuk terus beribadat lebih dari hari biasa. Suasana Ramadhan itu sendiri yang sememangnya bisa mendidik jiwa, terutamanya untuk bangun pada waktu malam.

Ya, siapa yang tidak mahu dengan tawaran-tawaran sebegini, mereka yang tidak inginkannya bukan kerana tidak tahu, tapi tidak ingin turut serta, walaupun tawaran-tawaran hebat sebegini.

Jadi, kita ingin jadi golongan yang mana?

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa  sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,  supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 183)

Pejam celik pejam celik, tinggal 3 hari sahaja lagi Ramadhan, kurang dari seminggu, bagaimana persiapan kita sempena dengan Ramadhan.

Bagaimana kondisi fizikal, moga-moga sihat sepanjang bulan Ramadhan insyaAllah, agar ibadah boleh berlangsung terus menerus

Sudah cukup Qada puasa tahun lalu?

Apapun semoga Ramadhan kali ini menjadi lebih bermakna buat kita..

Peringatan di atas adalah untuk pembaca blog ini dan juga diri sendiri yang tidak pernah terlepas dari dosa, insyaAllah Ramadhan kali ini yang terbaik untuk kita.

Tulislah sesuatu yang Berhikmah
Hari demi hari, banyak Blog-blog baru yang muncul, semuanya atas sebab yang paling besar iaitu untuk meluahkan perasaan, agak ada yang mendengar, agar ada yang masih lagi mengambil berat.

Tetapi seringkali terjumpa dengan blog-blog yang tidak mempunyai matlamat tertentu, mungkin hanya sekadar luahan perasaan, menulis bila ada mood sahaja, bila tiada mood tidak perlu menulis.

Apapun, marilah kita bersama-sama menulis sesuatu yang berhikmah, yang mungkin ianya mengandungi pengalaman sendiri atau apa sahaja yang boleh dikongsikan bersama kepada semua pembaca.

Tips menulis pertama;

Suatu ketika dahulu, pernah saya dengar dari mulut Faisal Tehrani. Seorang penulis novel yang hebat dan terkenal di Malaysia, antara novelnya yang saya minati adalah Tuhan Manusia dan Surat-surat Perempuan Johor. Masih tiada kesempatan untuk membaca novel beliau yang lainnya. Kedua-dua novel di cadangkan oleh Junior saya iaitu saudara Akmal, boleh lawati blognya di sini.

Saudara Faisal Tehrani pernah berkata, suatu ketika dahulu ketika dia baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan, dia telah berjumpa dengan Sasterawan Negara A. Samad Said. Apa yang A. Samad Said beritahu kepada saudara Faisal Tehrani?

“Jika ingin menjadi seorang penulis, pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis”

Ingin menulis sesuatu kena banyak membaca dari menulis, baru tidak kering idea.

Tips menulis kedua;

Tips ini saya dapat dari blog Saifulislam.com;

“Walaupun mungkin tulisan saya untuk Majalah I pendek sahaja, namun prinsip saya ialah seorang penulis mesti lebih banyak membaca daripada menulis. Jika seorang penulis lebih banyak menulis daripada membaca, maka itulah saat-saat bangkrap seorang penulis” SUMBER

Oleh itu, tulislah sesuatu yang bermanfaat, untuk itu, haruslah banyak membaca dari menulis. Sama juga dengan penceramah yang banyak bercakap tetapi kurang sekali bahan bacaannya.

Apapun, selamat menulis.

Dalam cinta ada Dia
Pada suatu hari, sedang Ahmad duduk menghadap pantai yang membiru dengan buaian ombak yang beralun-alaun segar, Ahmad ditanya oleh seniornya, Hazim;

“Ahmad rasa apa itu cinta?”

Ahmad menoleh ke arah Hazim dengan wajah yang pelik dan musykil. Tidak terduga ia tiba-tiba ditanya mengenai cinta.

“Cinta itu satu perasaan sayang dan ingin menyayangi antara satu sama lain, boleh jadi antara ibu-bapa kepada anak-anak, boleh jadi sesama kawan-kawan, pun boleh jadi antara selain jantina, antara lelaki dan perempuan misalnya.”

Ahmad menjawab sambil tersenyum-senyum, puas rasanya bila yang terbuku di hatinya diluahkan.

“Wah, jawapan yang bernas, padat dan bermakna, saya pun setuju dengan jawapan itu. Tetapi sebelum pergi lebih jauh, Ahmad kena ingat, yang definisi cinta ini merupakan satu benda yang abstrak, jawapannya mungkin berbeza, ada yang menjawab berdasarkan pengalaman yang telah lalu, mungkin ada yang menjawabnya berdasarkan bahan bacaan yang diperolehi dan lain-lain.”

Ahmad tekun mendengar, namun jauh di lubuk hati Ahmad, ia inginkan jawapan peribadi Hazim mengenai cinta.

“Apakah definisi cinta mengikut Hazim ini?” Bisik Ahmad dalam hati.

Mereka terdiam sebentar, Hazim cuba memikirkan jawapan sambil angin sepoi-sepoi bahasa terkena ke mukanya.

“Cinta ada banyak jenis” Hazim berkata. “Seperti yang Ahmad katakan tadi, cinta antara ibu-bapa dan anak-anaknya, cinta antara rakan-rakan, pun ada juga cinta antara lelaki dan perempuan, semua ini boleh dikelaskan dalam cinta sesama manusia.”

“Tidak berhenti setakat itu sahaja, cinta sesama manusia juga, merupakan satu fitrah yang dikurniakan Allah.”

Tiba-tiba Hazim terlihat Ahmad tersenyum,

“Dah tau semua tu, tetapi nak dengar juga definisi cinta Hazim, apa maksud cinta bagi Hazim”. Nyampuk Ahmad.

“Sabar, belum habis lagi ni, tadi baru cinta sesama manusia, ada satu lagi cinta, cinta yang insyaAllah tidak akan luput ditelan masa, cinta yang akal kekal selama-lamanya”

“Wah, menarik ini, insyaAllah bermanfaat” balas Ahmad.

Hazim menyambung lagi, “Harus kita ingat, cinta itu terbahagi kepada dua, satu yang vertikal dan satu lagi yang horizontal, yang vertikal itu kepada Allah dan yang horizontal itu sesama manusia.”

“Cinta pun ada yang vertikal dan ada juga yang horizontal juga, menarik ini” Balas Ahmad.

“Ianya bukan sahaja menarik, tetapi harus juga diamalkan dalam kehidupan seharian kita juga ya ingat tu!”

“baik”Balas Ahmad.

Ombak terus memukul-mukul pantai, bunyi deruan ombak seolah-olah seiring dengan hujag-hujah yang ingin diperkatakan Hazim.

“Teringat kata-kata Imam Ghazali”

Kalau kamu cintakan bunga, bunga akan layu,

Kalau kamu cintakan harta, harta akan musnah,

Kalau kamu cintakan manusia, manusia pasti mati,

Tetapi cintailah Allah, kerana Allah kekal abadi.

“Satu lagi, cuba Ahmad renungi, cinta itu datangnya dari Allah, Allah yang berikan cinta kepada manusia, sememangnya pun, cinta ini milik Allah. Satu lagi Ahmad tahu apa peranan hati? Ada dalam hadis

Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat seketul daging, jika ia baik maka baiklah seluruhnya dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruhnya, sesungguhnya ia adalah hati (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jadi satu persoalan yang baik untuk Ahmad renungi apa yang ada dalam hati?”

“Dalam hati ada…”

“Tak perlu jawab, biar saya beritahu, dalam hati ada cinta, dan dalam cinta ada Dia” Balas Hazim sambil tersenyum.

Kerana Sebuah Tulisan
Assalamualaikum kepada semua tuan-tuan dan puan-puan yang membaca artikel ini juga yang sudah sekian lama mengikuti perjalanan blog ini.

Hari ini, ingin ingin kongsikan, suatu rahsia yang mungkin tuan puan sudah sedia maklum akannya, tetapi seringkali juga terlepas pandang mengenainya.

Tetapi sebelum itu, boleh tuan-tuan dan puan-puan beritahu saya siapa yang ingin dirinya sedih, gundah gulana yang seringkali melanda dirinya. Siapa yang inginkan kesedihan dalam hidupnya, tetapi ada juga kesedihan yang melanda, maka kemudian muncullah buku, Jangan Bersedih karya Abdullah Al Qarn. Siapa yang mahukan kesengsaraan dalam hidupnya, tiada siapa yang mahukan kesengsaraan dan jika ada, pastinya ada sahaja  kisah-kisah penawar duka, buat hati yang sering terluka dan gundah gulana dek resahnya jiwa.

Semua orang mahukan keseronokan, kegembiraan, kepuasan dalam melakukan sesuatu tindakan. Apa yang bakal terjadi jika tiada kepuasan, tiada keseronokan? Untuk soalan itu, tepuk dada, tanya hati. Tidak seronok dan membosankan, macam-macam yang bakal muncul nanti sebagai jawapan.

Untuk itu juga, setiap orang dijadikan berbeza, dan setiap orang mampu meraih keseronokan dan kepuasan dengan cara yang berbeza, ada yang mencari kepuasan hidup dengan mencari duit yang banyak kemudian digunakan untuk membeli keperluan material yang tidak kunjung sudah. Ada yang mencari kepuasan dengan melakukan aktiviti yang mencabar fizikal dan mental, pun ada juga yang mencari kepuasan dengan bermain permainan komputer sepanjang malam. Wah, banyaknya cara untuk mencari kepuasan, tetapi cuba tanya hati, cara untuk mencapai kepuasan itu adakah ianya mendatangkan keresahan di jiwa? Wah, cuba tanya lagi, jika tidak alhamdulillah.

Bagi Blogger, tentunya mereka mencari kepuasan dalam lapangan mereka yang tersendiri, apalagi jika ianya tidak lain selain dari bidang penulisan. Baginya, jika ia dapat meluahkan apa yang terbuku di hati, ianya sudah mendatangkan kepuasan, lihatlah, banyak blog yang menuliskan dan meluahkan apa yang terbuku di hati mereka.

Ada juga yang menulis untuk menyampaikan mesej tertentu kepada masyarakat. Mungkin ada yang memandang enteng kuasa penulisan, tetapi mungkin kita tidak dapat menyangkal kuasa Al Quran yang sudah lebih kurang 1400 tahun lebih kekal hingga ke hari ini, pun kita tidak dapat memandang sebelah mata akan karya-karya agung pembangun jiwa, novel-novel dan sajak-sajak pembakar semangat, peranan surat khabar dalam usaha menentang penjajahan British suatu ketika dulu juga peranan blogger dalam pilihanraya Umum 2008 di Malaysia.

Siapa yang tidak pernah dengar akan Tafsir Fi Zillal yang ditulis di penjara oleh Syed Qutb, malah siapa tidak pernah dengar akan Suara Dari Kamunting, semuanya hebat-hebat.

Kita mesti pernah terdengar, jika ianya hanyalah sekadar cakap mulut, percakapan yang hanya diturunkan dari ganerasi ke ganerasi. Penceritaan dari pihak pertama ke pihak kedua mungkin tidak banyak berubah, tetapi di sebalik usia dan masa, tokok tambah banyak berlaku dan akhirnya jadilah ia sekadar dongengan. Kita lihat banyak versi cerita Pak Pandir, juga cerita Puteri Gunung Ledang, namun, untuk mengelak dari terus ditokok tambah, penceritaan haruslah dijadikan dalam bentul penulisan.

Kepentingan penulisan memang tidak dapat di sangkal lagi, tetapi seringkali semangat yang menentukan segala-galanya. Adakalanya ianya seperti pepatah popular bahasa Melayu iaitu “Seperti hangat-hangat tahi ayam” atau boleh jadi “Tunduk segan mati tak mahu”. Itulah realiti yang sering melanda penulis blog dan tidak terkecuali penulis blog ini juga.

Namun, semangat yang hilang boleh dicari, asalkan matlamat untuk memberi, memberi yang terbaik untuk diri, juga sebagai teladan dan pedoman dalam mencari keredaan ilahi. Turut juga untuk menyedarkan masyarakat dan pembaca akan mesej yang bernas dan berkesan, supaya apa yang ditulis akan terus memberi kesan, dalam perjalanan sebuah kehidupan.

Yang paling penting, seronok dengan memberi yang terbaik dan pembaca puas dengan menbaca artikel yang dibaca. Namun, tengok diri sendiri, masih banyak yang perlu diperbaiki. Aku menulis bukan untuk suka-suka dan seperti kata Ramli Sarip, Aku menulis bukan kerna nama.

Senyuman di Pagi Hari
Bangun pagi-pagi, Alhamdulillah hidup lagi, masih bernafas untuk meneruskan kehidupan sehari-hari.

Setelah selesai semua perkara yang wajib, mulalah membuka internet untuk mengetahui berita terkini. Piala Dunia dan hal-hal yang berkaitan dengannya.

Membaca dan terus membaca, mengharapkan yang hari ini akan lebih baik dari semalam, atau adakah ianya hanya sekadar harapan.

Bersiap-siap untuk ke makmal, menyambung research yang tidak sudah, makin banyak yang sudah di buat, makin banyak juga yang diminta untuk dilakukan. Apapun hari ini mesti lebih baik dari semalam, jangankan pula hari ini lebih buru dari semalam, tiada apa-apa dan langsung tidak tahu untuk buat apa.

Makin Berakal makin Kental
Berbeza dengan makhluk lainnya, manusia dikurniakan akal untuk berfikir, membezakan antara yang baik dan buruk.

Harimau mungkin ada gigi yang tajam, ular ada patukan berbisa, Cheetah dengan larian yang bertenaganya, tetapi manusia, hanya dengan akalnya. Jika beruang kutub di kutub utara, berbulu lebat, manusia menggunakan akal untuk membuat baju setebal bulu beruang kutub dari bulu kambing. Manusia mungkin tidak segagah harimau, namun harimau jua yang terkena jerat buatan manusia. Semuanya akal dan ia letaknya di otak.

Otak manusia memang hebat, lagi-lagi jika digunakan pada jalan yang betul, banyak masalah telah selesai bila manusia menggunakan akalnya untuk berfikir. Lihat sekeliling, teknologi lahir daripada pemerhatian manusia terhadap masalah sekitar. Dengan akal, masalah selesai, itu sangka kita sebagai manusia.

Dengan akal, kita sangka kita dapat menyelesaikan semua masalah yang timbul di muka bumi ini. Manusia mencipta undang-undang dengan akal. Dengan akal, kita sangka, segala masalah baru akan selesai, benarkah?

Lihat sekeliling….

Lihat surat khabar….

Manusia mencipta undang-undang yang difikirkan akal untuk menyelesaikan masalah, namun, adakah ianya selesai, teruskan melihat sekeliling.

Benarkah masalah dapat diselesaikan dengan akal?

Bagaimana jika entri kali ini diakhiri dengan pernyataan “Jika benar akal sahaja dapat menyelesaikan masalah, kenapa sekarang banyak masalah?”