|
|
| Akihabara |
Apabila diri berada di suatu keadaan yang di mana serba serbi mencukupi, mendapat gaji yang sama untuk setiap bulan, atau mendapat duit kocek daripada pihak penaja, segalanya dilihat sebagai satu anugerah. Anugerah dari Allah yang kadangkala boleh juga menjadi suatu musibah.
Minggu demi minggu, kuliah dihadiri, kemudahan internet tersedia dan cukup, tidak sukar juga mendapat makanan, di dalam ruangan Hard Disk telah tersedia Anime dan Movie untuk ditonton di kala kelapangan, Apabila diajak untuk keluar melihat kebesaran Allah (melancong), lantas ditolak kerana sudah selesa berada di bilik sendiri. Apalagi jika diajak bersukan, semuanya ditolak kerana alasan akan menghabiskan duit. Gejala tidak mahu keluar rumah semakin menjadi-jadi dan boleh diistilahkan sebagai ‘otaku’ dalam bahasa Jepun.
Ada bermacam-macam jenis Otaku, dan istilah ini hanya digunakan untuk menggambarkan sikap fanatisme seseorang terhadap sesuatu. Istilah ini kebanyakannya digunakan kepada mereka yang fanatik terhadap komik, anime, robot gundam, maid(pelayan cafe) drama dan lain-lain. Kefanatikan melampau golongan ini boleh jadi semakin teruk apabila mereka ini tidak dapat membezakan lagi antara alam realiti dan fantasi. Kadangkala satu istilah sahaja yang dapat menggambarkan sikap ini. ‘pelik’.
Pelik
Situasi pertama;
Ketika berada di dalam kereta api, lantas berdiri bersama rakan kerana kesemua kerusi telah penuh. Kemudian datang seorang lelaki yang berpakaian agak lain dari yang lain. Kemudian berdiri berdekatan, menghadap cermin pintu dan yang agak lain dari yang lain memulakan perbicaraan dengan diri sendiri di cermin.
“Apa Khabar?”
“Khabar baik” dengan suara yang dikecilkan.
“Hari ini jom ke Shinjuku, boleh beli baju sikit, lepas tu singgah di Akihabara, beli komik sikit dan kalau lapar kita makan”
“Bagus juga idea ni, lepas makan nak ajak siapa lagi?” dengan suara yang dikecilkan.
“Siapa-siapa yang free, hehe”.
Situasi dua
Ketika dalam perjalanan untuk ke kuliah di universiti, dari jauh terlihat seseorang yang berjalan tersenyum-senyum, sambil menggoyangkan badannya. Kemudian terlihat bibirnya yang kumat-kamit, seolah olah sedang berbual, tetapi tiada siapa yang disebelah. Berbual-bual sambil tersenyum-senyum, mungkin dengan diri sendiri.
Situasi tiga
Diceritakan oleh saudara Nasir, sahabat yang sedang belajar di Okayama Rika Universiti. Diceritakan
“masa tu tengah jikken(eksperiment), ada seorang mamat ni, tiba-tiba dia bumping, tu Ok lagi, ada satu masa, orang yang sama, pun masa jikken juga, tiba-tiba dia buat Tai Chi, haha”
Gawat juga apabila melihat gejala ini, diantara dunia fantasi dan realiti sudah tidak dapat dibezakan. Apa yang ada di alam fantasi terbawa-bawa ke dunia realiti. Sukar sekali jika terjadi gejala ini, umpama dalam cerita Beautiful Mind.
Zon Selesa
Terdapat ramai pelajar Malaysia yang dihantar ke Jepun yang antara salah satu tujuannya adalah sebagai satu pendedahan terhadap budaya dan cara hidup di sini. Setakat ini, walaupun anime dan movie yang di muat turun, tetapi rata-ratanya pelajar Malaysia di sini masih boleh membezakan antara realiti dan fantasi. Itu yang paling penting sekali.
Tetapi kadangkala kita lupa, sebagai seorang pelajar yang hidup di dalam sebuah negara yang aman damai, tiada peperangan, tiada persengketaan (mungkin ada tetapi hanya dari segi politik), aman makmur. Peringatan untuk diri sendiri yang juga ditujukan kepada semua yang membaca artikel ini.
Apabila keadaan terlalu selesa, wang bulanan masuk, mepunyai jaringan internet yang pantas, terkadang kita lupa akan hakikat sebenar atau sebuah realiti sebenar yang menghantui kita sebagai seorang yang beragama Islam. Di kala kita selesa dengan apa yang kita ada, ada yang sedang menderita menaggung penderitaan kerana kesan peperangan seperti saudara kita di Palestin.
Tahukah kita yang suatu masa dahulu kerajaan Islam Othmaniah atau Ottoman Empire di Turki telah tumpas dan dimansuhkan pada tahun 1924. Berita ini sepatutnya menjadi suatu berita yang menyayat hati bagi umat Islam hari ini. Mansuhnya sebuah Empire bukanlah suatu perkara yang kecil kerana Empire meliputi banyak negara dan wajib untuk umat Islam kini untuk mengembalikannya, jika kita benar-benar umat Islam yang sebenar.
“Itu dulu? Dulu lain, sekarang lain”
“Asalkan tak kacau aku sudah, malaslah nak sibuk-sibuk benda-benda ni”
“Suka hatilah apa nak jadi, Islam bangun ke runtuh ke, asal jangan hilangkan periuk nasi aku sudah”
Jika perkara ini yang bermain difikiran, ketahuilah yang kita sebenarnya memang tidak memperdulikan akan saudara Seislam dan tidau hirau tentang kebagkitan Islam. Mungkin kerana kata mereka
“alah, buat apa nak sibuk, kubur lain-lain bang”
Memang lain-lain, tapi kalau mati tanam sendiri.
Katakanlah: Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (At-Taubah ; 24)
Semuanya lantaran kerana berada di Zon Selesa. Zon Selesa yang menyebabkan mata dikaburi, sentiasa berada dalam keadaan selesa dan tenang, lantas muncul sikap ‘tidak pedulisme’ dalam diri. Tidak peduli dengan persekitaran, berita dunia asalkan tidak mengancam dan mengurangkan rezeki mereka.
Akhir kata, untuk artikel ini, tahu dan rasa adalah dua perkara yang berbeza. Inilah perkara penting yang telah dipelajari untuk Autumn Gathering 09, perjalanan program boleh dilihat di blog Saido.



#1 by matadewa on November 25, 2009 - 1:56 am
haha..naik jugak name aku…
p/s=muke org pelik 2 sme mcm maarof,so kami panggil dia maarof..hehe
[Reply]
fareast Reply:
November 25th, 2009 at 2:31 am
haha, mmg sebijik ke? snap la gambar dia bagi tgk. Ramai nak tgk kalau ko letak kat Flickr.
[Reply]
hex-everros Reply:
November 25th, 2009 at 3:42 am
perghh dewa, tersebar kembar aku sampai ke website fais
[Reply]
fareast Reply:
November 25th, 2009 at 4:12 am
nak buat macam mana, kembar ko tu sesuai dengan artikel aku kali ni. Haha..
[Reply]
#2 by zulaikha on November 26, 2009 - 5:22 am
salam..
terkena batang hidup(wpun bkn 100%..hehe)
kalo situasi di mesir..mmg xaman la..
tp ada byk masa(kalo dibandingkan dgn negara lain)
jadi masa dihabiskan dgn cerita korea..
bila ajak g program..
(kelas agama spt fiqh,sirah…)
alasan:nak blaja la..
tp byk masa dihabiskan tok aktiviti lagha(tgk movie)
teringat kata2 seorang kawan..
orang selalu nak jadi pelajar..tapi orang lupa kita nak jadi insan..
jadi..peringatan buat diri sendiri..
janganlah terlalu berkira-kira tok g program..
iA..kte xblaja tp ada keberkatan masa..
[Reply]
fareast Reply:
November 26th, 2009 at 2:02 pm
jadi insan, betul terima kasih kerana mengingatkan.
Salam Aidiladha.
[Reply]
#3 by Farhana on November 28, 2009 - 4:05 pm
owhh..
[Reply]
fareast Reply:
November 29th, 2009 at 2:39 pm
owh tu banyak maksud.
[Reply]
#4 by tadamiru on November 29, 2009 - 3:09 am
~aah. menganggap berada dlm zon selesa merupakan suatu yg menyelesakan adalah suatu kerugian yg merugikan.
~ramai skali yg memarahi org memasuki jln yg salah, tetapi sedikit skali yg mahu menunjukkan jalan yg betul.
~moga istiqomah.
[Reply]
fareast Reply:
November 29th, 2009 at 2:41 pm
mungkin sebab ramai yang mudah melihat kesalahan orang lain. Melihat kesalahan orang lain memang mudah. tapi sukar untuk menunjukkan jalan yang betul.
Insyaallah…
[Reply]
#5 by ayuamiza on November 30, 2009 - 8:24 am
rasa nak dedicate lagu people of the boxes by dawud Wharnsby.
comfort zone, membunuh.
hati-hati dengan masa lapang.
hati manusia mcm gelas.
gelas kalau tak diisi dgn air, akan terisi dengan udara.
hati manusia jika tak diisi dengan cinta kpd Allah, akan terisi dgn cinta perkara lain.
[Reply]
fareast Reply:
December 1st, 2009 at 5:14 am
best lagu ni, baru dengar dekat youtube.
[Reply]