Archive for November, 2009
Kurban
Posted by far_east00 in Islamic on November 28, 2009
27 Oktober 2009 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1430 merupakan sebuah perayaan besar bagi umat Islam diseluruh dunia.
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Takbir raya di baca kerana mengagungkan kebesaran Allah. Binatang berkaki empat seperti lembu, kambing, unta dikorbankan sebagai memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A. S. yang diuji oleh Allah antara cintanya kepada anaknya atau cintanya kepada Allah.
Sejarah
Hari raya Qurban ini menjadi satu perayaan besar bagi umat Islam adalah menurut hadis di bawah;
Ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud:
“Dari Anas bin Malik, Nabi datang ke Madinah dan melihat mereka merayakan dua hari kebesaran. Baginda bertanya, “Apakah dua hari ini? Mereka menjawab, “kami biasa merayakan dua hari ini pada zaman Jahiliyah. Rasulullah SAW bersabda “Allah telah menggantikannya dengan dua hari yang lebih baik: Eid-ul-Fitri dan Eid-ul-Adha.
Otaku yang Fanatik
Posted by far_east00 in Uncategorized on November 25, 2009
|
|
| Akihabara |
Apabila diri berada di suatu keadaan yang di mana serba serbi mencukupi, mendapat gaji yang sama untuk setiap bulan, atau mendapat duit kocek daripada pihak penaja, segalanya dilihat sebagai satu anugerah. Anugerah dari Allah yang kadangkala boleh juga menjadi suatu musibah.
Minggu demi minggu, kuliah dihadiri, kemudahan internet tersedia dan cukup, tidak sukar juga mendapat makanan, di dalam ruangan Hard Disk telah tersedia Anime dan Movie untuk ditonton di kala kelapangan, Apabila diajak untuk keluar melihat kebesaran Allah (melancong), lantas ditolak kerana sudah selesa berada di bilik sendiri. Apalagi jika diajak bersukan, semuanya ditolak kerana alasan akan menghabiskan duit. Gejala tidak mahu keluar rumah semakin menjadi-jadi dan boleh diistilahkan sebagai ‘otaku’ dalam bahasa Jepun.
Ada bermacam-macam jenis Otaku, dan istilah ini hanya digunakan untuk menggambarkan sikap fanatisme seseorang terhadap sesuatu. Istilah ini kebanyakannya digunakan kepada mereka yang fanatik terhadap komik, anime, robot gundam, maid(pelayan cafe) drama dan lain-lain. Kefanatikan melampau golongan ini boleh jadi semakin teruk apabila mereka ini tidak dapat membezakan lagi antara alam realiti dan fantasi. Kadangkala satu istilah sahaja yang dapat menggambarkan sikap ini. ‘pelik’.
Kebebasan
Posted by far_east00 in Pandangan, Politik on November 20, 2009
‘Terbang bebas laksana burung di langit’
Siapa yang tidak bercita-cita untuk hidup tidak dalam kongkongan. Menjadi orang suruhan pihak atasan, terutama sekali apabila melihat hasil peribumi sendiri jatuh ke tangan orang lain.
‘umpama tetamu yang datang ke rumah kita, kemudian menghalau kita keluar dari rumah, atau memberikan bilik kecil untuk kita, yang lain menjadi hak tetamu’
Kekayaan Negara dirampas, hasil kekayaan tidak menjadi milik peribumi, malah peribumi tidak diberikan hak-haknya yang sepatutnya untuk memerintah. Apabila hak-hak mereka dinafikan, maka muncullah rakyat yang bangun untuk bersuara, bersuara untuk mendapatkan kembali hak-hak yang menjadi milik mereka yang telah dirampas. Inilah yang dinamakan sebagai Gerakan Kemerdekaan.
Tokai’s Friday Prayer
Posted by far_east00 in Islamic on November 13, 2009
Tokai University 13 November 2009
The Challenges
Maasyiral Muslimin Rahimakumulah,
Let us remain truly conscious to Allah s.w.t. through taqwa. Every Jumaah, we gather to increase our taqwa, to strengthen the relationship between us, and to reflect upon the developments of our Muslim community.
Let us refresh our iman, develop our taqwa, and continue to do good. On this day, through prayers (solat) and the sermon (khutbah), Allah s.w.t desires for us to uplift our understanding of religion, to strengthen our iman and taqwa, and to self-introspect ourselves by examining our past.
Ghulam; Bukan sekadar cerita biasa
Posted by far_east00 in Cerpen, Islamic on November 10, 2009
Dari Suhaib bahawa Rasulullah SAW pernah bercerita:
Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut: “aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.
Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Ahirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya: “Jika kamu takutkan tukang sihir, katakana kepadanya bahawa ibubapaku menahanku (di rumah). Jika kamu takutkan ibubapamu (kerana lewat pulang), katakan kepada mereka berdua tukang sihir telah menahanku.
Nikmat Yang tidak Tergambarkan
Posted by far_east00 in Islamic on November 6, 2009

Mentari terik menyinar, tetapi disebalik teriknya mentari, datang angin yang sepoi-sepoi bahasa, juga kadangkala datang angin yang kuat, membawa udara yang sejuk meniup ke muka. Alangkah nyamannya. Juga ketika melihat daun-daun yang semakin menjadi kemerah-merahan, tatkala lalu dibawahnya, ia berguguran, menjadikan ianya sebuah gambaran yang tidak dapat dinukilkan dengan ungkapan kata. Semua itu adalah, tanda kebesaran Allah dan keagungan Allah.
Aki
Aki yang apabila diterjemah ke dalam bahasa Inggeris menjadi Autumn dan diterjemah kedalam bahasa Melayu menjadi musim luruh. Antara salah satu pusingan 4 musim yang indah, tetapi keindahannya Aki didatangi dengan satu Ujian.
Kedatangan (The Arrivals)
Posted by far_east00 in Pandangan on November 3, 2009
Insyaallah akan ada sambungan untuk artikel ‘kenapa asyik kahwin’ yang menekankan konsep perkahwinan dalam Islam. Sebagaimana dijangka, isu perkahwinan insyaallah mendapat sambutan ramai, termasuk yang sudah berkahwin mahupun belum. Ada yang berkata, Islam tiada benda lain untuk dibicarakan selain dari kahwin dan kahwin. Namun, mahu atau tidak, masalah penceraian di kalangan keluarga Islam makin menjadi-jadi dan salah satu sebabnya adalah kurangnya kemesraan dalam berumah tangga. Lagi, isu dan perkara yang berkaitan dengan cinta dan kahwin ini memang mudah menjadi topik terutama golongan muda-mudi seperti saya yang mempunyai keinginan kuat untuk berkahwin.
Seperti juga kahwin, ada banyak lagi topik besar dalam Islam yang seharusnya menjadi keutamaan. Alhamdulillah, dalam minggu ini saya telah terpegun dengan karya hebat hasil dari titik penuh mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Noreagaaa dan Arhernahr.








Recent Comments