Archive for February, 2009
Kembara yang Menenangkan
Posted by far_east00 in Travelog on February 26, 2009
Aku memulakan catatan kembara pada kali ini dengan lafaz bismillah dan dan sepotong ayat Al-Quran dari Surah Al Ra’d Ayat 3
Dan Dialah Yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. ia juga melindungi siang Dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum Yang (mahu) berfikir.
| Kembara Cameron 2009 dibawah air terjun yang menenangkan |
Tatkala waktu menunjukkan pukul 2.05 pagi, tatkala sibuk dengan dunia internet, kadangkala wujud juga perasaan kagum terhadap apa yang dicipta oleh manusia. Dunia tanpa sempadan, teknologi wireless, internet di korea yang membolehkan mereka melayari internet pada kelajuan 1Gb ke atas, kadangkala lupa juga yang Allahlah yang maha pencipta.
Juga sudah menjadi minat aku untuk cenderung membaca blog-blog politik, mencari informasi terkini, berita-berita hangat di internet dan juga bola sepak. Meminati pasukan bola yang dilabel pro yahudi ataupun aku hanya sekadar melihat keputusan perlawanan sahaja. Semuanya bergantung kepada keadaan.
Kasih Ibu Membawa ke Syurga
Posted by far_east00 in Motivasi on February 19, 2009
Pengorbanan ibu memang tiada gantinya. Mereka tidak mengharapkan wang ringgit setelah anak-anaknya berjaya dalam kerjaya sebagai seorang manusia, akan tetapi mereka butuhkan kasih dan sayang anak-anaknya. Apalah guna wang dan ringgit jika hendak dibandingkan dengan jasa ibu tanpa penat dan lelah membesarkan anak-anaknya. Dari kecil kita diasuh dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang umpama minyak yang penuh, komited dan penuh dedekasi dalam menjalankan tugas sebagai seorang ibu. Inilah dia ibu, memberi cinta tanpa syarat, memberi kasih sayang tanpa diminta.
Pepatah ada berkata seorang ibu seorang boleh menjaga 10 orang anak, tapi belum tentu 10 orang anak boleh menjaga seorang ibu. Pepatah ini ada benarnya, di saat dunia yang semakin pesat membangun, kita disibukkan dengan urusan dunia dan kadangkala kita lupa tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapa apatah lagi kepada tuhan yang menjadikan. Jangan lupa sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
Dapatkan kasih ibu, dunia milik kamu!
Mungkin aku juga pernah berjanji seperti itu, menjanjikan kepada keluarga khususnya ibu dan bapa, bila aku besar nanti aku nak jadi itu dan ini kemudian aku nak bawa mereka ke sana ke sini. Tapi apa jaminan aku untuk tidak menjadi seperti anak-anak yang digambarkan dalam video tadi.
Apabila rasuallah sallallah alaihi wassalam ditanya mengenai tanda-tanda berlakunya kiamat, dan salah satu dari jawapan baginda adalah apabila hamba-hamba melahirkan tuan( anak derhaka) berlaku.
Untuk itu aku bermohon kepada Allah agar aku tidak digolongkan dalam golongan hamba-hamba yang melahirkan tuannya dan untuk ibu, maafkan kesalahan dan silap anakmu ini.
Cabaran Yang Masih Panjang
Posted by far_east00 in Pandangan on February 17, 2009
![]() |
| Tawakkal |
Setelah seminggu mengaharungi dugaan peperiksaan, Alhamdulillah semalam berakhirlah sudah peperiksaan yang aku jalani. Banyak perkara yang berlaku ketika peperiksaan berlangsung, dengan isu di Perak yang menjadi topik hangat media-media arus perdana, sedikit pergolakan yang berlaku di Palestin, beserta berita-berita dunia lain kadangkala merasa hampir sahaja tidak cukup masa yang diberikan. Tetapi Alhamdulillah dengan bantuan aplikasi teknologi seperti Google Reader, segala berita-berita penting yang berlaku dapat aku ikuti dengan berkesan walaupun peperiksaan berlangsung.
Tetapi fokus yang perlu aku berikan pada minggu lepas tentunya peperiksaan yang sedang berlangsung. Penat lelah menelaah buku pelajaran selama satu semester dan setelah itu tibalah masa untuk pengetahuan teruji semasa peperiksaan. Akan tetapi mungkin sudah menjadi lumrah pelajar-pelajar Japanese Associate Degree (JAD) daripada yang senior kepada yang junior seolah-olah menjadi turun temurun dalam belajar secara last minute ketika peperiksaan menghampiri. Mungkin tidak semua tetapi ramai. Ini mungkin tabiat pelajar JAD yang tidak seharusnya diikuti.
Tawakkal
Segala penat lelah aku berusaha selama satu semester dan walaupun ulangkaji hanya dapat dilakukan walaupun secara ‘last minute’, tetapi akhirnya Allah jualah yang menentukan segala-galanya. Kehendak Allah itulah yang paling baik dan jika hasil yang diminta itu tidak sebagaimana mana yang diharapkan percayalah dalam qada dan qadar Allah tiada yang buruk kerana setiap sesuatu itu datang dengan hikmah dan pelajaran.
Inilah tawakkal, seperti kata Pak Cik Roslan, walauapapun yang kita lakukan, segala perancangan yang kita lakukan dan kita pun boleh belajar segala macam ‘decision making process’ tapi yang paling penting diakhiri dengan tawakal kepada Allah setelah segala macam perancangan dan itulah yang lebih Allah sukai. Bukannya melakukan sesuatu tanpa perancangan kemudian meletakkan segala-galanya kepada Allah.
Lompat si Katak Lompat
Posted by far_east00 in Politik, Sensasi & Terkini on February 6, 2009
![]() |
| Lompat dan lompat, lompat tinggi-tinggi |
Lompat si katak lompat, lompatlah tinggi-tinggi
Tatkala sekarang ini aku sedang menghadapi peperiksaan semester akhir, banyak perkara yang berlaku dan yang paling ‘panas’ adalah perkara yang berlaku dalam negara sendiri. Peristiwa dramatis lompat melompat parti sedang berlaku di Perak yang di mana turut melibatkan Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah.
Peristiwa bermula apabila ADUN Bota iaitu Datuk Nasaruddin Hashim melompat dari UMNO ke PKR yang bertahan selama 10 hari kemudian melompat semula ke UMNO. Kemudian 3 ADUN dari Pakatan Rakyat, 2 dari Keadilan dan satu dari DAP melompat menyertai Barisan Nasional dan ADUN yang terlibat adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang).





Recent Comments