GPS IPhone dan Kompas


Iphone

“Jika teknologi digunakan dengan cara yang betul, banyak manfaat yang boleh kita dapat”

Begitulah kata seseorang yang saya sangat hormati ketika di Malaysia. Betul katanya, setelah memiliki IPhone, kemudahan untuk menggunakan internet di mana-mana sahaja bukan menjadi masalah. Semasa di dalam kereta api, ketika orang-orang Jepun di sekeliling membaca novel, majalah, surat khabar dan lain-lain, tidak kurang juga bagi yang memiliki IPhone untuk melayari internet. Betul teknologi memang membawa manfaat yang besar sehinggalah pada satu hari;

Tatkala bateri IPhone Cuma tinggal 10% juga kala itu ketika dalam perjalanan untuk ke suatu tempat, Alhamdulillah setelah itu sampai juga ke destinasi yang ingin dituju. Apabila turun dari keretaapi, mungkin pada waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 10.00 P.M. Pukul 10 malam sebenarnya sudah agak lewat di Jepun ini, tapi apabila turun dan lihat sekeliling;

“Ah sudah, kat mane ni? Macam mana ni?”

Alhamdulillah tiba di stesyen yang dituju tapi perjalanan dari satu stesyen ke destinasi terakhir.

“Aku pernah lalu jalan ni, ish tak kan dah lupa, tak pe IPhone ada GPS”

Lalu aku pun menggunakan GPS IPhone walaupun ketika itu bateri hanya tinggal tak sampai 10%!!!. Kemudian aku sedar yang GPS IPhone mempunyai satu kekurangan, iaitu tiada arah Utara atau Selatan didalamnya, juga tiada arah untuk aku jadikan panduan pada waktu malam itu. Maksudnya pada waktu itu aku ada peta yang moden, teknologi yang hebat, tapi tiada arah yang aku dapat jadikan panduan di kegelapan malam.

GPSiphone

Sungguh mencabar sekali malam itu, tapi aku terus juga berusaha berjalan 10 meter kehadapan dan kebelakang untuk melihat dimana aku berada, setelah beberapa lama berjalan mengharungi belakang rumah-rumah orang-orang Jepun, mendengar teriakan anjing, akhirnya aku tiba di jalan yang aku kenal;

“Fuh, Alhamdulillah”

Setelah tiba di jalan yang aku dah kenal itu, dalam beberapa langkah selepas itu, IPhone terus terpadam. Bersyukur rasa di hati kerana berjaya tiba ke destinasi dengan selamat.

Tapi ada satu perkara yang aku belajar pada malam itu, aku terfikir kalau ada peta tidak penting kalau tidak tahu arah, maksudnya arah yang tidak pernah berubah walau di mana kita berada kerana ia hanya akan dan sentiasa menunjukkan arah utara, itulah kompas.

Jika kita lihat peta Malaysia tahun ini dengan 50 tahun lepas sebelum merdeka, ternyata sungguh berbeza sekali, akan tetapi arah utara untuk 50 tahun lepas dan sekarang tetap menunjukkan kea rah yang sama dan arah utara itu juga, jika tiada apa-apa yang berlaku dan dengan kehendak Allah tetap akan sama untuk 100 tahun yang mendatang.

Zaman berubah, cara manusia berfikir juga berubah mengikut peredaran zaman, kadangkala perubahan itu lebih teruk dan terbalik secara songsang dengan kemajuan material. Ambil contoh;

“Kau nak tau tak, dah sebulan aku tak sembahyang Jumaat sejak sampai kat Jepun ni, Haha”

Nak bangga apa tak sembahyang jumaat!!! ada yang lebih teruk lagi;

“Minggu lepas aku pergi clubbing, haha seronok, lepas tu dapat la minum seteguk dua, haha”

Yang ni lagi la, Astagfirullah….

Bila aku renung dalam-dalam melihat apa yang terjadi, dunia ini mungkin sedang terbalik. Orang sekarang bangga menceritakan maksiat yang mereka lakukan sedang pada masa yang sama segan atau malu untuk membuat kebaikan.

Daripada Abu Hurairah RA berkata :Rasulullah SAW bersabda “Islam mula tersebar dalam keadaan asing, dan ia akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing” HR Muslim

Apa yang manusia kata baik untuk 50 tahun lepas berbeza dengan sekarang. Lihat sahaja di Amerika, atas nama kebebasan hak individu, perhubungan sejenis dibenarkan!!

Dan bagi aku dan sesiapa sahaja yang keliru mana kebatilan dan nilai-nilai moral zaman ini, rujuklah kearah utara kompas yang sentiasa menghala kearah utara dari dulu sampai bila-bila. Itulah dia apa yang Allah kata baik maka baiklah ia dan apa yang tidak boleh dan haram maka haramlah ia sampai bila-bila. Dan itulah, arah atau panduan aku untuk melalui kehidupan ini juga bagi mereka yang terkeliru yang mana kebaikan dan mana kebatilan.

Nilaikan sesuatu bukan pada apa orang sekeliling kata, tapi pada apa yang Allah kata.

Blog Widget by LinkWithin

, , ,

  1. #1 by HeeRwan on June 4, 2009 - 9:21 am

    salam..

    Daripada Abu Hurairah RA berkata :Rasulullah SAW bersabda “Islam mula tersebar dalam keadaan asing, dan ia akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing” HR Muslim

    ghuraba izzah
    http://www.youtube.com/watch?v=QOuLTze6j_o

    [Reply]

  2. #2 by fareast on June 4, 2009 - 11:39 am

    Perkongsian video yang menarik, link video yang ok rasanya.

    [Reply]

  3. #3 by Halim on June 5, 2009 - 6:17 am

    Pelik tengok orang sekarang. Nak jadi baik dikata kita skema. Bila orang lain buat jahat tak kisah. Bila dia terkena kejahatan orang baru nak kisah.

    Dunia. dunia. dunia

    [Reply]

  4. #4 by fareast on June 5, 2009 - 7:55 am

    @ Halim, betul, pelik kan dunia sekarang ni. Tak tau la camne nak kata.

    [Reply]

  5. #5 by Maslim Salimi on August 10, 2009 - 7:40 am

    Bukan sahaja pelik tapi mungkin sebahagian daripada tanda-tanda akhir zaman.Moga-moga kita masih mampu dilabelkan sebahagian daripada yang beriman.Insyallah.

    [Reply]

    fareast Reply:

    Insyaallah, doa dan teruskan usaha agar tidak termasuk dalam golongan tersebut.

    [Reply]

(will not be published)
CommentLuv Enabled