Archive for January, 2010

Bersatu perlukan Inspirasi

Memang menjadi lumrah yang manusia diciptakan dengan berlainan bangsa, agar saling kenal mengenal dan tolong menolong sesama manusia.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujurat : 13)

Namun begitu, menyatukan bangsa yang berbeza bukan suatu tugas yang mudah. Banyak peperangan etnik yang tercetus disebabkan oleh ideology bangsa yang melampau.

Read the rest of this entry »

,

8 Comments

Cita-cita Unggul

Diceritakan semula, sebuah kisah dari seorang kawan. Sebuah kisah yang mungkin menjadi pelajaran bagi pembaca blog ini khususnya.

Hidupnya penuh dengan cita-cita, bermacam-macam cita-cita yang ingin dia jadi. Semuanya adalah kerana pengaruh filem dan drama. Apabila melihat filem Star Wars, ingin rasanya menjadi seorang Hero seperti pahlawan Jedi. Apabila menonton Drama bersiri Stargate, teringin untuk menjadi seorang Saintis yang berjaya.

Menjelang sekolah menengah, dia tekad untuk menjadi seorang doktor. Berkorban untuk mengubati pesakit, berbakti kepada mansyarakat umum dengan sepenuh hati. Ketika itu, kalau nak jadi Doktor, gaji memang besar, lagipun status sosial pada pandangan masyarakat amatlah tinggi. Seronok rasanya kalau nak jadi doktor.

Read the rest of this entry »

, ,

No Comments

Lakukan Yang Terbaik


4 Comments

Gembira Seadanya

Memang menjadi lumrah untuk setiap manusia, akan perasaan risau dan gundah gulana. Jika tiada, bukan manusia namanya.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut : 2)

Manusia memang sentiasa diuji, ujian boleh jadi dalam bentuk kesenangan dan dalam bentuk kesusahan. Semuanya adalah untuk kita kembali mengingat kepadaNya.

Tetapi seringkali, kita menjadi risau, kerisauan yang melanda diri apabila kita merisaukan perkara-perkara kecil yang tidak perlu dirisaukan. Fikiran melayang apabila terlalu memikirkan perkara-perkara yang terlalu kecil;

“kalau misal kata aku gagal macam mana?”
“Kalau cikgu marah macam mana?”
“Kalau aku tak dapat A macam mana?”

Semuanya kalau, dan perkara yang tidak sepatutnya dirisaukan. Kita terlalu memikirkan perkara yang belum pasti dan belum berlaku, fikiran melayang memikirkan apa yang terjadi kalau ini berlaku, lepas itu kalau perkara ini pula yang berlaku macam mana? Dan lain-lain. Jadi luruskan pemikiran untuk berfikir secara betul dan tolak andaian-andaian.

Read the rest of this entry »

,

7 Comments

Motivasi berjaya, Yeah…

Success_Failuresumber

Terdapat banyak perbezaan di antara pelajaran yang terdapat di sekeliling kita, iaitu pelajaran yang kita perolehi dari alam sekitar, dari haiwan, dari rakan-rakan dengan pelajaran yang terdapat di sekolah.

Sejak zaman-berzaman, sistem persekolahan telah menjadikan atau melahirkan ramai manusia hebat yang terkenal sepanjang zaman. Tetapi apabila terlalu mengutamakan sistem dan mengabaikan ‘kemahiran hidup’ ternyata tidak akan membawa ke mana.

Read the rest of this entry »

, ,

20 Comments

Kerana manisnya Dakwah

Telah diceritakan pada suatu masa dahulu, di satu tempat yang jauh terdapat seekor Rubah yang tinggal di tepi sungai.

Hampir setiap minggu Rubah akan berjalan merentasi sungai, merentasi jambatan yang panjang untuk pergi mendapatkan sebuah Apple yang letaknya di atas sebuah bukit yang tinggi. Perjalanan untuk menaiki bukit itu bukanlah satu perjalanan yang mudah, perjalanan yang memerlukan keazaman yang tinggi, merentasi banyak halangan yang berliku. Perjalanan yang memerlukan persediaan, bekalan untuk melalui perjalanan yang panjang.

Tanpa disedari, hampir setiap minggu seekor rusa akan melihat gelagat Sang Rubah. Pada mulanya Sang Rusa hanya mengabaikan sahaja Rubah, tetapi kerana hamper setiap minggu akan muncul juga Rubah maka gelagat Rubah telah menarik perhatian Rusa. Setelah disiasat, Rusa mendapati yang tujuan Rubah memanjat bukit itu adalah untuk mendapatkan sebiji Apple yang letaknya di atas sebuah bukit.

Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithin

, , , , ,

19 Comments