Archive for December, 2008
Gaza dan Kemanusiaan
Posted by far_east00 in Sensasi & Terkini on December 31, 2008
Gambar diambil dari Time.com
Serangan Israel di Gaza semakin menjadi-jadi. Sehingga kini, sudah masuk hari ke 5 serangan udara berterusan dari pihak Israel terhadap penduduk Palestin dan akan berterusan entah berapa lama lagi. Kesediaan pihak Mesir untuk menghantar ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan lain dikritik kerana tetap tidak membenarkan sempadannya di Rafah dibuka. Apa yang menghantui presiden Mesir Hosni Mubarak untuk tidak membenarkan sempadannya di Rafah dibuka menjadi tanda tanya.
Israel Terang-terangan Mencabul Hak Asasi Manusia
Posted by far_east00 in Sensasi & Terkini on December 30, 2008
Awal muharam telah berlalu dan tahun baru 2009 bakal menanti, bagi yang berada di Malaysia tentunya syukur diucapkan kerana keamanan yang dikecapi akan tetapi di saat kita menikmati keamanan, saudara-saudara kita di Gaza Palestin sedang menderita akibat serangan dari Israel. Israel telah secara terang-terang mencabul hak asasi manusia dan tiada apa yang mampu dilakukan oleh dunia dan kita seolah-olah hanya boleh menjadi penonton, penonton kepada kerakusan dan kebinatangan Israel dalam memamah dan menjamah daging rakyat-rakyat Palestin. Kita di Malaysia, sedang bersedia menyambut tahun baru 2009, bersedia untuk menghabiskan duit untuk jualan akhir tahun yang akan berakhir tidak lama lagi. Dimanakah erti persaudaraan sesama Islam yang selalu kita dengar
Disebalik Program
Posted by far_east00 in Pandangan on December 30, 2008
Alhamdulillah berakhir juga Perhimpunan Karisma Nasional(PKN08) dan Karnival Belia dan Komuniti yang berlangsung secara serentak pada 27 Disember 2008 di tempat yang sama iaitu di perkarangan Muzium Shah Alam. Aku telah menjadi salah seorang ketua AJK yang terlibat cukup memenatkan. Disebalik penganjuran sebuah program yang besar dan terlibat secara langsung membuat aku lebih mengerti akan peranan yang dimainkan oleh pekerja disebalik tabir yang menjayakan. Tanpa mereka, tidak kemanalah sesuatu program itu. Progam tidak mungkin dapat dijayakan apabila hanya seorang yang melakukan semua perkara. Mana mungkin hanya ada seorang sahaja yang berfikir kemudian dia mengatur tentatif program, dia jugalah yang mencetak buku, dia jugalah yang bertindak sebagai pengacara majlis dalam sesuatu program. Tidak mungkin seorang sahaja dapat melakukan semua benda secara serentak!
Masa Depan Yang Belum Tentu Menjanjikan Syurga
Posted by far_east00 in Motivasi on December 25, 2008
Pada 17 Disember 2008, penantian aku berakhir tatkala Mr. Kobayashi dan Mr. Yamasita memanggil nama aku dan memberi surat pengesahan LULUS untuk ke salah sebuah university di Jepun. Besyukur sekali rasa dihati kerana aku terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun didalam bidang dan universiti yang aku pilih sendiri. Terkedu juga rasa dihati bila melihat ada rakan-rakan yang tidak mendapat universiti yang diminta dan untuk mereka sepotong kata-kata ini sahajalah yang mampu aku lafaskan;
Kenangan terindah di saat terakhir sebelum pulang bercuti.
Posted by far_east00 in Kenangan on December 20, 2008
Hari jumaat datang lagi dan hari jumaat juga antara hari yang aku tunggu-tunggu kerana apa? Bukan sahaja hari jumaat itu adalah penghulu segala hari, malahan pada hari Jumaat bermula tepat jam 2115 sehingga lewat 0100 malam usrah bersama naqib aku yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Cik Roslan berjalan seperti biasa. Pada malam aku menulis artikel ini iaitu pada tanggal 19 Disember 2007 usrah juga tetap berjalan seperti biasa tapi agak berbeza dengan hari Jumaat lain, usrah pada hari ini berjalan di Dataran Shah Alam.
Sedikit coretan mengenai usrah;
Read the rest of this entry »
Salam Perkenalan
Posted by far_east00 in Uncategorized on December 19, 2008
Assalamualaikum salam perkenalan kepada semua. Alhamdulillah setelah memikirkan dengan dalam dan teliti aku pun bercadang untuk mencoretkan pendapat dan pandangan aku mengenai apa yang aku lihat dan perhatikan mengenai perkara yang kadangkala aku anggap biasa “take it for granted”, padahal luar biasa. Bersama-sama ini aku cuba menyingkap apa yang tersurat disebalik kehidupan dan luahan pendapat dan rasa tentang pelbagai topik.





Recent Comments