Keindahan Ukhwah, Asas Kekuatan Pelajar Tokai


Tiba di bumi asing menuntut kami pelajar-pelajar Malaysia untuk terus menjalinkan silaturahim agar tidak hanyut di bumi asing. Tiada lagi ustaz, warden (abg Ad) kalau nak marah-marah, pak cik Tahir untuk beri nasihat, mahupun jabatan agama Islam JAKIM untuk memantau kelakuan tidak senonoh. Kami semua pergi dengan harapan dari cikgu, sensei, ibu-bapa dan sahabat taulan serta sedara mara, dengan beranggapan

“engkau sudah besar, pandai-pandailah jaga diri”

Tapi itu tidak cukup, mengharapkan diri sendiri yang lemah untuk menjaga diri sendiri, sedangkan ahli ibadah boleh hanyut dengan godaan syaitan dan nafsu, hendak mengharapkan diri sendiri untuk menjaga diri adalah sesuatu yang hampir mustahil.

Ukhwah

hari khamis

Di sambut oleh sempai(senior) setibanya di Narita Airport, juga membantu memberikan pertolongan untuk membeli barang-barang keperluan asas sewaktu kesejukan yang menyengat tubuh. Terima kasih diucapkan.

sempai

sempai best

Kebersamaan

Kebersamaan sesama pelajar muslim Malaysia di sini amat penting dalam mengharungi kehidupan sehari-hari. Solat jumaat walau bilangan tidak mencukupi 40 orang bukan perkara asing di sini, kerana kalau memerlukan 40 orang memang sepanjang duduk di Universiti memang tidak akan solat jumaat kerana bilangan pelajar muslim rata-rata dibawah 40 orang. Hal ini mungkin memerlukan penjelasan lebih lanjut.

Menjadi imam untuk solat jumaat serta membaca khutbah juga bukan perkara asing. Alhamdulillah pernah sekali menjadi imam membaca khutbah.

Setiap malam jumaat akan diserikan dengan perjumpaan di rumah-rumah tertentu untuk membaca al-quran beramai-ramai, bertanya khabar antara satu dengan lain, dan akhir sekali MAKAN!

IMG_0038

IMG_0039

IMG_0043

IMG_0047

Bermewah dengan makanan, walaupun banyak yang tak boleh makan, tapi dapat makan yang halal pun sudah nikmat tidak terhingga.

Riadah

Riadah tidak dilupakan, setiap minggu bermain bola di padang universiti, kemudian bermain futsal jika ada kelapangan.

futsal tokai

futsal tokai 1

futsal

Makan Bersama Senpai

Kadangkala selepas solat jumaat, makan bersama dengan sempai (senior). Sambil duduk di kantin berbincang kemudian memesan menu yang tidak asing lagi bagi pelajar Tokai. Bagi yang ingin merasa makanan istimewa kantin kami, pergi ke kounter, kemudian sebut menu ini!

“siromi furaidon taru taru dake hitotsu onegaisimasu”

Makanan yang halal lagi sedap dimakan,

IMG_0049

IMG_0050

Kebersamaan ukhwah untuk mengharungi cabaran arus jahiliyah yang mencabar untuk tidak terus hanyut di dalam kemaksiatan. Masih ada jalan pulang, kerana Allah memang mengasihi hambanya. Bersamalah dengan rakan-rakan yang ingin jadi baik. Kunci utama untuk selamat dunia dan akhirat.

“Jangan berseorangan, kerana syaitan akan membolak balikkan kamu bagai bola di dalam genggaman budak kecil, pergilah dengan orang yang ingin jadi baik Insyaallah”

Because a picture is worth 10000 words

Blog Widget by LinkWithin

,

  1. #1 by MuNsYi-SaMa on June 15, 2009 - 7:57 pm

    Ukhuwah yang terjalin atas dasar Iman kepada Allah dan hangatnya cinta kepadaNya tidak pernah gagal dalam membentuk peribadi Mu’min sejati.

    “Bila dua sahabat berkasih kerana Allah, maka wajiblah cinta Allah ke atas mereka”.

    Nampak best suasana Islam di Jepun. Memang ada keinginan nak sambung master di sana. Kalau Allah izin. insya Allah.

    [Reply]

  2. #2 by Syahido-Senpai on June 16, 2009 - 12:21 am

    jangan lambat2 datang com square, nanti tak dapat “aji furai”.. gaga..
    papehal, teruskan usaha ukhuwah yang murni ini..
    kami harap, korang pulak akan jadi contoh teladan utk adik2 yang bakal datang taun depe..
    mata yakyu jyo de..

    [Reply]

  3. #3 by fareast on June 16, 2009 - 4:28 am

    @ munsyi sama

    Betul memang best suasana di sini. Tapi kalau sorang-sorang memang tak best. Datanglah insyaallah akan ada yang sambut.

    [Reply]

  4. #4 by fareast on June 16, 2009 - 4:31 am

    @ Syahido-Senpai

    Satu lagi menu yang hebat, “aji furai to siromi” ini pun menu terbaik. Haha, insyaallah kami akan sambut kouhai yang bakal tiba tahun depan. Terima kasih kerana menyambut kami.

    [Reply]

  5. #5 by huda on June 20, 2009 - 2:04 am

    indahnya ukhwah di bumi sakura~

    [Reply]

  6. #6 by Balqis on June 20, 2009 - 4:31 am

    Tinggal di negara orang sememangnya perlu kepada persaudaraan, bahu membahu dan bergandingan tangan. Alhamdulillah, terus eratkan ukhuwwah di sana! Kyoudai dayou, kyoudai!
    (main bantai jer sebut Jepun, betul ker?)

    Salam ziarah kembali dari bumi bekas Soviet! =)

    [Reply]

  7. #7 by fareast on June 20, 2009 - 6:23 am

    @ huda

    Yup memang best.

    [Reply]

  8. #8 by fareast on June 20, 2009 - 6:24 am

    @ Balqis

    Insyaallah, kerana ukhwah itulah kekuatan.

    [Reply]

  9. #9 by syahidah on June 21, 2009 - 3:16 pm

    salam,

    moga kalian tetap kukuh pegangan walau ceruk mana pun kalian ditempatkan!

    [Reply]

  10. #10 by fareast on June 21, 2009 - 10:58 pm

    @ syahidah

    Insyaallah, terima kasih diucapkan.

    [Reply]

  11. #11 by anum on June 23, 2009 - 3:43 am

    Jangan berseorangan, kerana syaitan akan membolak balikkan kamu bagai bola di dalam genggaman budak kecil, pergilah dengan orang yang ingin jadi baik Insyaallah” – =).

    Banyak cabaran di negera orang ya. Jika di Perancis, dengan cabaran wine dan macam2 alcohol drink. Gambatte fais san. ^^ Semangat profesional mukmin mesti kuat. Aja2!! ^^

    [Reply]

  12. #12 by far_east00 on June 23, 2009 - 8:11 am

    @ anum

    Thanks, ganbaranaitoikenai.

    [Reply]

  13. #13 by zulfitry.com on June 29, 2009 - 5:53 pm

    riadah futsal hehe ramai2 best tuh…

    [Reply]

  14. #14 by fareast on June 30, 2009 - 4:16 am

    @ zulfitry

    memang best, ukhwah terjalin berkekalan insyaallah.

    [Reply]

  15. #15 by Nur_MS on December 20, 2009 - 4:37 pm

    Salam saudara..salam ukhwah, saya cuma nk tumpang bertanya, tau x camner nk sambung study master kat universiti di jepun(xkisah mana unirsiti~klu boleh suggestkan univrsiti yg ok2…dalam bidang pendidikan (multimedia) dan juga pendidikan (kaunseling). Saya berminat sgt unruk menjelajah bumi Allah untuk sambung study ke jepun. Tp tak tahu bgmn caranye.Thanks. Salam.

    [Reply]

    fareast Reply:

    salam, terima kasih kerana komen. Saudari ada asas bahasa Jepun? ke memang belum pernah belajar.

    [Reply]

  16. #16 by vietnam war dvd on May 21, 2010 - 6:30 am

    The actual post already been excellent and I’ve referred it to many of my personal pals. We honor for the actual perform that you have done. Many thanks once again.

    [Reply]

(will not be published)
CommentLuv Enabled