Archive for September, 2009
Dimana Superheroku?
Posted by far_east00 in Islamic, Pandangan on September 30, 2009
Superhero mempunyai peranan, membantu golongan yang ditindas, golongan yang lemah dan memerlukan, kemudian muncullah nama seperti Superman, Batman, mahupun Spiderman.
Mereka muncul tatkala manusia diancam dengan pelbagai dugaan, juga krisis kemanusiaan. Banyak perkara yang terjadi, ketika jenayah dan penjenayah bermaharajalela, golongan kapitalis dan pemimpin-pemimpin yang materialis sewenang-wenang mempergunakan badan dunia seperti United Nation (UN) untuk kepentingan mereka, justeru siapakah yang bakal menyelamatkan golongan yang ditindas dan teraniaya?
Mencari Cinta Sempurna
Posted by far_east00 in Islamic, Pandangan on September 15, 2009
Kalau kamu cintakan bunga, bunga akan layu,
Kalau kamu cintakan harta, harta akan musnah,
Kalau kamu cintakan manusia, manusia pasti mati,
Tetapi cintailah Allah, kerana Allah kekal abadi.
-Imam Ghazali-
Sesungguhnya dalam hidup ini tiada cinta sempurna, kerana cinta yang sempurna hanyalah milik Allah.
Sebuah drama yang memaparkan dengan jelas, apakah ertinya sebuah hidup yang mempunyai tujuan. Jika tiada tujuan, laksana bermain Golf tanpa lubang, tiada arah yang ingin dituju, teraba-raba di atas padang Golf, membuat pukulan demi pukulan. Tapi untuk apa?, andai tiada matlamat yang ingin di tuju. Mudah untuk di analogikan, akan tetapi, semakin ramai dari kalangan kita yang semakin jauh dari tujuan asal kehidupan.
Lailatul Qadar di Tokyo itu Indah
Posted by far_east00 in Islamic, Kenangan, Travelog on September 14, 2009
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar.
Al Qadr;1
“Salam kepada saudara-saudara, berkenaan dengan program yang akan berlangsung di Masjid Asakusa, sesiapa yang lapang harap boleh menghadirkan diri” Berikut email yang diterima dari saudara Ihsan memaklumkan ada aktiviti yang bakal berlangsung.
Ternyata, keputusan untuk tidak pulang ke Malaysia, lantas untuk merasa indahnya suasana satu syawal di perantauan tidaklah hambar seperti yang diperkatakan. Alangkah indah apabila masa terisi dengan program-program yang membolehkan perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia yang masih berada di Jepun diteruskan.
Saya Anak Malaysia
Posted by far_east00 in Uncategorized on September 2, 2009
31 Ogos 1957?
16 September 1963?
Tarikh penting yang menjadi sejarah penubuhan negara yang bergelar Malaysia. Kini sudah 52 tahun usia Malaysia jika di ambil kira detik 31 Ogos 1957. Mungkin sudah menjadi isu, 31 Ogos adalah penubuhan Tanah Melayu manakala 16 September pula adalah penyatuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak. Justeru, 16 September yang sepatutnya di sambut.
Aku tipu?, tak percaya?, tengok balik buku sejarah.
Mana satu yang sepatutnya menjadi tarikh yang SESUAI bagi menyambut kemerdekaan Malaysia bukan menjadi isu yang besar bagi aku. Pun aku bukan orang yang sesuai untuk memberikan fatwa dan fakta berkenaan tarikh yang mana satu sepatutnya di sambut kerana banyak lagi kerja lain yang aku boleh buat.






Recent Comments