Archive for April, 2009

Lessons From Life

merenung-kehidupan copy

“Duduk Jepun ni, lebih baik kita ambil masa untuk enjoy, pergi Tokyo Disneyland, Kalau tak pun pergi la USJ (Universal Studio Japan), tapi study la, enjoy pun enjoy tapi study tu study la” kata seorang sahabat.

“Kita datang sini kan nak belajar, buat apa buang masa dengan perkara yang tak berfaedah, habis membazir duit rakyat. Amik la kelas banyak-banyak, nanti boleh kita gunakan untuk membangunkan negara. Tak perlu nak enjoy-enjoy tu, ingat tujuan kita datang sini” menurut pandangan seorang sahabat lagi.

“Bagus juga kalau nak belajar, tapi kalau kita datang sini untuk belajar semata-mata atau enjoy sahaja, kat Malaysia dah boleh, daripada kita buat macam tu baik kita manfaatkan masa kita disini untuk belajar pasal kehidupan. Belajar bagaimana Jepun memajukan negara mereka, persekitaran yang bersih dan kita datang sini bukan semata-mata belajar engineering je, belajar kehidupan juga penting” ini juga pandangan seorang sahabat.

Read the rest of this entry »

, , ,

6 Comments

Allah the Absolute Creator

12. dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan Dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum Yang mahu memahaminya.

13. dan apa-apa jua Yang dijadikan untuk kamu di bumi Yang berlainan jenisnya (dimudahkan juga untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum Yang mahu mengingati nikmat Allah itu.

14. dan Dia lah Yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging Yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur.

15. dan ia mengadakan di bumi gunung-ganang Yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat Yang kamu tuju.

16. dan (ia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan Dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah Yang hendak dituju.

17. kalau sudah demikian, Adakah Allah Yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk-makhluk Yang tidak menciptakan sesuatu? maka Patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya?
(An-Nahl 16:12-17)

Marilah bersama-sama memikirkannya.

, ,

No Comments

Golden Week Gathering??

Sebelum tiba di Jepun pernah dengar juga pasal Golden Week Gathering, Winter Gathering dan lain-lain, apa semua tu?

Alhamdulillah kini sudah hampir sebulan di Jepun, kemudian sempai-sempai bercerita pasal Golden Week Gathering. Apa yang best dengan Golden Week Gathering?

Pastinya lebih baik menghabiskan masa di sini berbanding duduk terperap kat bilik, hmmm internet laju kan.

Apapun insyaallah kalau tiada apa-apa halangan aku akan sertai, Untuk yang boleh menyertai jom la kita sertai bersama. Macam seronok la pulak.

JOM!!!

1-3 hb Mei 2009

ISESAKI CITY YOUTH TRAINING CENTRE

Untuk maklumat lanjutt sila ke web ini

, ,

2 Comments

Di Uji Pendakwah Kristian

Berikut adalah catatan pengembaraan seorang sahabat yang bernama Hadi.

Aku ingatkan disini tiada pendakwah kristian, akan tetapi rupanya pendakwah kristian disini sangat bersemangat dikala cuti, mencari dan menambah rakannya. Sasarannya ialah kebanyakannya orang asing.Aku mengharapkan keimanan dalam diriku sentiasa teguh walaupun ujian yang sukar kulalui. Osawa datang bersama seorang seorang perempuan pertengahan umur membunyikan loceng rumahku pada tengahari sabtu yang sederhana sejuk.

Lalu, aku bingkas bangun menuju ke arah pintu masuk. Keadangan rumahku masihLalu beliau memberikan aku satu risalah untuk kubaca. Aku membelek risalah tersebut. Risalah tersebut ditulis dalam bamyak bahasa. Mendengarkan bahawa aku datang dari malaysia, beliau terus membuka risalah tersebut ke bahagian bahasa melayu. Disuruhnya aku membaca petikan tersebut. Aku memulakan bacaanku. Didalamnya banyak dimasukkan petikan ayat dari bible. Walaupun didalam bahasa melayu, aku tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang petikan itu cuba sampaikan.

Lalu aku menyerahkan risalah tersebut kembali kepada Osawa. Lalu beliau dengan bahasa yang tersusun, menerangkan akan motif kedatangannya. Aku mengangguk-angguk sambil membalas perbualannya.

Read the rest of this entry »

, , ,

10 Comments

gomi no wakekata. dasikata

 

[Cara mengasingkan sampah. Membuang sampah]

 

 

“Kalau nak duduk kat Jepun ni, sampah tak boleh buang sembarang, kene asingkan lepas tu baru kene buang ikut tong yang disediakan”

Itu adalah perkara yang diajar oleh sensei-sensei Jepun beberapa bulan sebelum terbang ke negara Matahari Terbit ini. Kala itu, masih take it for granted apa yang diperkatakan sehinggalah setibanya aku di sini.

Read the rest of this entry »

, ,

9 Comments

Keputusan Pilihanraya

Tahniah

Ihsan Utusan Malaysia

2 Comments

Tahniah Untuk Dato Seri Najib

Tahniah

Alhamdulillah jika diikutkan sudah dua minggu aku berada di negara matahari terbit ini. Segala-galanya berjalan lancar kiranya, juga jutaan terima kasih kepada sempai-sempai (seniors) yang banyak membantu dalam mengangkut dan membeli barang-barang keperluan rumah. Kiranya sukar juga pada awalnya untuk membiasakan diri dengan waktu di Jepun, perbezaan waktu subuh yang bermula seawal 4.00 AM kini mungkin sudah biasa. Begitulah serba sedikit kehidupan di Jepun.

Namun disebabkan ketiadaan internet, perkembangan dunia luar tidak diketahui. Mungkin menjadi katak di bawah tempurung untuk seminggu. Kini Alhamdulillah, berkat teknologi opticel fiber, internet dapat dilayari dengan pantas sekali. Mungkin banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dengan internet yang amat pantas ini.

Apapun, peralihan kuasa antara Tun Abdullah Ahmad Badawi (Kini Tun) dan Dato Seri Najib Tun Razak telahpun berlaku. Walaupun terlambat, Tahniah diucapkan. Tahniah untuk Dato Seri Najib Tun Razak walaupun seringkali dikaitkan dengan skandal pembunuhan warga Mongolia dan skandal kewangan yang membabitkan Kapal Selam Scorpene dan Jet Sukhoi serta krisis kewangan di Perak, kami warga Malaysia dari perantauan mengharapkan Malaysia untuk terus maju dan yang paling penting sekali kemajuan dari aspek spiritual.

Walauapapun, mampukah Dato Seri yang kemampuannya sering dipertikaikan dalam mengurus kewangan negara untuk memulihkan ekonomi Malaysia? Sama-sama kita saksikan.
Artikel ini tiada kaitan dengan mana-mana parti politik juga bukan untuk turut sama berkempen pada pilihanraya di Bukit Gantang, Miri dan tempat-tempat lain.

Blog Widget by LinkWithin

4 Comments