Archive for February, 2010

Terlalu Pantas

speed

“Dalam melaksanakan tugas, semuanya perlu efektif, pantas dan berkesan, jika tidak nanti akan ke belakang dan tiada daya saing” Ayat ini seringkali kedengaran di dalam kursus-kursus motivasi dan di alam koprat masa kini, syarikat memerlukan orang yang boleh bergerak dengan pantas untuk berjaya, dapat melakukan kerja yang banyak dalam masa yang singkat. Jika ada ciri-ciri ini, maka dia itu akan berada di hadapan berbanding dengan yang lambat sedikit.

Adakah ianya seringkali betul? Ianya mungkin tidak betul jika membabitkan manusia, hubungan sesama manusia.

Read the rest of this entry »

,

No Comments

Pulang ke Negara

IMG_0367

Setelah setahun berada di perantauan, tibalah masanya untuk pulang ke Malaysia. Mungkin berehat sekejap, berjumpa dengan rakan-rakan lama yang teah berada di Malaysia, juga bertemu dengan keluarga yang telah lama tidak berjumpa.

Banyak perkara yang peru dilakukan di kala cuti, antaranya melawat junior-junior yang bakal terbang ke Jepun, juga berjumpa dengan cikgu-cikgu sekolah lama yang sudah lama tidak berjumpa. Mohon kepada Allah semoga segala-galanya berjalan dengan lancar.

Read the rest of this entry »

8 Comments

Berjalan Luaskan Pengalaman

Suatu ketika dahulu sewaktu aku sedang menggunting rambut, aku telah berbual-bual dengan tukang gunting rambut tersebut tentang perihal mecari pengalaman sewaktu muda. Masa muda merupakan waktu yang sangat berharga terutamanya sebelum kahwin. “Masa muda nil ah engkau kena gunakan masa untuk berjalan-jalan atau pergi melancong, nanti kalau dah kahwin ke kalau dah kerja ke susah sikit nak berjalan-jalan ke rumah kawan-kawan” Kata abang penggunting rambut itu.

“Macam mana boleh jadi macam tu pula, boleh je kan kalau nak melancong semasa kahwin” aku bertanya. “Boleh tu memang boleh tapi susah sikit la, bila dah kahwin nanti yang jadi susah sebab, bila dah kahwin kena pergi berdua, lagila kalau dah ada anak kecik, makin susah kalau nak berjalan atau melancong. Kalau tiba-tiba budak tu menangis kan jadi susah, jadi masa muda ni engkau manfaatkanlah sebaiknya, sebelum melangkah ke alam seterusnya”
Ketika itu aku hanya mampu mengangguk, mungkin betul, mungkin tidak, dari segi logik akal memang betul rasanya.

Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithin

,

13 Comments