Archive for May, 2009

Disebalik : Sang Kancil dan Sang Gajah

kancil003

Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-siar didalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya.

Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir;

“Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini”

Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa.

Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar.

“Kalau bunyi tapak kaki macamni, ni tak lain, mesti gajah ni!”

Read the rest of this entry »

, ,

10 Comments

Happy Mother’s Day

You Raised Me Up

Special dedication to all mothers in the world exspecially my mother.

Happy mother’s day.

, , ,

9 Comments

Kenangan Golden Week ‘09

, ,

No Comments

Pengalaman Berbicara tentang Islam dengan Orang Jepun

Sumber dari muhtarsuhaili

“Owh jadi kamu semua tidak boleh minum arak?”

Kedengaran Mr Inoue bertanya kepada rakan-rakan yang sedang duduk berbincang, aku pun setelah mandi di kolah air panas dan setelah mengenakan pakaian segera turun ke tingkat bawah untuk membeli air di vending mechine. Kemudian aku pun menyertai mereka.

“Hait douzo (Silalah duduk)”
“Sebelum ini pernah juga dengar pasal Hindu atau Kristian, tapi jarang sekali dengar pasal Islam. Saya pun sudah tidak minum arak lagi, selain itu apa lagi yang tak boleh?” Mr Inoue bertanya.

“Lelaki dan perempuan tidak boleh bersentuh” Salah seorang dari kami menjawab.
“Hontou (Betul ke?), jadi kalau misalkata ada perempuan masa kita buat senaman tadi bagaimana?”
“Kalau boleh, buat dalam kumpulan yang berbeza lelaki dan perempuan” Aku menjawab.
“Sebenarnya dalam Islam, Perempuan dipandang mulia dan kalau lelaki nak pegang perempuan hanya selepas kahwin. Kalau sebelum kahwin tak boleh” Salah seorang dari kami, Farhan menjelaskan.

Mr Inoue agak ingin sekali lagi mendapatkan kepastian

“Jadi permainan tadi boleh main la, jadi selain daripada permainan tadi, permainan apa lagi yang boleh main?”
“Bola sepak, bowling semua boleh main kecuali kalau ada unsur judi dalam permainan itu”

Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithin

, , , ,

25 Comments