Archive for December, 2009

Pendakwah

Selama ini apabila kita menyebut tentang pendakwah, kita sering terbayangkan orang yang hanya berkopiah dan berserban, atau orang yang hanya duduk di dalam masjid.

sumber

Tetapi sering tidak terbayang yang kadangkala pendakwah juga termasuk mereka yang mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan. Read the rest of this entry »

,

17 Comments

Pengalaman Menyeronokkan Snowboard 09.

Mengharapkan masa tidak terbuang dengan perkara yang mengarut dan tidak berfaedah, lantas masa untuk cuti musim sejuk ini bakal dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah.

1. Demi Masa
2. Sesungguhnya Manusia dalam kerugian
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan berbuat kebaikan, dan saling menasihati untuk kebenaran, dan saling menasihati untuk kesabaran.

(Al-Ashr 1-3)

Minggu pertama telah menyertai Snowboard di bawah keloaan Aspiring Malaysian Rijjal (AMIR). Bermain Snowboard untuk kali pertama bukanlah semudah yang disangka. Banyak pelajaran dalam aspek fizikal dan hikmah yang menggunung tingginya disamping dapat berjumpa dengan rakan-rakan baru dan rakan-rakan lama yang kiranya sudah lama tidak berjumpa.

Read the rest of this entry »

4 Comments

Autumn Gathering 09

Bukan sekadar pengalaman biasa. Lebih berharga dari dunia dan seisinya.

Persahabatan yang lahir dari Ukhwah, ternyata berharga.

Amirnet

,

2 Comments

Surah Al Kafirun sebagai bekalan

Sewaktu berjalan-jalan dengan basikal, terlihat banyak tempat-tempat yang menjadi tumpuan, terutamanya pada waktu malam. Papan tanda yang bertulis ‘sake’dan ‘tabako’ menjadi daya penarik untuk setiap kedai utility di sini. Sewaktu memasuki pasaraya, terlihat banyak majalah-majalah lucah yang dijual bersepah tanpa perlu berselindung. Asal ada duit semua boleh dapat kecuali arak dan rokok yang hanya boleh dibeli untuk mereka yang melepasi umur 20 tahun.

Kesejukan melanda ketika suhu di bawah 10’C lantas timbul keinginan untuk berada di Malaysia. Kadangkala berlaku perbualan dengan pak cik- pak cik dari Jepun ini.

“asal dari Negara mana?”

“Malaysia” aku jawab.

Read the rest of this entry »

,

17 Comments

Jenayah, Salah Siapa?

Apabila menyebut mengenai jenayah, siapa yang patut dipersalahkan? Polis?, Kerajaan?,semuanya berkaitan kerana jenayah semakin berleluasa dari hari ke hari. Rakyat hanya mampu untuk berjaga-jaga agar tidak menjadi mangsa akibat kerakusan pemangsa.

Ada yang memang sentiasa berjaga-jaga, tetapi apakan daya, menjadi mangsa juga. Semuanya kerana kes jenayah yang semakin berleluasa, sekali lagi salah siapa?.

Ada yang hanya memerhati, mungkin kerana belum kena batang hidung sendiri, apakah ingin apabila anak sendiri terbunuh baru nak sedar, ya, sudah terhantuk baru terngadah.

Kini gejala aku tidak pedulisma semakin berleluasa, memikirkan hal sendiri tidak endah persekitaran. Apapun jangan tidak peduli, jom peduli dengan persekitaran kerana jenayah semakin berleluasa di mana-mana. Di Malaysia sudah ada tindakan proaktif dari web Malaysia Crime untuk memberi kesedaran mengenai jenayah di Malaysia.

Seterusnya, kemudahan telah tersedia, terpulang untuk peduli atau terus dengan hal sendiri.

,

13 Comments

Sentuhan Maher Zain

Mungkin ramai yang sudah mengetahui siapakah Maher Zain, tetapi ramai rasanya yang masih belum kenal siapa sebenarnya Maher Zain. Sejak akhir-akhir ini, lagu yang dinyanyikan Maher Zain sering kedengaran di internet, mungkin juga radio. Mungkin kerana liriknya yang menyentuh hati dan member maksud yang cukup mendalam jika dihayati.

Apabila mendengar lagu dendangan Maher Zain, hamper setiap orang mempunyai lagu yang di minati dari album terbarunya iaitu Thank You Allah. Ada yang meminati lagu Thank You Allah kerana mesej yang disebalik lagu itu yang memuji kebesaran Allah dan berterima kasih kepada Allah atas apa yang dikurniakan kepada kita.

Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithin

, ,

22 Comments