Archive for March, 2009

Perjalanan Hamba Allah di Jepun

Panorama Indah

Alhamdulillah sekarang sudah seminggu aku berada di Jepun. Panorama yang indah dengan negara yang bersih serta layanan yang diterima ketika membeli belah cukup membuatkan aku untuk semakin menyanyangi Jepun.

Di bawah pohon Sakura
Bersama rakan-rakan membeli belah di Sakusa

Suhu yang sangat sejuk sehingga mencecah 2 degree pada waktu malam cukup untuk membuatkan tangan dan kaki aku kebas. Mungkin masih sedang cuba untuk membiasakan diri dengan kehidupan di Jepun, bibir agak sedikit merekah, kulit juga semakin kering, mungkin inilah kesan cuaca di Jepun yang tersangat sejuk tapi kering. Agak ternganga juga bila menyanya sempai( senior ),

Read the rest of this entry »

10 Comments

Harapan dan Pengharapan

Terbang!

Sedang menghitung saat demi saat sebelum terbang ke Jepun. Pelik juga bila sahabat handai dan sedara mara bertanya apa perasaan, aku hanya tersenyum sambil berkata “ntah”. Mungkin terlalu banyak perkara yang perlu untuk difikirkan apabila tiba di Jepun nanti.

Di saat sedang berada dalam kepeningan itu, bacaan perlu diteruskan dan buku-buku yang bakal menjadi bekalan jugatelah difikirkan. Di saat ini aku sedang membaca buku Tip Menjadi Individu Menarik oleh Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan buku daripada Syed Qutb iaitu Petunjuk Sepanjang Jalan. Moga-moga apa yang telah aku pelajari boleh menjadi bekalan ketika berada di luar negara nanti. Amin.

Akibat berada dalam keadaan sedikit pening, sempat juga menonton Slumdog Millionaire. Setelah habis menyaksikannya aku merasakan yang sememangnya wajar untuk filem tersebut untuk memenangi anugerah Oscar. Cubaan seorang budak kampung yang bernama Jamal menyertai pertandingan “Who Wants to Be A Millionaire” dan memenanginya. Yang menarik adalah setiap soalan yang diajukan ada kaitan dengan sejarah silamnya dan pengalamannya bersama abangnya Salim.

Read the rest of this entry »

, ,

6 Comments

JAD-Dalam Kenangan

Segala penantian telah berakhir. Kini aku dan rakan-rakan bakal meninggalkan bumi Malaysia untuk ke Jepun demi menggarap seberapa banyak pengalaman dan pembelajaran untuk digunakan bagi memajukan agama dan negara kelak. Segala suka dan duka, pahit dan manis belajar di bawah naugan Yayasan Pelajaran Mara di bawah program Japanese Associate Degree akan aku semat dalam sanubariku.

Terkenang kesukaran sewaktu berhadapan dengan cabaran peperiksaan, mengharungi getir minggu peperiksaan, telatah rakan-rakan yang juga teman seperjuangan JAD mengenakan rakan-rakan ternyata mengimbau banyak kenangan.

Read the rest of this entry »

3 Comments

Muhammad Rasul Terakhir

Gambar Hiasan

Tanggal 9 Mac 2009 bersamaan 12 Rabiulawal 1430 merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal Rabb iaitu pencipta mereka, pada saat itu, penyembahan terhadap berhala-berhala suatu kehormatan, perzinaan suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi adalah kejantanan, dan merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Di saat seperti ini rahmat ilahi memancar dari tanah Arab. Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh alam semesta untuk menghentikan semua kerusakan ini dan membawanya kepada cahaya ilahi.

“Sungguh Allah telah memberi karunia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab, Al Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata” ( Ali ‘Imran: 164)

Gambar Hiasan

Sungguhpun begitu, kedatangan nabi Muhammad tidak hanya disebut dalam al-quran malah turut juga diceritakan di dalam kitab-kitab lainnya;

The Revised Version of The Bible, Deuteronomy ayat 2;   Read the rest of this entry »

2 Comments

Sempena Dengan maulidur Rasul

Berhenti sejenak untuk memperingati kelahiran Manusia agung yang terhebat yang pernah dilahirkan di dunia ini. Kehebatannya telah ditulis di dalam al-quran dan jika umat Islam ingin berjaya, contilah baginda Rasuallah salallahhu alaihi wassalam. 

Surah Al Ahzab Ayat ke 21

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Barat juga telah mengakui yang Muhammad salallahhu alaihi wassalam adalah manusia yang terbaik di dalam buku The 100 karya Michael H Hart. Alasannya, Muhammad salallahhu alaihi wassalam adalah satu-satunya manusia yang berjaya “in both religious and secular world”. Inilah dia rasul kita Muhammad salallahhu alaihi wassalam.

The 100

No Comments

Pergolakan Politik : Sebuah pandangan

pergolakan

Saban hari kita sering mendengar berita-berita politik negara yang sungguh membosankan dan kadang-kadang ada yang terasa meluat dengan pergolakan politik yang berlaku. Pihak A menuduh pihak B dan pihak B pula menuduh pihak A, berita culik-menculik, campurtangan raja dalam politik, hinggakan kepentingan ekonomi dan kesejahteraan negara terabai akibat dakyah dan politik yang makin membosankan.

Justeru, ramai yang diantaranya mahasiswa-mahasiswa yang dulunya mengikuti perkembangan politik kini semakin jauh untuk tidak mengetahui langsung tentang perkembangan yang berlaku. Rimas kata mereka. Ini mahasiswa-mahasiswa yang dulunya mempunyai minat terhadap perkembangan politik, bagaimana pula yang langsung tiada minat? Jauh sekali Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithin

4 Comments