Archive for January, 2009

Tahniah untuk Recep Tayyip Erdogan

Untuk setiap tahun akan diadakan World Economic Forum yang bertempat di Davos Switzerland yang mengumpulkan pemimpin-pemimpin politik, pemimpin perniagaan, para bijak pandai terpilih untuk membincangkan topik-topik semasa yang membabitkan masalah yang yang sedang berlaku di dunia termasuk sekali isu yang berkaitan dengan kesihatan dan persekitaran.

Tetapi forum kali ini digunakan dengan sebaiknya oleh Perdana Menteri Turki iaitu Recep Tayyip Erdogan dengan sebaiknya untuk menyatakan serta membidas kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin. Saksikan sendiri video. Allahhuakbar!

Berikut adalah sedutan ucapan,

As he spoke, Peres often turned toward Erdogan, who in his remarks had criticized the Israeli blockade of Gaza, saying that it was an “open-air prison, isolated from the rest of the world,” and referred to the Palestinian death toll of about 1,300, more than half of them civilians. Thirteen Israelis also have been killed.

“Why did they [Hamas militants] fire rockets? There was no siege against Gaza,” Peres said, his voice rising with emotion. “Why did they fight us? What did they want? There was never a day of starvation in Gaza.”

Read the rest of this entry »

7 Comments

Erti Sebuah Kehidupan

Pengertian sebuah kehidupan cukup berbeza untuk setiap orang. Ada yang berkata hidup ini mesti mempunyai tujuan, ada lagi yang berkata hidup ini umpama misi, misi yang perlu dipenuhi dan dilaksanakan sebaiknya. Juga ada yang berkata hidup ini perlu lebih baik dari hari semalam. Yang ini diajar dalam Islam. Ada juga yang menjadikan pandangannya terhadap kehidupan sebagai motto kehidupannya seperti Erti Hidup Pada Memberi. Ada juga yang berkata hidup umpama sebuah akedemi. Sebenarnya tiada jawapan salah atau betul dalam memahami erti sebuah kehidupan asalkan ia tidak bertentangan dengan fitrah sunatullah manusia dan jika ia tidak bertentangan dengan fitrah tentulah ia selari dengan Islam kerana Islam kan selari dengan fitrah manusia.

Pandangan seseorang terhadap kehidupan itu lebih bergantung kepada pengalaman seseorang terhadap apa yang telah dilalui atau mungkin sekali pendidikan yang telah diterima sejak kecil lagi. Kemudian didikan dan pandangan tersebut mencorakkan pemikiran atau dalam bahasa yang lebih mantap lagi mencorakkan paradigma. Paradigma umpama kaca mata untuk melihat dunia dan seseorang sering menilai kehidupan melalui kaca mata mereka, mereka seringkali menilai kehidupan berdasarkan pengalaman yang terhad dan terbatas. Walaubagaimanapun, keterbatasan pandangan boleh berubah menjadi pandangan yang bernas atau dipanggil paradigm shift dan paradigm shift penting bagi mereka yang ingin berubah dan mengubah orang lain. Perubahan paradigm shift perlu sekali bagi mereka yang masih hidup terawang-awangan tanpa arah tujuan dan yang lebih teruk lagi tidak tahu tujuan hidup.

Read the rest of this entry »

6 Comments

Berakhirnya rejim pemerintahan Bush dan bermulanya Era Baru?

Bush dan Obama

Setelah 2 penggal memerintah, hari ini berakhirlah era pemerintahan Presiden Bush dan digantikan dengan Presiden kulit hitam Amerika pertama iaitu Barack Obama. Peperangan demi peperangan atas alasan memerangi pengganas telah mencemarkan imej Bush dan pentadbiran White House serta telah memburukkan nama rakyat Amerika sendiri.

Bermula dari tragedi 11 September yang mengakibatkan kemusnahan 2 buah menara World Trade Centre, Amerika menjadikan itu sebagai alasan untuk menyerang Afganistan dan Iraq yang mengakibatkan banyak nyawa yang tidak berdosa terkorban. Lagi, penahanan yang kebanyakan warga Islam yang didakwa pennganas di Guantanamo Bay dan siksaan yang mereka terima disana terus menerus menjejaskan nama baik Amerika dan sekutu-sekutunya.

Read the rest of this entry »

14 Comments

BOYCOTT Israel’s product from well known Ulama

Boycott Israel’s Product

While I looking at the internet about latest news that happened in Palestine, I found something that I think very interesting and I would like to share it here in this blog.

Read the rest of this entry »

2 Comments

Tidak Berfaedah dan Tidak Munasabah £500,000 Seminggu?

Kaka

Dunia bola sepak digegarkan dengan pembelian paling tidak munasabah dalam sejarah bola sepak dunia. Demi memiliki seorang pemain bola sepak yang berasal dari Brazil yang kini bermain di kelab AC Milan dengan gaji sebanyak £145,000 seminggu Kaka, bermain posisi tengah (midfield) telah ditawarkan untuk berpindah ke kelab Manchester City dengan yuran perpindahan sebanyak £100 juta dan gaji £500,000 seminggu ataupun sebanyak RM 2,369,660 seminggu. Adakah Kaka berbaloi untuk £500,000 seminggu? Lihat dan tentukan sendiri. Read the rest of this entry »

6 Comments

We Will Not Go Down

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight Read the rest of this entry »

No Comments

Apa Masalahnya dengan Hudud?

Lambang keadilan

Setelah sekian lama, isu hudud di Malaysia menjadi topik yang hangat dibicarakan. Topik Hudud di Malaysia seolah-olah menjadi “Taboo” sama ada kepada orang Islam mahupun yang bukan Islam sendiri. Bagi yang terang-terangan menyatakan yang mereka berada dalam ideologi sekular mungkin aku tidak begitu pelik dan heran, tetapi yang menghairankan aku adalah terdapat juga pemimpin-pemimpin Islam sendiri yang seolah-olah tidak boleh langsung mendengar perkataan HUDUD itu sendiri. Apalagi apabila mendengar HUDUD itu hendak dimaktubkan Read the rest of this entry »

13 Comments

Sudah dibenar untuk berdemonstrasi, tunggu apa lagi!!

Pejuang HAMAS

Menteri Pengajian Tinggi Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah memberi lampu hijau membenarkan pelajar-pelajar IPT untuk berdemonstrasi membantah tindakan kejam Yahudi terhadap Palestin. Beliau turut menyarankan agar pihak universiti untuk menganjurkan bantahan membantah serangan Yahudi terhadap Palestin. [Rujuk di sini]

Kalau dulu mungkin kita dibayangi dengan AUKU yang tidak membenarkan pelajar IPTA dan IPTS menyertai mana-mana aktiviti yang berbentuk demonstrasi dan lain-lain. Tapi sekarang tidak perlu dibayangi dengan Federal Reserve Unit(FRU) Special Branch(SB) dan lain-lain. Jadi, marilah Read the rest of this entry »

8 Comments

Apakah pilihan yang ada untuk Hamas?

Terbaru, Israel telah membedil sebuah sekolah milik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) dan telah membunuh 40 warga Palestin yang kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak. Sebagai menebus dosa atau kesilapan mereka atau apa sahaja alasan mereka, pihak Israel telah bersetuju untuk menghentikan peperangan selama 3 jam sehari untuk memberi laluan kepada bantuan kemanusiaan dan membantu penduduk di Gaza yang lain. [rujuk di sini] Persoalannya Read the rest of this entry »

2 Comments

Membangunkan Jiwa-jiwa Muda

Arsene Wenger

Arsene Wenger nama yang tidak asing lagi dalam dunia pengurusan bola sepak. Mendapat jolokan nama ‘The Professor’ merupakan salah seorang pengurus pasukan bola sepak terbaik dunia ketika ini. Kedatangannya ke Arsenal telah mengubah kelab itu sehingga menjadi kelab yang digeruni sehingga kini. Berbanding kelab lain yang berbelanja besar untuk mengukuhkan jentera pasukannya, Arsene wenger, walaupun mampu untuk berbelanja lebih £30 juta untuk seorang pemaian tetapi tetap berdegil dengan polisinya untuk tidak berbelanja besar. Pendekatan agak berbeza berbanding gergasi bola sepak lain seperti Liverpool, Chelsea, Manchester United mahupun Real Madrid. Baru-baru ini Real Madrid menawarkan Wenger untuk menjadi pengurus kelabnya di Bernabau dengan yuran perpindahan £25 juta untuk Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithin

12 Comments