Teringat ketika di bangku sekolah, subjek sejarah memang menjadi subjek yang menarik, juga boleh menjadi subjek yang membosankan. Ternyata setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza apabila berbicara tentang sejarah apatah lagi apabila berbicara mengenai sejarah KITA.
Teringat kata-kata Zambri (kawan yang kini sudah berada di Universiti Yamaguchi) selepas pulang dari program ISK( Ini Sejarah Kita). Kemudian berhenti seketika di kedai makan TERATAK berdekatan dengan Taman Bukit Pelangi di daerah Subang Jaya sambil menunggu waktu untuk berbuka puasa.
“ Masa kita dekat sekolah dulu, pendidikan formal seingat aku bermula apabila perpindahan Parameswara ke Melaka, itu merupakan titik tolak permulaan sejarah Melayu”.
“Kemudian, pendakwah dari Arab datang untuk berdakwah kepada Parameswara, lepas tu Parameswara memeluk Islam, kemudian bermulalah era kesultanan Melayu Melaka”. Hadi menyambung.
“Tapi lepas balik dari ISK aku terfikir beberapa perkara, mungkin betul la kot apa yang abang-abang tu perkatakan, abang ke? Pak cik la kot sebab macam dah tua je”. Aku menyambung.
“Pasal apa?”, Zambri bertanya.
“Yelah cuba perhatikan baik-baik apa yang kita dah belajar masa kat sekolah dulu, dengan apa yang pak cik-pak cik tu cakap, lepas tu cuba guna logik akal sikit. Pendakwah dari Arab datang, Islamkan Raja Melaka masa tu kan? Lepas tu dalam buku teks, raja Melaka telah terpesona dengan budi bahasa dan adab yang ditunjukkan pedagang Arab, kemudian Raja Melaka pun memeluk Islam. Ok, ini fakta jadi memang tiada masalah dengan ini”
“Habis tu?”, Hadi bertanya lagi.
“Lepas Raja Melaka memeluk Islam, lepas tu semua rakyat Melaka yang rata-ratanya beragama Hindu pun turut sama memeluk Islam. Maksudnya masuk Islam beramai-ramai seolah-olah macam semalam Raja Melaka memeluk Islam, alih-alih hari ni satu Melaka masuk Islam. Pulak dah. Fikir la, bukannya ada TV ke surat khabar ke zaman tu, ramai je yang dekat pedalaman tapi mereka masuk Islam, lepas dengar pendapat pak cik-pak cik tu alahai macam magik la pulak” Aku menghabiskan ayat.
“Betul, betul, bukan sehari je masa untuk orang Melaka masuk Islam masa tu, mungkin berbulan-bulan, tapi yang memungkin semua ini terjadi adalah Pandakwah Islam, betul jugak, jika tidak didakwahkan mereka yang dipedalaman masakan mereka akan memeluk Islam. Juga, seingat aku, tak banyak cerita pasal pendakwah Islam yang berdakwah pada masa tu, walaubagaimanapun, walaupun tiada dalam buku teks, jasa mereka akan tetap dikenang dulu, kini dan selama-lamanya” Zambri menambah.
“Haah engkau ni, orang serious dia main-main la pulak”
Ini adalah sebahagian daripada perbincangan yang berlaku sebelum berbuka puasa. Apa yang seronok dengan Sejarah adalah dengannya, kita akan kenal asal usul kita. Jika kita lihat apa yang berlaku semasa Melaka jatuh ke tangan Portugis, dan salah satu faktornya adalah Pemerintah yang sudah semakin jauh dengan amalan ketimuran dan rakyat Melaka yang sering berfoya-foya. Akan tetapi apabila Melaka di serang, Melaka seolah-olah berseorangan dalam menghadapi Portugis, tapi dalam satu perbincangan dengan Abg Azman
“Kamu semua pernah dengar pantun ini”?
andai roboh kota Melaka,
papan di jawa kami dirikan,
andai sungguh bagai dikata,
badan dan nyawa kami serahkan.
“Kalau mat-mat jiwang selalu la guna pantun ini, tapi ingat, pantun ini bukan pantun jiwang ni pantun JIHAD ni, JIHAD!” Kata Abg Azman.
Ternganga seketika, tatkala mendengar perkara ini, mungkin pertama kali dengar pantun ini, juga tidak sangka Melaka memang bukan keseorangan.
Kemudian seorang abang berkata semasa dalam program ISK
“Ketika Melaka diserang, tatkala itu Zaman Turki Uthmaniyah. Cuba fikir balik, masa kita belajar dalam buku teks dulu, memang langsung terputus hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Kerajaan Islam Uthmaniyah, betul ke Kerajaan Uthmaniyah langsung tidak menolong Melaka? Acheh pun langsung tidak menolong Melaka?”
Mereka meninggalkan dengan persoalan, tetapi, sejarah KITA bukan sejarah Kesultanan Melayu Melaka sahaja. Kerana apabila syahadah sudah dilafaz, sesiapa yang bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah adalah bersaudara tanpa mengira warna kulit dan bangsa.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).(49:13)
Justeru sejarah KITA bermula daripada permulaan dakwah Rasuallah s.a.w di Mekah kemudian di Madinah. Selapas itu disambung kepada Khulafa Ar-Rasyidin, kemudian kepada Umaiyah kepada kecermerlangan sains dan teknologi semasa zaman Abbasiyah sehingalah kepada seranagan Mongul ke atas Baghdad dan puncanya di mana pada ketika itu, semangat jihad umat Islam luntur akibat ketaksuban mereka dalam mengembangkan teknologi. Seterusnya menyentuh zaman Turki Othmaniyah dan penyebab kepada keruntuhan Khalifah Islam di Turki angkara Mustafa Kamal Artartuk laknatullah.
Mari kita lihat, ada apa pada Sejarah? Apa pentingnya sejarah dalam kehidupan seorang Muslim. Jadikan sejarah sebagai inspirasi untuk masa hadapan. Untuk melangkah lebih jauh, mungkin kita sering diperkecil-kecilkan, tapi ingat kita tidak kecil. Sejarah pernah membuktikan yang KITA pernah memerintah dunia satu masa dahulu, dan KITA bakal mengulanginya sekali lagi. Tapi sebelum itu, “Bersedia Untuk Berubah”
Akhir kata,
“paradigma adalah seperti kaca mata untuk setiap orang, dan kaca mata itu adalah cara kita memandang dunia ini. Pengalaman dan latar belakang yang berbeza menyebabkan setiap orang punyai cara yang berbeza untuk melihat dunia. Lihat sahaja kakak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga nelayan dan kanak-kanak yang dilahirkan dengan keluarga yang kaya raya pastinya mempunyai pandangan yang berbeza apabila berbicara pasal duit. Justeru ramai yang melihat dunia dari kaca mata mereka dan gagal melihat dunia as it is. Perubahan paradigm (paradigm shift) boleh berlaku asal saja seseorang bersedia untuk menerima sesuatau ilmu ataupun belajar daripada pengalaman yang baru”.
Paradigm Shift bakal berlaku lagi untuk ISK di Honatsugi pada 4 dan 5 Julai 2009. Jumpa di sana, soalan ada apa dengan sejarah insyaallah akan terjawab.
Tapi sebelum pergi, Bersedia Untuk Berubah.




#1 by MuNsYi~SaMa on June 26, 2009 - 6:16 pm
A very inspiring post. Sejarah mengajar kita byk benda. Making decision for anything based on experiences is better than theoretically learning it. nnti post ek input2 yg dpt dr ISK.
[Reply]
#2 by fareast on June 27, 2009 - 12:16 am
@ Munsyi Sama
Insyaallah, lagipun ISK memang inspiring dan bagus jugak untuk beri semangat.
[Reply]
#3 by faisal on June 27, 2009 - 4:27 am
melihat sejarah kembali untuk maju ke hadapan. tanpa melihat sejarah, kita mungkin melakukan kesilapan yang sama seperti yang telah berlaku sebelum ini.
[Reply]
#4 by fareast on June 27, 2009 - 7:49 am
@ faisal
Betul, mengambil iktibar dari sejarah juga mengambil kekuatan dari sejarah.
[Reply]
#5 by Balqis on June 28, 2009 - 1:48 pm
Hurm, sejak kecil memang meminati sejarah. Entah baca di mana. Uthmaniyyah waktu itu sebenarnya bukan tidak mahu membantu, tetapi turut juga mengalami krisis dalaman. Perbalahan pendapat juga berlaku samada mahu membantu Melaka atau tidak. Malahan terdengar juga, kekuatan tenteranya semakin lemah. Wallahua’lam.
[Reply]
#6 by fareast on June 28, 2009 - 3:40 pm
@ Balqis
Betul juga, tapi mmg Uthmaniyah cuba membantu sedaya mungkin. Wallahua’lam
[Reply]
#7 by anum on June 29, 2009 - 1:49 pm
Mengupas persoalan sejarah memang mengagumkan. Ia bukti kegemilangan,bukti kesilapan manusia dan Al-Quran merupakan perakam sejarah paling mutlak.
Wajar diambil kira kemajuan teknologi,masalah dalaman dan isu-isu ketika zaman itu jika mahu benar2 ‘becinta’ dgn sejarah.Jadi persoalan bantu-membantu mmg ada cuma pernah dgr ‘anda perlu membantu diri-sendiri sebelum dpt membantu org lain?’
Private victory gives public victory. Inside out. Which politic kita skrg sgt kekurangan. Entahlah,jika dikenang seolah-olah sejarah mungkin berulang lagi… dah macam tomok pula…
p/s: sy tak reti nyanyi. Oh ya mask di Jepun mcmana rupanya??
[Reply]
#8 by fareast on June 30, 2009 - 4:36 am
@ anum
Bercinta dengan sejarah, hmm… tgklah bila masanya sesuai. Insyaallah.
[Reply]
#9 by mrahfa on June 30, 2009 - 5:08 am
bagus betul post ni, sangat detail. Lagi-lagi yang part Turki tu. Teringat balik zaman sekolah dulu.
[Reply]
#10 by fareast on June 30, 2009 - 8:11 am
@ mrahfa
Terima kasih kerana memberikan komen, tapi ada sejaranh yang tidak disampaikan di dalam buku teks.
[Reply]
#11 by Halim on July 4, 2009 - 6:18 pm
andai roboh kota Melaka,
papan di jawa kami dirikan,
andai sungguh bagai dikata,
badan dan nyawa kami serahkan
Pantun ni memang di boleh dijadikan yang memang Melaka tidak bersendirian dalam menghadapi tentera penjajah.
[Reply]
#12 by syahidah on July 11, 2009 - 12:48 am
sejarah mengajar kita erti hidup.
entah betul entah tidak sejarah tanah air ini ada yang telah dipadam.
yalah majoriti rakyat Malaysia ini beragama Islam, walaupun kita kata ada kaitan dengan Parameswara dan pedagang misalnya, mana pergi bukti keseluruhan atau penceritaan sebenar. Tak mungkin sarjana dahulu tidak tahu merekod data ya tak.
Kalau berminat untuk mengkaji tentang Archapelago ni saya saran baca makalah ilmiah Syed Naquib al-attas. ( Seingat saya beliau menyatakan terdapat perubahan dalam merujuk rekod sejarah apabila sarjana mengambil rujukan yang tidak tepat dan dijadikan rujukan untuk generasi seterusnya. Sarjana tanah air yang mengambil rujukan dari Barat terutamnya. Apa yang berlaku tiada pula yang cuba menyiasat sumber). Huhu kalau saya salah maaflah ya.
[Reply]
#13 by fareast on July 11, 2009 - 11:00 am
@ syahidah
terima kasih kerana memneri komen. Mungkin betul mungkin juga tidak masih menjadi persoalan. Cubalah baca novel hasil nukilan saudara faisal tehrana seperti surat-surat perempuan johor, juga dalam novelnya 1515. Cubalah selak-selak jika ternampak.
[Reply]
#14 by syahidah on July 12, 2009 - 2:22 am
hmm, surat-surat perempuan johor saya tak pernah baca, tapi kalau cerita Nyemah Mulya memang saya pernah baca. Cuma FT minta kita fikir sendiri cerita tu betul atau tidak. Menarik betul kalau masyarakat kita dahulu pernah mengislamkan penduduk kawasan lain seperi Nyemah Mulya pernah lakukan.
tapi kan serius pening kepala baca buku-buku FT. Mana tak nya sambil baca sambil ingat semula sejarah Melaka yang kita belajar di sekolah
oh ya bukan Archapelago, tapi Archipelago
[Reply]
#15 by fareast on July 12, 2009 - 9:33 am
@ syahidah
Betul2, tapi lepas baca buku tu tertanya-tanya la pulak, betul ke semua ni?
Tak apalah semua tu hanya tinggal sejarah. Rapi buku dia memang serious, agak la, tapi apapun teruskan usaha membaca untuk terus menambah ilmu pengetahuan.
[Reply]
#16 by Ar Ruhuljadid on January 2, 2010 - 12:01 pm
Kata-kata itu tak kan hidup sehingga kita bekorban untuk kata-kata itu……………
[Reply]
#17 by kashfi on March 22, 2010 - 7:12 am
salam, kamu ni macam baru nak kenal sejarah… sepatutnya pergi diengland bacalah surat2 sultan melaka kepada kerajaan turki utmaniyah dan….. seterusnya ada banyak lagi yang anda patut tahu… orang melayu jadi buta sejarah sebab tolak tulisan jawi berbangga dengan orang putih mace sekarangni..
[Reply]