Selama ini apabila kita menyebut tentang pendakwah, kita sering terbayangkan orang yang hanya berkopiah dan berserban, atau orang yang hanya duduk di dalam masjid.
Tetapi sering tidak terbayang yang kadangkala pendakwah juga termasuk mereka yang mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan.
Boleh juga menjadi seorang doktor yang selalu mengubati pesakit,
Malah seorang Engineer yang bekerja di Perodua,
Juga kadangkala seorang guru yang mengajar di sekolah
Malahan juga boleh menjadi setinggi ketua bagi sesebuah Negara.
Ianya boleh menjadi sesiapa sahaja
asalkan dengan niat untuk menyeru kepada kebaikan, menyeru kepada Allah.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Surah Yusuf: 108)
Kadangkala kita ingin mengikuti sunah nabi, alhamdulillah banyak yang kita boleh ikuti tetapi seringkali kita sering melupakan yang sunah nabi yang paling besar. Sunah yang banyak pahalanya, ya itulah dakwah. Menyeru kepada Allah.
Jom kita ubah persepsi kita, pendakwah bukan semata-mata duduk di masjid sahaja, dakwah itu tidak semestinya di masjid sahaja. Jika selama ini kita menyangka yang hanya di masjid sahaja dakwah, samalah kita dengan fahaman sekular, mengasingkan dunia dan agama.
Dunia di tempat kerja, dan agama di masjid. Dua perkara yang tidak boleh bercampur, terpisah bagai air yang masin dan air tawar di lautan.
Mengapa perlu asing sedangkan Islam itu syumul, Islam itu merangkumi politik, ekonomi dan sosial.
Walaubagaimanapun, dakwah itu bukan berseorangan, ia memerlukan rakan, perlukan sokongan, umpama manusia yang memerlukan makanan.
Kepada pembaca mohdfais.net, 2009 telah berlalu, mari kita terus dengan misi yang seterusnya. Amin…







#1 by faizal on January 1, 2010 - 4:24 am
salam n selamat tahun baru
moga2 thaun baru menjadi lebih baik untuk kita, semua dan dunia..
[Reply]
fareast Reply:
January 1st, 2010 at 10:52 am
insyaallah.
[Reply]
#2 by Tirana on January 1, 2010 - 7:02 am
..dan boleh juga surirumah tangga…hehehe
[Reply]
fareast Reply:
January 1st, 2010 at 10:53 am
betul juga, lagilah kalau suri rumah tangga yang banyak buat artikel motivasi.
[Reply]
#3 by VitB on January 2, 2010 - 6:27 am
teman dakwah itulah pengorbanan, moga terus thabat insyaAllah.
dunia akhir zaman, Islam makin dagang.
[Reply]
fareast Reply:
January 2nd, 2010 at 9:08 am
insyaallah.
Islam makin dagang, tapi kita kena berpegang dengan ajaran yang sebenar.
[Reply]
#4 by klcitizen on January 2, 2010 - 8:20 am
assalammualaikum fais
bila memberi nasihat di kelas, anak2 murid memanggil saya ustazah…
hihi, tak pelah…
menjadi pendakwah, boleh sesiapa sahaja, kan.
tapi pendakwah yang berhikmah, sukar nak cari.
[Reply]
fareast Reply:
January 2nd, 2010 at 9:09 am
wah dipanggil ustazah, mesti akak banyak bagi nasihat.
Walaupun kita tak dapat jadi pendakwah berhikmah, tapi kita boleh menyeru dengan hikmah.
[Reply]
#5 by Eka Irina on January 2, 2010 - 8:48 pm
Amin
[Reply]
fareast Reply:
January 3rd, 2010 at 12:11 am
jarang datang sini. Amin…
[Reply]
#6 by matadewa on January 3, 2010 - 11:31 pm
as-syahid imam hassan al-banna pernah menukilkan persoalan berbunyi;
’saya pelajar muslim,ataupun saya muslim yang belajar?”
‘’saya jurutera muslim,ataupun muslim menjadi jurutera?”
kedengaran seperti ‘permainan/helah bahasa’,namun jika diselongkar secara mendalam akan difahami satu teori dan natijahnya menghasilkan satu amal.
asasnya adalah muslim,sebagai akar dan pelajar/doktor/jurutera adalah cabangnya.waima juga dakwah.atas nama dakwah,sekonyong-konyong seorang jurutera mampu menjadi seorang pendakwah,atas kapasiti dakwah akan lebih berkesan jika karier sebagai doktor menjadi tarikan masyarakat
wallahualam
-yg memisahkan itu sekularisme,yg melampau itu liberalisme,dtg pula jumudiyyah berpimpin pula taklid buta semakin sempit manusia itu,maka ubatnya saranan nabi,quran dan sunnah jadi pegangan,moga2 islam sebagai ad-deen bukan warisan-
[Reply]
fareast Reply:
January 6th, 2010 at 7:20 am
terima kasih kepada saudara matadewa, sama-sama kita berusaha mengangkat kegemilangan Islam ke persadanya.
Tapi sebelum itu, ubah daripada agama yang diwarisi kepada agama yang difahami,
Wallahualam…
[Reply]
#7 by zul afif on January 3, 2010 - 11:46 pm
Post yg menarik fais
[Reply]
fareast Reply:
January 5th, 2010 at 4:05 am
tak ada lah apa sangat, sekadar luahan pendapat.
[Reply]
#8 by syami on January 6, 2010 - 1:27 pm
ok la tu, biar nampak mudah tp berisi=)
[Reply]
fareast Reply:
January 6th, 2010 at 2:54 pm
Sedaya yang mungkin, terima kasih atas kunjungan.
[Reply]
#9 by akmal on January 8, 2010 - 4:26 am
semoga kita terus sedar, pendakwah juga seorang manusia dan yang didakwahnya juga seorang manusia bukan sekadar butir2 data atau angka…
dan semoga kita tidak lupa kedua-duanya ialah entiti yang memiliki hati dan jiwa…
Hamasatissyabab wa hikmatissyuyukh
dan semoga tahun baru ini, menjadikan kita lebih matang dalam berurusan dengan manusia…
akmal´s last blog ..A Helping Hand
[Reply]