Archive for July, 2009
Tombo Ati (Ubat Hati)
Posted by far_east00 in Uncategorized on July 29, 2009
Hidup sebagai manusia di zaman Milenium ini memang memerlukan banyak kesabaran dan kekuatan dalaman yang perlu. Teknologi berkembang pesat, saban hari, akan ada sahaja penemuan-penumuan dan teknologi baru untuk antara lain memudahkan kehidupan manusia sehari-hari. Teknologi semakin pesat berkembang, tetapi adakah perkembangan ini berkadar langsung dengan faktor dalaman manusia?
Jika ada yang berkata ia, mengapa saban hari berita-berita mengenai pembunuhan, anak luar nikah, bunuh diri semakin memenuhi dada-dada akhbar di Malaysia mahupun di dunia?.
Apabila berbicara tentang jenayah yang dilakukan manusia, yang seharusnya menjadi focus adalah mengapa manusia itu melakukan perkara yang sedemikian rupa. Apabila berbicara mengenai manusia, tidak lain perkara yang seharusnya di ambil perhatian adalah tidak lain iaitu HATI.
Menjelang Peperiksaan
Posted by far_east00 in Pandangan on July 15, 2009
Bismillah
Peperiksaan bakal berlangsung dan masa memang sunggu mencemburui. Tetapi masa yang ada ini haruslah digunakan sebaik-baiknya untuk mentelaah mata pelajaran.
“Rezeki itu sudah ditentukan Allah, misalkata, dalam sebulan seseorang boleh mendapat RM 1000, tetapi, jika sakit atau sebagainya, hanya RM500 sahaja yang dapat digunakan, maka RM500 itulah rezeki” inilah salah satu perkara yang aku dapat daripada ISK( Ini Sejarah Kita).
“Kalau macam itu, rezeki sudah ditentukan, tak perlulah mencari rezeki, bukankah Allah sudah tentukan rezeki, tidak perlu bekerja bersungguh-sungguh pun tidak mengapa, sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup” Ini pandangan yang ‘bagus’ lagi reaktif.
Manusia terbahagi kepada dua kelompok, satu yang berfikiran reaktif dan satu lagi yang proaktif.
Analogi Pen untuk Memahami Tujuan Hidup
Posted by far_east00 in Motivasi on July 6, 2009
Bermulalah pada suatu pagi yang hening di sebuah sekolah rendah di daerah Batu Pahat Johor.
Hadi seorang pelajar sekolah rendah sering mengganggu rakan-rakannya sehingga membuakan guru-guru yang mengajarnya pening kepala. Ikutkan hati mahu sahaja Cikgu Shahid selaku guru disiplin memberhentikan Hadi tetapi mujurlah Cikgu Helmi selaku guru besar sekolah tersebut menenangkan Cikgu Shahid.
Perangai Hadi semakin menjadi-jadi dari hari ke hari, semakin ditegah semakin menjadi-jadi sehinggalah pada suatu hari seorang guru yang baru berpindah, Cikgu Tajudin datang untuk mengajarkan matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah tersebut.
Cikgu Tajudin telah ditugaskan untuk mengajar Bahasa Melayu di kelas Hadi sehinggalah pada suatu ketika.
Di dalam kelas ketika mereka di minta untuk menyiapkan kerja yang diberi kepada mereka.
Dalam suasana yang sunyi itu, Hadi kemudiannya terpandang Arifin yang sedang tekun menyiapkan kerja yang diberi.
“Hah, mangsa pertama aku hari ini”





Recent Comments