Nikmat Yang tidak Tergambarkan


DSC_0115
Mentari terik menyinar, tetapi disebalik teriknya mentari, datang angin yang sepoi-sepoi bahasa, juga kadangkala datang angin yang kuat, membawa udara yang sejuk meniup ke muka. Alangkah nyamannya. Juga ketika melihat daun-daun yang semakin menjadi kemerah-merahan, tatkala lalu dibawahnya, ia berguguran, menjadikan ianya sebuah gambaran yang tidak dapat dinukilkan dengan ungkapan kata. Semua itu adalah, tanda kebesaran Allah dan keagungan Allah.

Aki

Aki yang apabila diterjemah ke dalam bahasa Inggeris menjadi Autumn dan diterjemah kedalam bahasa Melayu menjadi musim luruh. Antara salah satu pusingan 4 musim yang indah, tetapi keindahannya Aki didatangi dengan satu Ujian.

aki

(pic)

Syukur

Ya, ujian yang memperlihatkan yang keinginan manusia memang tidak pernah cukup. Jika diberi sesuatu, mahukan sesuatu yang lain. Inilah dia sikap manusia terutamanya Saya. Andai diberi manusia segunung Emas, nescaya mahukan yang satu lagi. Teringat dulu semasa musim Panas, di dalam bilik ini, kipas menjadi teman yang setia menanti. Sehinggakan tidur juga berkipas, mungkin kerana cuaca yang terlalu panas sehingga menguji kesabaran fizikal dan mental. Pada waktu itu muncul keinginan,

“seronoknya kalau sejuk”

Ketika panas, memang lumrah untuk inginkan yang sejuk, tetapi bila sejuk, kipas sudah siap disimpan di dalam almari, tetapi DANBO sebagai pengganti. (Danbo adalah sejenis pemanas).

Terlintas di fikiran, cuaca macam mana yang sesuai, yang sejuk, atau yang panas, atau yang sedang-sedang saja.

Syurga

Terlintas di fikiran akan nikmat Syurga, dan bagaimana agaknya cuaca di sana?

Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa Yang mereka ingini.. (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur; Dan perawan-perawan Yang sebaya umurnya; Serta piala atau gelas Yang penuh Dengan minuman; Mereka tidak mendengar di Dalam syurga itu perkataan Yang sia-sia, dan tiada pula perkataan Yang dusta; Sebagai balasan dari Tuhanmu, Iaitu satu limpah kurnia Yang dikira cukup (menurut Yang dijanjikanNya), (An-Naba 31-36)

sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air Yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu Yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak Yang lazat bagi orang-orang Yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu Yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (adakah orang-orang Yang tinggal kekal di Dalam syurga Yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang Yang tinggal kekal di Dalam neraka dan diberi minum dari air Yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama)! (Muhammad ; 15)

Tertanya-tanya bagaimana keadaannya? Masuk Syurga tidak mudah, Ahli Ibadat yang beribadat 1000 tahun dapat masuk Syurga hanya dengan rahmat Allah. Bagaimana hendak dapatkan Rahmat Allah? Buat yang Allah suruh dan tinggalkan yang Allah larang.

syurga

Blog Widget by LinkWithin

, , ,

  1. #1 by Syahidah on November 6, 2009 - 3:49 pm

    Syukur, syukur, syukur.

    Biasalah tu, orang yang tengah belajar, nak habis belajar cepat, nak kerja

    orang yang dah kerja, nak belajar balik, sebab tak tahan, kerja penat,

    then, bila belajar semula, tak puas hati pula, banyak assignment.

    adeh! redha.

    tak pernah kita puas, kita minta, bila dapat, mahu pula yang lain.

    [Reply]

    fareast Reply:

    betul tu, kamahuan yang mahu sesuatu, tidak pernah puas.

    Justeru nafsu perlu dididik.

    [Reply]

  2. #2 by Libra on November 6, 2009 - 8:36 pm

    Nice pictures………

    [Reply]

    fareast Reply:

    Terima kasih…

    [Reply]

  3. #3 by tirana on November 6, 2009 - 9:54 pm

    Setiap yang Allah jadikan pasti ada kebaikan dan nikmatnya walaupun kadang-kadang kita rasa ia menyusahkan kita seperti kejadian empat musim ini. Bagi kita yang tak tinggal di negeri yang mengalami empat musim mungkin rasa susah sbb kita tak biasa..Yang dah biasa tentu tak rasa apa-apa.

    [Reply]

    fareast Reply:

    Thanks atas nasihat…

    [Reply]

  4. #4 by klcitizen on November 8, 2009 - 5:26 am

    assalammualaikum

    bloghopping… dan akhirnya ke sini..

    salam ziarah…
    salam persaudaraan

    [Reply]

    fareast Reply:

    salam persaudaraan, salam ukhwah.

    Silakan garap apa yang bermanfaat.

    [Reply]

(will not be published)
CommentLuv Enabled