Motivasi berjaya, Yeah…


Success_Failuresumber

Terdapat banyak perbezaan di antara pelajaran yang terdapat di sekeliling kita, iaitu pelajaran yang kita perolehi dari alam sekitar, dari haiwan, dari rakan-rakan dengan pelajaran yang terdapat di sekolah.

Sejak zaman-berzaman, sistem persekolahan telah menjadikan atau melahirkan ramai manusia hebat yang terkenal sepanjang zaman. Tetapi apabila terlalu mengutamakan sistem dan mengabaikan ‘kemahiran hidup’ ternyata tidak akan membawa ke mana.

Tiada siapa yang dapat menafikan yang seseorang yang hebat dalam menghasilkan ‘A’ dalam kesemua matapelajaran yang diambil, belum tentu lagi boleh berjaya dalam hidup. Seseorang yang jarang dapat ‘A’ dalam matapelajaran malahan selalu gagal juga belum tentu boleh berjaya dalam hidup. Cuma ingin beritahu yang ‘A’ bukan jaminan, oleh itu apa yang menjamin kejayaan dalam kehidupan.

Buku Motivasi

stack-of-bookssumber

Ramai yang memandang sinis apabila berbicara mengenai buku motivasi.

“Kalau engkau baca buku banyak mana pun, sama je aku tengok”

“Kalau aku baca buku motivasi pun, bukan aku boleh berubah”

“Aku tak percaya la motivasi, motivasi ni, mengarut je”

Mungkin benar dan mungkin tidak, tetapi membaca sesuatu lebih baik dari langsung tidak membaca. Melakukan sesuatu lebih baik dari tidak melakukan sesuatu. Tapi paling kurang pun, walaupun mereka yang membaca buku motivasi, perangai tetap sama seperti dulu, tetapi paling kurang satu perkara telah berubah, mereka boleh melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza dengan sebelumnya.

Jika dulu kejayaan itu hanya bergantung kepada berapa banyaknya ‘A’ di dalam tangan. Tetapi kini kejayaan itu apabila dapat memenuhi tujuan kehidupan sebagai manusia. Tidak terhad untuk mendapat gaji besar sahaja.

Jika dulu asyik menyalahkan sesuatu atas perkara malang yang menimpa, sama seperti menyalahkan takdir, tetapi kini, mampu melihat dari sudut yang positif, bersangka baik dengan Allah, kerana kalau kita tidak dapat apa yang kita suka, kita kena bergembira dengan apa yang kita dapat sebab apa yang kita dapat itu adalah yang terbaik dari Allah.

Semuanya adalah perasaan, emosi, apa yang dirasakan, prasangka baik, bersangka baik dengan Allah. Buku Emotional Intelligence karya Daniel goleman menyebut, 10% kejayaan manusia adalah dalam aspek Intelektual Intelligence, sebanyak 80% adalah dalam aspek Emotional Intelligence. Setuju atau tidak itu terpulang, orang yang mempunyai Emotional Intelligence yang tinggi seperti, selalu bersangka baik, berfikiran positif, tidak mudah berputus asa, mampu bergaul dengan baik, mempunyai kemungkinan untuk berjaya yang tinggi.

Semuanya terpulang, antara percaya atau tidak.

Sistem

Semasa di sekolah, kita sering diterapkan dengan sistem, lesson first, experience second. Belajar dulu kemudian baru rasai pengalaman. Tetapi jangan kita lupa yang kehidupan tidak seperti itu, apa yang kita lalui dalam kehidupan seharian adalah experience first, lesson second,

“Ahmad ditolak cintanya oleh Aminah mentah-mentah, Ahmad bersedih, tetapi apa yang dialaminya untuk kali pertama itu mematangkan Ahmad untuk menghadapi kehidupan yang seterusnya”

“Daniel gagal dalam peperiksaan, kegagalannya menyebabkan dia membuka bisnes kecil-kecilan dan menjadi seorang usahawan yang berjaya”

“Samad ingin menyambung pelajaran sebagai Doktor di Australia, tetapi dia telah dihantar ke Ireland. Samad menyesal, tetapi, di Ireland dia telah tersedar akan matlamat hidupnya dan bersyukur kerana dia telah dihantar ke Ireland”

Semuanya bergantung kepada apa yang kita rasa, perasaan kita apabila tragedi berlaku. Emotional Intelligence.

Dari mohdfais.net

brainisumber

Seronok rasanya apabila masih lagi memegang pangkat sebagai seorang pelajar. Selepas ini ada yang akan menuju haluan masing-masing, ingin mencapai impian masing-masing. Untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, punyai cara yang banyak.

Ada yang ingin melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat PhD, ada yang hanya setakat Master kemudian berkerja sebagai pensyarah. Ada juga yang ingin menjadi profesional Engineer. Ada juga yang bercita-cita untuk melakukan sesuatu yang berbeza, membuka perniagaan sendiri misalnya. Banyak cara seperti yang diimpikan masing-masing.

Kerana manusia tanpa impian, umpama tunggul di tepian tasik

Kita tidak akan selama-lamanya bergelar mahasiswa atau student, zaman berubah, usia bertambah, peranan makin banyak terutamanya ketika kita hidup di dunia yang sementara ini.

Persoalannya kehidupan bagaimana yang kita inginkan? Apakah respon jika tragedi berlaku kepada kita? Bagaimana kita menguasai emosi jika sesuatu menimpa?

Untuk aku, kehidupan yang bakal menanti memang penuh misteri, banyak cabaran yang bakal menanti, tapi ianya akan menjadi bermakna, mencabar dan menyeronokkan.

There is no secret ingredient, you just have to believe it special

Blog Widget by LinkWithin

, ,

  1. #1 by Tirana on January 13, 2010 - 9:01 pm

    Good writing! EQ ni jarang orang perasan..yang orang dok tumpu habis pada IQ sahaja.. Bila results exam keluar, sibuk orang tanya “berapa A awak dapat?” Bila tak dapat banyak A, rasa tension semacam..yang sampai bunuh diri pun ada..itu disebabkan kurang dari segi EQ, tak reti kawal emosi.

    [Reply]

    fareast Reply:

    betul tu, mungkin kak Tirana boleh keluar entry special pasal EQ. Hehe

    [Reply]

  2. #2 by Atom on January 13, 2010 - 10:00 pm

    memg btol EQ lg pentg dr IQ..
    tapi..if IQ>EQ, or IQ sb kekdg manusia nie cpt lemah dgn ujian..(ckp diri sdr sbnarnye..^_^Y)
    life is not a destination, but it is a journey…kan2??hehehe..

    [Reply]

    Atom Reply:

    abaikan comment nie..bace yg next..ade typing error..huhu

    [Reply]

  3. #3 by Atom on January 13, 2010 - 10:01 pm

    memg btol EQ lg pentg dr IQ..
    tapi..if IQ>EQ, or IQ<EQ pun xleh gak..sb emosi perlukan iq utk berfikir dgn rasional….dan iq perlukan emosi utk control keadaan..
    so, EQ dgn IQ adelah satu element yg xleh dipisahkan dlm diri kte…
    ape2 pn,kalo kte letakkan matlamat kte pd tempat yg btol..
    insya'Allah amanah as khalifah yg ade pade bahu kte..
    kte tau cne nak laksanakan…insya'Allah
    kat sinila peranan EQ n IQ..sb kekdg manusia nie cpt lemah dgn ujian..(ckp diri sdr sbnarnye..^_^Y)
    life is not a destination, but it is a journey…kan2??hehehe..

    [Reply]

    fareast Reply:

    Di kala ini, ramai yang ingat yang IQ adalah segala-galanya. Jika IQ lemah, kemungkinan untuk berjaya itu tipis. Inilah tanggapan masyarakat. Entry ini hendak menunjukkan yang sebenarnya perkara itu tidak benar. Harap tercapai.

    Susah-susah je bagi komen banyak-banyak.
    fareast´s last blog ..Motivasi berjaya, Yeah… My ComLuv Profile

    [Reply]

    Atom Reply:

    insya’Allah tercapai ape yg ko nak sampaikan..hehehe
    IQ tanpe EQ yg mantap..
    akn meghasilkan manusia robot..huhu

    nice entry..

    [Reply]

    fareast Reply:

    manusia robot kah,

    betul jugak. Manusia skema.
    fareast´s last blog ..Motivasi berjaya, Yeah… My ComLuv Profile

  4. #4 by tadamiru on January 13, 2010 - 10:16 pm

    ~ahah~

    ~kawalan emosi ternyata menjadi penyumbang utama kpd kejayaan dlm hidup seseorang…

    ~suka dgn perenggan2 akhir tu…hehe
    tadamiru´s last blog ..…pabila aku menjadi aku… My ComLuv Profile

    [Reply]

    fareast Reply:

    alhamdulillah, mungkin tercapai apa yang entri ini cuba nak sampaikan kot.

    [Reply]

  5. #5 by faizal on January 14, 2010 - 3:20 am

    malangnya,masyarakat kita masih memandang kepada kejayaan acedemic sahaja samapai kadang2 anak2 pun jadi tension sebab tertekan…

    teringat kata dr sidek bab dalam bukunya:
    Learning process in more about transformation of man rather than transferring of knowledge.

    satu kata2 yg perlu direnungi…
    dimana kadang the real purpose of studying dah sedikit tersasar..
    hehehehe

    [Reply]

    fareast Reply:

    wah, mendalam maksud yang ingin disampaikan. Terima kasih saudara Faizal.

    [Reply]

  6. #6 by nopx on January 14, 2010 - 10:40 am

    salam..betul apa yg ko terangkan dalam ni..skrg ni, aku makin sedar, klu kt blaja semata-mata,memang tak membawa kita ke mana2..

    aku tgk, kwn2 yang amek kemahiran, walaupun dlm spm mungkin result mereka x bagus,skrg semua dah kerja..bergaji dah..kemahiran pun ada..yg pntg,mmg pengalaman..
    nopx´s last blog ..Ini nombor 1 My ComLuv Profile

    [Reply]

    fareast Reply:

    betulkan?, A bukan segala-galanya.
    fareast´s last blog ..Motivasi berjaya, Yeah… My ComLuv Profile

    [Reply]

  7. #7 by anum on January 16, 2010 - 3:27 pm

    Satu lagi entry yang mantap. Sejujurnya anum baru je baca blog kak tirana. Kesian budak-budak zaman skrg. Kejayaan diukur dgn berapa banyak A.

    Dan ketika mengejar ‘berapa banyak A’ itulah akan wujudnya manusia yang tidak kalis dugaan,manusia yang takut dgn kegagalan dan manusia yang tiada sense of purpose in life.

    Pembentukan karekter/Character Building adalah satu perkara yg penting kerana tidak semua manusia itu boleh jadi doktor yg prihatin. Tidak semua manusia boleh jadi seorg pemuzik berbakat. Tidak semua manusia dpt menjadi pendidik yang membimbing.

    Itulah kegagalan sistem pendidikan Malaysia. No character building yang meliputi EQ dan SQ. Berjaya membentuk manusia yang berjaya di atas kertas,tetapi gagal membentuk manusia yang berjaya di dunia dan akhirat….

    [Reply]

    fareast Reply:

    wah, betul kata saudari anum, karekter building yang meliputi EQ dan SQ. Dengan adanya benda ini dapat membina jati diri dan keperibadian masyarakat kini.
    fareast´s last blog ..Motivasi berjaya, Yeah… My ComLuv Profile

    [Reply]

  8. #8 by klcitizen on January 19, 2010 - 1:43 pm

    assalammualaikum fais

    saya adalah salah seorang yang tersepit dalam sistem.
    saya yakin dan percaya, A berderet bukan penentu segalanya, dan kerana itu sering saya menolak kelas2 tambahan yang pada saya tidak masuk akal dan membebankan. kerana kelas2 ini hanyalah seperti drilling yang membosankan… tetapi, apakan daya, di akhirnya nanti, ibu bapa serta pentadbir akan bertanya, kenapa hanya sekian pelajar sahaja yang dapat A, cikgu…
    so, back to square one, anak2 hanya seperti burung kakaktua yang mengulang apa yang disuruh tanpa penghayatan…

    sayang sekali.
    klcitizen´s last blog ..kuatkan tenaga My ComLuv Profile

    [Reply]

    fareast Reply:

    waalaikummussalam cikgu klcitizen

    sekarang ni memang kejayaan itu ditentukan dengan A, jadi memang banyak juga kelas tambahan. semata-mata untuk dapatkan A. Kalau dapat A banyak nanti dah besar boleh dapat gaji besar dan rumah besar, itulah kot tujuan belajar. Hmmm…. masih banyak lagi yang perlu dilakukan.
    fareast´s last blog ..Motivasi berjaya, Yeah… My ComLuv Profile

    [Reply]

  9. #9 by akubukanmatmin on January 22, 2010 - 2:52 am

    thanks..artikel ni mengingatkan aku tentang kata2 seorang ustaz
    “what happen around you is not important as what happen inside you”
    cam gitu la lebey kurang ayat die
    sama cam ko explain ni ler..ape yang kite experience mmg penting,tapi hasil dari experience itu kat diri kite or sudut pndangan kite thadap ssuatu experience 2 lebih pnting..
    huhu
    saje bace blog lpas stress study =)

    [Reply]

    fareast Reply:

    wah, terima kasih komen dan selamat menjalanai peperiksaan.

    [Reply]

(will not be published)
CommentLuv Enabled