Mengharapkan masa tidak terbuang dengan perkara yang mengarut dan tidak berfaedah, lantas masa untuk cuti musim sejuk ini bakal dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah.
1. Demi Masa
2. Sesungguhnya Manusia dalam kerugian
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan berbuat kebaikan, dan saling menasihati untuk kebenaran, dan saling menasihati untuk kesabaran.
(Al-Ashr 1-3)
Minggu pertama telah menyertai Snowboard di bawah keloaan Aspiring Malaysian Rijjal (AMIR). Bermain Snowboard untuk kali pertama bukanlah semudah yang disangka. Banyak pelajaran dalam aspek fizikal dan hikmah yang menggunung tingginya disamping dapat berjumpa dengan rakan-rakan baru dan rakan-rakan lama yang kiranya sudah lama tidak berjumpa.
Teruja seketika dengan pemandangan salji yang seluas mata memandang, mungkin kerana pertama kali menyentuh salji-salji yang masih yang ternyata berbeza dengan rumah 4 musim yang terdapat di Malaysia.
Setelah mendapat tunjuk ajar dari rakan-rakan yang dating dari Iwate University, ternyata ianya tidak cukup kerana untuk bermain Snowboard memerlukan lebih dari sekadar teori. Tetapi teori-teori awal itu penting terutamanya sebagai teknik-teknik yang betul untuk meluncur dan sebagai persediaan awal.
Pertama kali meluncur ternyata bukan satu pengalaman yang menyeronokkan, akibat banyak kali terjatuh dan kemudian bangun kembali. Boleh jadi juga pengalaman pertama meluncur boleh menjadi yang terakhir kerana sakitnya badan kerana seringkali terjatuh. Namun lain orang lain wataknya, apabila jatuh kita harus terus bangun, kemudian bangun lagi, abaikan kesakitan kerana yang lebih penting adalah keseronokan bermain Snowboard. Keseronokan yang mungkin menjadi sebuah pengalaman yang tidak dapat dillupakan sampai bila-bila.
Tetapi satu perkara yang mengajar aku untuk ekspedisi kali ini, pertama kali bermain, pasti banyak kali terjatuh, kemudian cuba bangun dan terjatuh kembali. Jika hati tidak cekal dan tabah, pasti mahu berhenti dan tidak mahu mencuba lagi, Kemudian pada sebelah malam terasa kesakitan yang amat sangat akibat lenguh dan sakit dari jatuh yang berlaku banyak kali. Namun hari kedua harus diteruskan untuk mencari teknik yang sesuai untuk meluncur. Sekali lagi dalam mencari teknik itu, banyak kali juga terjatuh, tetapi kesakitan tidak mengahalang untuk terus mencuba untuk hari yang berikutnya.
Alhamdulillah, setelah hari ke 3 dapat meluncur dengan cara yang betul dan meminimumkan jatuh di atas ais. Setelah hari ke 3 dan telah lama mencuba, akhirnya dapat juga aku meluncur dengan bentuk dan cara yang betul untuk meluncur iaitu dalam bentuk S. Seterusnya turun dalam keadaan yang puas hati dan gembira kerana pengalaman yang banyak diperolehi daripada Snowboard kali ini.
Jika jatuh, jangan terus jatuh, bangun kembali, abaikan kesakitan kerana kita percaya yang kita mampu melakukannya. Percaya pada diri sendiri.
“There is no secret ingredient, you just have to believe it special”






#1 by anum on December 29, 2009 - 5:45 am
Salam fais,
Wah seronoknya org tu snowboard!^^ Anum main ice skate je la kat sini.Hehe..;P
p/s: sebelum dpt berjalan pun kita mesti pernah jatuh juga. Apatah lagi snowboard…
[Reply]
fareast Reply:
December 29th, 2009 at 8:49 am
memang seronok, dan sakit, tapi puas hati. Apalah erti kesakitan kalau nak dibandingkan dengan pengalaman.
[Reply]
#2 by klcitizen on December 29, 2009 - 2:24 pm
assalammualaikum
bestnya… jeles gak kita kat sini…
patutlah mat saleh ramai suka snowboard, kalau tengok filem2 diorang
[Reply]
fareast Reply:
December 30th, 2009 at 2:15 am
waalaikummussalam
memang best, rasa nak main lagi.
[Reply]