Archive for August, 2009

Kereta Api terakhir dan Hakikat Jepun

Apa yang ada pada kereta api terakhir?, terutama sekali apabila menaiki kereta api terakhir di Jepun. Hanya ketika itu kita dapat melihat keadaan dan gambaran sebenar perwatakan bangsa Jepun. Ya satu bangsa yang kuat bekerja, mempunyai sistem pengangkutan yang hebat, mesra dengan pelanggan, akan tetapi apabila menaiki kereta api terakhir terserahlah perwatakan mereka yang sebenar.

Mungkin bagi yang sudah tinggal lama di Jepun ianya seakan menjadi satu perkara yang sudah biasa, akan tetapi ianya bukan menjadi satu perkara yang biasa bagi mereka yang masih lagi mempunyai iman di dada. Apakah perkara biasa itu?

Read the rest of this entry »

,

10 Comments

Ku Mengharap kan Ramadhan Kali ini Penuh Makna

[Source]

Ia datang dan ia pergi, dan ia tidak akan kembali lagi, itulah dia Ramadhan untuk tahun 1430 hijrah. Walaubagaimanapun, ramadhan 1430 hijrah pasti tidak akan berulang dan rugilah bagi yang mensiakannya dan beruntunglah bagi yang memanfaatkannya. Justeru, Ramadhan kali ini harus di manfaatkan sebaik mungkin agar tidak menyesal di kemudian hari. Dan disudut kecil hati ini tertanya-tanya, adakah masih ada lagi ramadhan untuk 1431 hijrah tahun depan. Dapatkah aku malam lailatul qadar tahun ini di mana pada waktu itu jika beribadat lebih baik dari seribu bulan?. . Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik untuk kita dan menjadi pemangkin perubahan untuk menjadi insan yang kamil.

Sungguh indah sekali agama Islam ini, setiap hari kita bersolat 5 waktu sehari, setiap minggu ada pula solat jumaat yang jika dilihat sebagai satu platform untuk melahirkan ukhwah Islamiyah. Kemudian setiap tahun diwajibkan pula untuk umat Islam berpuasa sebagaimana dalam firmannya;

Read the rest of this entry »

, , ,

2 Comments

Kembara Fuji ‘09 Slaid Show

3 Comments

Menawan Puncak Fuji

Tidak tergambar dengan kata-kata, akan keindahan ciptaan tuhan ketika melihat dari atas awan, apatah lagi pada ketinggian 3776m dari aras laut!! Dengan bangunan sekecil semut, manusia? Langsung tidak kelihatan. Namun keindahan yang dilihat dengan mata tidak dapat digambarkan dengan perkataan kerana tiada perkataan yang dapat menggambarkan keindahan ciptaan tuhan. Gambar yang diambil juga berbeza kerana, suasana yang sejuk, keadaan kurang oksigen langsung berbeza dengan gambar yang dilihat biasa. Ternyata lensa ciptaan tuhan yang ada di mata langsung tidak tidak sama dengan lensa ciptaan manusia meskipun D-SLR digunakan!

P8130070

Destinasi pertama pendakian adalah Kawaguchitou Stesyen yang terletak di Yamanashi Prefecture. Sedikit demi sedikit mereka yang menyertai ekspedisi datang dengan semangat yang membara untuk menawan pucak tertinggi Jepun.

408

Di Kawaguchitou, menunggu yang lain untuk tiba.

Ekspedisi diketuai saudara Fauzair atau lebih mesra dipanggil Kungpow yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti of Yamanasi. Ternyata pengalamannya yang pernah memanjat Gunung Fuji sekali, banyak membantu dalam ekspedisi kali ini.

Read the rest of this entry »

, ,

6 Comments

Asakusa Mosque (Masjid Asakusa)

Asakusa Mosque (Masjid Asakusa)

asakusa

Apakah yang ada pada mata yang memandang?
Kenapa tidak pada hati yang melihat?

Terpacak tegak melangit,
Sekujur putih berdiri,
Hati kecil berkata,
Inikah masjid?
Namun, apalah yang ada pada mata yang memandang.

Mengapa tidak direnung dengan mata hati?,
Renungan yang menghasilkan keinsafan pada Ilahi,
Akan erti sebenar sebuah pengorbanan.

Apakah yang ada pada mata yang memandang?
Kenapa tidak pada hati yang melihat?

Juga, apakah sama orang yang melihat dengan orang yang buta?
Apakah sama masjid yang di bina atas dasar taqwa?
Ingatlah teman-teman akan firman Allah

kerana Sesungguhnya Masjid (Qubaa’ Yang Engkau bina Wahai Muhammad), Yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya Engkau sembahyang padanya. di Dalam Masjid itu ada orang-orang lelaki Yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang Yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). (At Taubah 108)

Infaq dihulur dengan hanya tujuan yang pasti,
Ukhwah terjalin menjadi bukti,
Agar kelangsungan dakwah agama suci ini tidak mati,
Mengajar hamba yang kerdil ini,
Akan sebuah pengorbanan yang suci.

Kenapa mesti melihat pada mata yang memandang?
Kenapa tidak dengan hati yang melihat?

[Info Masjid Asakusa]

, , , , ,

8 Comments

Sekitar ISK (Ini Sejarah Kita)

Akan Datang Pada 8 Ogos ini,

Shahadatul Haq

amir2

Daftar di SINI

, ,

No Comments

Penahanan Tanpa Bicara

????

Semalam semua berjalan seperti biasa, tapi bagi mereka yang peka dengan apa yang terjadi di persekitaran mereka, pasti mereka merasakan sesuatu yang luar biasa sedang terjadi. Yang mungkin sekali bakal mengubah sejarah.

Jepun

Di Jepun semalam telah berlangsung festival yang gilang gemilang. Festival pada setiap tahun yang dirayakan pada musim panas, hanabi (bunga api). Dan aku juga salah seorang bersama ribuan rakyat Jepun menyaksikannya di Yokohama. Bunga api yang cukup besar dan sangat hebat. Mungkin lebih baik bagi mereka yang menyaksikannya sendiri.

Setelah habis, aku pun meneruskan perjalanan ke rumah Hadi. Perjalanan malam ke Hachiouji mengambil masa selama kira-kira satu Jam dari Yokohama, Alhamdulillah akhirnya tiba dirumah. Sedang duduk-duduk sambil menonton television, terbuka berita jam 12 dan didalam itu terdapat satu berita yang menarik perhatian.

Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithin

, , ,

11 Comments