Archive for October, 2009

Kenapa Asyik Kahwin

logonikah.

[sumber]

Banyak perkara yang telah berlaku sejak aku tiba di negara matahari terbit ini. Sekarang ini keadaan di sini makin sejuk dengan daun-daun yang berguguran. Musim kali ini adalah musim luruh, harapan agar semangat juga tidak luruh laksana daun-daun yang luruh berguguran kerana pagi yang sejuk yang juga memerlukan semangat untuk pergi ke kelas. Harap-harap, daun sahaja luruh, semangat jangan luruh umpama daun-daun itu, dan yang penting juga, hati belum tiba masanya untuk luruh seumpama “autumn in my heart”.

Ada banyak sebab kenapa pada musim kali dan di Jepun ini, bukan daun sahaja yang luruh, hati pun terikut sama. Mungkin la antaranya, berjauhan dengan keluarga, rasa berseorangan dan memerlukan teman. Ada juga yang berkata, duduk di Jepun ini, baik kawin cepat-cepat, mungkin antaranya nak mengelak maksiat mata, maklumlah untuk siapa yang duduk di Jepun ini mungkin lebih memahami bahawa yang haram itu lebih mudah dari yang halal.

Untuk cerita aku pulak, hampir setiap hari aku akan dengar perkataan ini, “kahwin”, yang aku rasa dalam sehari mesti akan keluar perkataan ini dan pada masa yang sama perbincangan mengenainya akan berlangsung dengan panjang dan bermacam-macam analogi dan pendapat yang keluar. Maklumlah, duduk dalam kalangan orang-orang yang nak kahwin.

Read the rest of this entry »

, , ,

65 Comments

Tokai Universiti

Kepada semua pembaca blog ini, aku mengucapkan terima kasih sama ada kamu silent reader atau selalu memberi komen, jasa kamu aku akan hargai selamnya terutama sekali, kalian mendorong aku untuk berkongsi pengalaman di Jepun ini.

Kali ini aku akan membawa semua mengenal kehidupan aku di Tokai Universiti, saksikan, suka duka dan kegembiraan aku di sini.

Untuk lebih terperinci, boleh layari amirnet yang bersama-sama disertakan dengan slide show.

,

No Comments

Di mana Superheroku? Akhir

superman_warner_bros_won

Superhero merupakan seorang manusia biasa, yang berjiwa sebagai manusia, tetapi mempunyai kuasa tertentu untuk membantu golongan lemah dan ditindas. Menyelamatkan manusia daripada hampir-hampir terbunuh, berada di mana-mana sahaja ketika khidmatnya diperlukan. Ciri-ciri superhero ideal ini dimiliki Superman yang mempunyai kelebihan yang antaranya, terbang, pendengaran yang jauh, x-ray vision, sinaran laser haba yang keluar dari mata dan lain-lain kuasa yang sungguh istimewa. Tetapi, adakah manusia boleh mendapatkan keamanan yang ideal bilamana Superhero seperti Superman ini muncul tetapi pada masa yang sama, sistem yang berada bersama-sama dengan superman ini, terus dibiarkan begitu sahaja.

Read the rest of this entry »

, , , ,

2 Comments

Iktibar ; Harta bukan segala-galanya

duit

(pic source)

“Duit itu segala-galanya”

“Kenapa engkau cakap begitu?” balas saya.

“Yelah, sekarang ni semua perlu duit, nak belajar duit, kalau sakit duit, nak makan duit, nak pergi tandas pun duit. Engkau cakap, apa benda sekarang ni yang tak guna duit?”

“Aku tak nafikan duit itu tak penting, duit penting, tapi duit Cuma keperluan bukan tujuan. Tau beza keperluan dan tujuan? Aku bukan cakap lepas ni tak payah dah nak kumpul duit, nak kumpul banyak mana sila-silalah, Cuma, aku cakap yang duit bukan segala-galanya” Saya menjawab.

Read the rest of this entry »

, , , ,

9 Comments

Dimana Superheroku? Bahagian 2

smallville

(pic source)

Clark Kent : Why am I here, on earth?
Cousin from Krypton : To save human, of course!
Clark Kent : From what?
Cousin from Krypton : From extinction! They are trying to destroy themselves.

Clark Kent iaitu nama manusia untuk Superhero yang tidak asing lagi iaitu Superman telah didatangi oleh sepupunya dari Planet asal mereka iaitu dari Krypton dalam siri Smallville Season 7. Di atas adalah sedikit sebanyak diolog yang berlaku antara Clark dan sepupunya.

Sebenarnya dialog di atas ada yang betul dan ada yang salah. Apa yang betul? Mungkin sukar jika dikatakan yang manusia dilanda kepupusan kerana saya tiada bukti kukuh mengenainya. Akan tetapi manusia memang dan sedang memusnahkan mereka sendiri sama ada sedar atau tidak. Lihat sekeliling untuk lebih memastikan apa yang berlaku, peningkatan gas Karbon Dioksida yang menyebabkan pemanasan global. Penebangan hutan-hutan yang memusnahkan flora dan fauna. Perlumbaan membangunkan senjata di dunia dan pembunuhan demi pembunuhan demi menegakkan ideologi masing-masing dan tidak mahu mendengar pendapat golongan lain.

Read the rest of this entry »

, ,

2 Comments

Ibrah Bencana

melor typhoon

(pic souce)

Jika dilihat, dunia sedang dilanda dengan pelbagai krisis seperti bencana alam yang sering kali terjadi. Di Indonesia, gempa bumi yang kuat terjadi di bahagian Sumatera Barat sehingga menyebabkan kira-kira 600 nyawa terkorban atau lebih dan dianggarkan ratusan lain masih hilang. Di Jepun, Taufan yang untuk pertama kali dalam tempoh dua tahun telah melanda Jepun sehingga melumpuhkan system penganggutan seperti kereta api dan lebuh raya. Pengangkutan lain seperti kapal terbang juga telah mengakibatkan pemberhentian sementara kerana takut membahayakan penumpang. Sehingga kini Taufan Melor telah mengakibatkan kehilangan 2 nyawa dan 114 kecederaan.

Minta dijauhkan oleh Allah dari bencana yang menimpa, dan jika kita terkena bencana, anggaplah ianya merupakan ujian daripada Allah kepada hambanya akan tidak melupakan Allah kerana, mungkin sifat manusia yang hanya meminta dikala berada dalam keadaan serba kesusahan.

Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithin

, ,

2 Comments