Kebebasan


‘Terbang bebas laksana burung di langit’

Siapa yang tidak bercita-cita untuk hidup tidak dalam kongkongan. Menjadi orang suruhan pihak atasan, terutama sekali apabila melihat hasil peribumi sendiri jatuh ke tangan orang lain.

‘umpama tetamu yang datang ke rumah kita, kemudian menghalau kita keluar dari rumah, atau memberikan bilik kecil untuk kita, yang lain menjadi hak tetamu’

Kekayaan Negara dirampas, hasil kekayaan tidak menjadi milik peribumi, malah peribumi tidak diberikan hak-haknya yang sepatutnya untuk memerintah. Apabila hak-hak mereka dinafikan, maka muncullah rakyat yang bangun untuk bersuara, bersuara untuk mendapatkan kembali hak-hak yang menjadi milik mereka yang telah dirampas. Inilah yang dinamakan sebagai Gerakan Kemerdekaan.

Gerakan Kemerdekaan

Gerakan kemerdekaan ini berdasarkan satu tema, iaitu tema untuk bebas, ya, tema kebebasan, iaitu tema untuk bebas memerintah dan tidak berada di bawah telunjuk dan arahan penjajah. Apalagi tatkala melihat hasil bumi milik sendiri menjadi milik orang lain.

Harga sebuah Kebebasan

Malah ada yang sanggup mati demi untuk sebuah kebebasan. Malaysia beruntung kerana kemerdekaan dicapai bukan melalui peperangan. Tetapi sejarah telah menceritakan, ramai yang terkorban, semasa penentangan terhadap penjajah berlaku. Lihat juga bagaimana Indonesia mencapai kemerdekaan, mujahidin di Afghanistan ketika menentang Soviet. Ramai yang telah terkorban kerana sebuah kebebasan.

Ramai yang susah untuk melihat sejarah, mungkin cerita lama, tetapi bagaimana Palestin? Mereka tidak hanya melihat dan membenarkan sahaja apabila Israel menduduki seluruh Palestin. Palestin di nodai, dan rakyatnya? Rakyatnya diletak di dua tempat sahaja iaitu di Gaza dan Tebing Barat. Persis tetamu yang datang menginap menghalau penghuni untuk menghuni dua sahaja bilik dirumah mereka sendiri. Mereka bangun (Hamas) untuk mendapatkan kembali hak mereka, kebebasan mereka. Tetapi ada juga yang merestui pendudukan Israel ini (Fatah), malah mengiktiraf negara Israel.

Lebih menyedihkan, yang bangun untuk mendapatkan kebebasan ini digelar sebagai pengganas, dan yang mengiktiraf pencabulan ini, diiktiraf sebagai pejuang keadilan.

Kedua-duanya cuba mendapatkan kebebasan, kebebasan dengan cara yang berbeza. Hamas mendapatkan kebebasan dengan tidak mengiktiraf Israel dan ingin mendapatkan kembali tanah asal mereka, manakala Fatah mendapatkan kebebasan dengan mengiktiraf Israel dan bersetuju dengan tempat yang diberi israel kepada mereka.

Kebebasan mereka ada harganya, di satu pihak, nyawa dipertaruhkan, di satu pihak lagi, rakyat yang memberontak akan diberi kepada Israel. Kesemuanya demi untuk sebuah kebebasan.

Menjual Kebebasan

Kebebasan mempunyai harga yang cukup mahal, jika dijual, bukan sahaja duit, malah popular. Tetapi ianya pilihan, kerana manusia diberi kebebasan oleh Allah untuk memilih.

Lihat artis, penyanyi, mereka menjadi popular, mempunyai duit yang tidak terkira, tetapi tidak bebas kerana sering dihantui oleh paparazzi. Lagi-lagi, apabila kisah dan paparan hidup mereka, pergaduhan dalam rumah tangga, keretakan yang berlaku akan terus menjadi berita-berita utama majalah-majalah gosip. Seterusnya rumah tangga akan terus retak kerana gosip-gosip seperti ini.

Ramai Artis yang tidak selesa dengan kehadiran paparazzi ini, umpama artis-artis Hollywood yang tinggal di Baverly Hills, ada kalanya mereka tidak dapat menjengok di tingkap mereka sendiri, apabila mereka melihat tingkap, gambar akan terus ditangkap. Apabila berjalan-jalan atau berjumpa rakan-rakan, mereka merasa diperhatikan kerana memang ada yang memerhati terutama untuk diletak di majalah gossip. Jika sedang berjalan dan artis ini jatuh, berita ini juga akan dimuatkan dalam majalah gossip; sebagai contoh;

“saat-saat Bratt Pit jatuh terpelecok”

Apabila ditempat awam, mereka akan menjadi perhatian, mereka suka? Ye ke suka? Lantas mengapa artis-artis ini apabila keluar berjalan-jalan, mereka akan memakai cermin mata hitam, cuba untuk diri tidak dikenali, mungkin takut diserbu peminat. Kesimpulannya, mereka tidak selesa.Sekali lagi, ianya pilihan mereka.

Inilah harga sebuah kebebasan.

Mencari Kebebasan dalam Kerjaya

Dalam konteks kerjaya, kadangkala minat dan kebebasan harus diketepikan untuk kerjaya. Tatkala mereka tidak bebas melakukan perkara yang mereka minat, prestasi kerja semakin menurun, umpama melepaskan batuk ditangga. Terutama apabila diarah untuk melakukan perkara yang sama setiap hari.

Sekadar terfikir, salah ke apabila cuba untuk melakukan perkara yang disukai, tidak bertentangan dengan syarak yang penting sekali, untuk mendapat kebebasan, akan muncul dan memang akan ada suara-suara yang akan kata, tak boleh, tak payah, tak usah yang kebanyakannya ‘tak’.

Biarlah, yang penting, tidak bertentangan dengan syarak,

Teringat semasa BTN,

Kita bebas terbang laksana burung,

terikat hanya di tali cinta.

Blog Widget by LinkWithin

, ,

  1. #1 by klcitizen on November 20, 2009 - 3:29 pm

    assalammualaikum fais

    kebebasan apa pun , sebenarnya ia tetap terikat….
    sebenarnya burung juga begitu…

    [Reply]

    fareast Reply:

    setuju dengan saudara klcitizen.

    [Reply]

(will not be published)
CommentLuv Enabled