Salam Perkenalan


Assalamualaikum salam perkenalan kepada semua. Alhamdulillah setelah memikirkan dengan dalam dan teliti aku pun bercadang untuk mencoretkan pendapat dan pandangan aku mengenai apa yang aku lihat dan perhatikan mengenai perkara yang kadangkala aku anggap biasa “take it for granted”, padahal luar biasa. Bersama-sama ini aku cuba menyingkap apa yang tersurat disebalik kehidupan dan luahan pendapat dan rasa tentang pelbagai topik.

Mungkin ada yang menganggap yang aku bercadang untuk menulis blog ini kerana aku mengikut orang lain.

“Orang lain ada blog, aku pun nak satulah”

Pada yang berfikir begitu atau yang terdetik dihati mereka menganggap begitu, tidak mengapa kerana aku telah memikirkan untuk memiliki blog sendiri sejak 3 minggu yang lepas. Bagi aku, blog merupakan salah satu platform untuk melihat perkembangan minda sejauh mana kematangan aku. Sebagai contoh, aku yang sebulan akan datang jika diizinkan membaca entri yang aku nukilkan pada malam ini tentu sekali akan dapat melihat perkembangan minda aku selama sebulan dan jika pada tahun hadapan aku melihat entri ini, tentu sekali aku dapat mengukur sejauh mana minda aku berkembang secara subjektif dalam tempoh setahun. Mengetahui perkembangan diri sendiri amat penting untuk membolehkan aku berasa lebih berkeyakinan. Cuma, bagaimana jika walaupun telah setahun tetapi tiada apa yang aku rasa? Aku doa itu tidak berlaku kerana pada aku, belajar dari kehidupan pasti menjanjikan cabaran dan keseronokan yang aku sendiri tidak dijangka.

Sebab lain adalah, apabila terlalu banyak bahan bacaan (input) yang aku baca, untuk menjadi lebih efektif perlu juga outputnya. Antaranya adalah dengan berbincang dengan orang lain mengenai topik yang aku baca untuk menghasilkan output. Jika di Japanese Associate Degree (JAD) aku sering berbincang dengan dengan Muhaimin dan Aizuddin lebih kepada topik yang berkisar tentang pendapat, fatwa, motivasi, cinta dan lain-lain. Perihal isu semasa kadangkala aku berbincang dengan Zambri dan kadangkala Hadi. Bila tiba isu yang berkaitan dengan bisnes dan perniagaan aku berbincang dengan Aswat dan kadangkala Hairul. Bab bola pula aku sering meluahkan pendapat bersama saudara Hafifi atau Nazri. Tapi baru-baru ini aku rasa yang, penulisan itu, selain menjadi output, ia juga dapat menstrukturkan pendapat aku dalam satu bentuk penulisan yang lebih tersusun dan berfokus.

Blog juga dapat miningkatkan hubungan sosial bersama teman yang dikenal dan yang belum aku kenal. Dengan itu aku menganggap blog mempunyai lebih banyak kebaikan. Pada kesempatan ini, aku juga menyeru kepada semua yang membaca artikel ini. Mulalah bina satu blog sendiri!

Assalamualaikum…

Blog Widget by LinkWithin
  1. #1 by akubukanmatmin on January 5, 2009 - 1:32 pm

    Tapi baru-baru ini aku rasa yang, penulisan itu, selain menjadi output, ia juga dapat menstrukturkan pendapat aku dalam satu bentuk penulisan yang lebih tersusun dan berfokus…
    mcm pnah dgor jer ayt nih..saifulislam ka naaa..hehe

    [Reply]

  2. #2 by far_east00 on January 5, 2009 - 1:58 pm

    @akubukanmatmin
    Haha, kira pendapat aku sama dgn saifulislam atau pendapat saifulislam sama dengan aku. Yang mana satu ek?

    [Reply]

(will not be published)
CommentLuv Enabled