Telah diceritakan pada suatu masa dahulu, di satu tempat yang jauh terdapat seekor Rubah yang tinggal di tepi sungai.
Hampir setiap minggu Rubah akan berjalan merentasi sungai, merentasi jambatan yang panjang untuk pergi mendapatkan sebuah Apple yang letaknya di atas sebuah bukit yang tinggi. Perjalanan untuk menaiki bukit itu bukanlah satu perjalanan yang mudah, perjalanan yang memerlukan keazaman yang tinggi, merentasi banyak halangan yang berliku. Perjalanan yang memerlukan persediaan, bekalan untuk melalui perjalanan yang panjang.
Tanpa disedari, hampir setiap minggu seekor rusa akan melihat gelagat Sang Rubah. Pada mulanya Sang Rusa hanya mengabaikan sahaja Rubah, tetapi kerana hamper setiap minggu akan muncul juga Rubah maka gelagat Rubah telah menarik perhatian Rusa. Setelah disiasat, Rusa mendapati yang tujuan Rubah memanjat bukit itu adalah untuk mendapatkan sebiji Apple yang letaknya di atas sebuah bukit.
“Ini rupanya kerja Rubah, tujuannya untuk memetik Apple yang terdapat tinggi di atas sebuah bukit, aku pun nak rasalah” Rusa bermonolog sendirian.
Keinginan Rusa yang kuat mendorong Rusa memanjat bukit untuk memakan Apple dari pokok yang sama. Perjalanan Rusa tidak mudah kerana terpaksa melalui halangan, merentas arus sungai yang deras, melalui jambatan gantung untuk pergi ke pokok yang dituju, setelah penat merentas hutan, tibalah Rusa ke bawah pokok Apple tersebut. Sebaik sahaja Rusa mahu mengambil Apple tersebut, didapati ketinggiannya tidak mencukupi untuk mengambil Apple itu, Rusa mencuba dan terus mencuba dan akhirnya berputus asa kerana penat.
“Buat penat sahaja aku datang sini, dah la tak dapat makan Apple, nak ke sini pun susah, aku pun bukan tau panjat pokok” Rusa meninggalkan Apple itu begitu sahaja. Walaupun belum rasa tapi Rusa tahu yang Apple itu memang tidak sedap.
Selang beberapa hari kemudian, seperti biasa ketika Rubah hendak memanjat bukit yang terdapat didalamnya pokok Apple, Rusa telah bertanya khabar kepada Rubah,
“hai Sang Rubah, apa yang engkau nak lakukan?” Rusa bertanya walaupun dia sudah tahu akan jawapannya.
“Aku nak memanjat bukit ini untuk memakan buah Apple yang terdapat di puncak bukit ini, sedap Apple tu” Balas Rubah.
“Owh pokok Apple yang di atas bukit itu ke? Tapi perjalanan nak ke sana bukan mudah, kena melalui arus sungai, melalui tebing yang curam dan banyak lagi cabaran yang bakal dilalui, sedap sangat ke Apple di atas bukit itu, ada beza ke dengan Apple yang di bawah ini?”Tanya Rusa.
“Walaupun perjalanan untuk mendapatkan Apple itu jauh dan panjang, tetapi engkau akan rasa kemanisan Apple itu jika engkau memakannya” balas Rubah
“Taknaklah, kalau dah namanya Apple tu, sama sahaja dengan Apple di sini pun, Rusa pun berlalu meninggalkan Rubah”
Rubah meneruskan perjalanan untuk memetik buah Apple.
“Engkau tidak akan faham Rusa kerana engkau belum pernah merasa lagi betapa manisnya Apple itu”
Kerana manisnya Apple, Rubah sanggup mengharungi perjalanan yang panjang semata-mata untuk memakan Apple. Kesabaran dan kecekalan amat perlu untuk hanya memakan sebuah Apple yang terdapat di atas bukit yang tinggi.
Rusa pula tidak pernah merasa Apple yang terdapat di atas bukit, masakan pula dia boleh mengatakan yang Apple itu tidak sedap sedangkan dia tidak pernah menikmatinya, bahkan pula menjamahnya.
Begitu juga dakwah, jika tidak kerana manisnya, masakan ada yang sanggup berkorban kerananya, malahan mati kerananya. Berhabis duit, memerah segala yang ada hanya untuk memastikan tertegaknya Islam, untuk berdakwah, ya, kerana manisnya dakwah.
Lihat para sahabat, kalau tidak mahu lihatlah sekeliling, lihat kepada mereka yang berdakwah.
Jangan jadi seperti Rusa, belum rasa dikatanya tidak manis.





#1 by Atom on January 6, 2010 - 4:02 pm
SubhanAllah!
msg yg sgt mendlm..
rase dulu b4 mengatakan tidak..kan2?huhu
“Dan sesungguhnya Kami jadikan isi Neraka Jahannam,kebanyakan jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata(tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga(tetapi)tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang lalai.”(7:179)
[Reply]
fareast Reply:
January 7th, 2010 at 2:34 am
cuma sekadar luahan pendapat dari aku yang masih banyak yang perlu dipelajari.
[Reply]
#2 by Tirana on January 6, 2010 - 8:52 pm
Rusa yang tak sabar dan tak tahan dengan ujian dan kesusahan. Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya
[Reply]
fareast Reply:
January 7th, 2010 at 2:42 am
Betul tu kak Tirana, kalau tak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya.
[Reply]
#3 by Ummu Adli on January 7, 2010 - 1:50 am
Kesabaran dan ketahanan si rubah terbina kerana ia amat memahami. Atas faham itulah dia sanggup mengharungi kegetiran meski dia belum pernah merasai manisnya apple. Binalah kefahaman….
[Reply]
fareast Reply:
January 7th, 2010 at 3:04 am
Kefahaman dan diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Terima kasih kerana singgah.
[Reply]
#4 by faizal on January 7, 2010 - 1:53 pm
kalu kita tak buat sesuatu, mana la kita tahu akan kesannya..
sama cam rusa tu, belum makan lagi apple tu dah kata tak manis…
[Reply]
fareast Reply:
January 7th, 2010 at 2:02 pm
betul kata faizal, kena rasa dulu baru boleh cakap tak sedap. Jangan tak dirasa lepas tu cakap tak sedap.
fareast´s last blog ..Kerana manisnya Dakwah
[Reply]
#5 by nopx on January 9, 2010 - 1:07 am
syabas fais..cerita ni betul2 menarik perhatian..akan terdetik keinsafan jua di hati org yg membaca..blsn yg akan kt dpt dr berdakwah tu, sgt bsr ganjarannya..:)
nopx´s last blog ..Undi kawan saya
[Reply]
fareast Reply:
January 9th, 2010 at 2:02 am
semoga yang berguna itu dijadikan pengajaran dan pelajaran. Banyak lagi yang perlu kita sama-sama pelajari.
Alhamdulillah…
fareast´s last blog ..Kerana manisnya Dakwah
[Reply]
#6 by tadamiru on January 9, 2010 - 1:25 pm
~suka entri ini…
susah nk citer tentang kemasinan air laut kpd org yg x penah makan garam
susah nk citer tantang kemanisan epal kpd org yg x penah makan gula
~salam ziarah
tadamiru´s last blog ..…aku mahu diam…
[Reply]
fareast Reply:
January 10th, 2010 at 8:59 am
terima kasih kerana menziarah,
fareast´s last blog ..Kerana manisnya Dakwah
[Reply]
#7 by anum on January 9, 2010 - 5:05 pm
Salam akh fais,
Ternyata benar mesej dlm cerita yg akh tulis kali ini. Dan kekuatan utk melakukan dan kepercayaan yg tinggi amat perlu utk merasa kemanisan dakwah. Bukan mudah, tetapi ia achiavable. Selamat berjuang akh.
Salam ukhwah,salam sahabat.
[Reply]
fareast Reply:
January 10th, 2010 at 9:01 am
Salam ukhwah dan salam sahabat,
Memang sukar, bukan jalan yang dihiasi dengan karpet merah, tetapi jika sudah merasa manisnya, terasa seperti hidup ini telah terisi.
[Reply]
#8 by klcitizen on January 13, 2010 - 12:04 pm
assalammualaikum fais
hanya yang terpilih sahaja yang terus kekal dalam jalan dakwah.
semoga kita antara insan tersebut.
klcitizen´s last blog ..mendengar
[Reply]
far_east00 Reply:
January 13th, 2010 at 4:33 pm
insyaallah
[Reply]
#9 by zulaikha on January 17, 2010 - 2:59 pm
salam..
entry yg sgt menarik..
semua komen yg diberikan benar belaka..
jadi sy sokong semua komen..
*nk beri komen..tp org lain dah bagi spt yg sy pikir..
[Reply]
fareast Reply:
January 18th, 2010 at 2:15 am
ye ke? terima kasih banyak-banyak kerana nak beri komen. Tu pun sudah cukup bermakna.
fareast´s last blog ..Motivasi berjaya, Yeah…
[Reply]
#10 by Hassan on February 28, 2010 - 1:32 pm
Assalamualaikum… Saya ingin mencari cerita atau kisah2 yang terkandung di dalam Al-Quran… Cuma saya x nak kisah tentang 25 kisahj rasul… plisssss… urgent
[Reply]