Gembira Seadanya


Memang menjadi lumrah untuk setiap manusia, akan perasaan risau dan gundah gulana. Jika tiada, bukan manusia namanya.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut : 2)

Manusia memang sentiasa diuji, ujian boleh jadi dalam bentuk kesenangan dan dalam bentuk kesusahan. Semuanya adalah untuk kita kembali mengingat kepadaNya.

Tetapi seringkali, kita menjadi risau, kerisauan yang melanda diri apabila kita merisaukan perkara-perkara kecil yang tidak perlu dirisaukan. Fikiran melayang apabila terlalu memikirkan perkara-perkara yang terlalu kecil;

“kalau misal kata aku gagal macam mana?”
“Kalau cikgu marah macam mana?”
“Kalau aku tak dapat A macam mana?”

Semuanya kalau, dan perkara yang tidak sepatutnya dirisaukan. Kita terlalu memikirkan perkara yang belum pasti dan belum berlaku, fikiran melayang memikirkan apa yang terjadi kalau ini berlaku, lepas itu kalau perkara ini pula yang berlaku macam mana? Dan lain-lain. Jadi luruskan pemikiran untuk berfikir secara betul dan tolak andaian-andaian.

Bersyukur kerana kita masih lagi ada apa yang kita ada, bersyukur kerana Allah masih memnerikan udara untuk kita hirup setiap hari. Semuanya bersyukur dengan Allah.

Jadi gembiralah selagi ada, risaukan perkara yang sudah pasti berbanding perkara yang belum pasti, nescaya terubat hati.

Apa itu perkara yang pasti? Ya, itulah MATI.

Blog Widget by LinkWithin

,

  1. #1 by zulaikha on January 20, 2010 - 5:26 am

    salam..
    berkalau..huhu..teringat zaman sekolah..

    kalaulah kamu xde..sure adik2 junior kamu susah..
    kalaulah kamu xbuat latih tubi..sure adik2 kamu xde latihan..
    cikgu terima kasih la kt kamu semua..
    kalaulah kamu bukan batch pertama..
    (kata-kata seorg cikgu ketika hampir spm)

    kami dijadikan ‘tikus putih’ utk ppmsi..
    akhirnya ppmsi dibubarkan..
    kesian para guru..pelajar..dan KESIAN kpd kami..
    kami belajar tanpa ada buku rujukan..buku teks..
    kerajaan sng2 je bubarkan tanpa memirkan sebab dan akibat..

    senang nak ajr kamu berbanding batch sebelum ni..
    kamu kan blaja science in english right?
    so..xdelah la ssh nk bgtau istilah sains..
    (kata-kata pensyarah ketika baru masuk ke intec)

    *maaflah komen xde kaitan dgn entry
    *tiba-tiba melepaskan geram pagi2 ni..
    *maaf ye..ana asiff giddan2 maut =)

    [Reply]

    fareast Reply:

    barangkali ada perkara yang dirisaukan itu, mungkin sebab exam ni kot.
    fareast´s last blog ..Gembira Seadanya My ComLuv Profile

    [Reply]

  2. #2 by Tirana on January 20, 2010 - 6:00 am

    Orang kata..risau tak bertempat..hehehe

    [Reply]

    fareast Reply:

    betul, tapi bahaya sebab saya rasa benda ini, tu yang saya tulis tu.
    fareast´s last blog ..Gembira Seadanya My ComLuv Profile

    [Reply]

  3. #3 by klcitizen on January 20, 2010 - 9:20 am

    assalammualaikum fais

    yang tak pasti, sentiasalah kita positifkan
    begitu juga yang dah lepas…

    yang sekarang ini, kita buat yang sehabis baik
    klcitizen´s last blog ..kuatkan tenaga My ComLuv Profile

    [Reply]

    fareast Reply:

    Insyaallah, terima kasih kepada cikgu klcitizen.
    fareast´s last blog ..Gembira Seadanya My ComLuv Profile

    [Reply]

  4. #4 by FlyingFly on January 27, 2010 - 4:40 am

    “Ya… dengan kalau, babi pun bisa terbang…”
    Teringat kata2 seorang rakan…
    Dengan kalau tiada yang mustahil…
    Silalah ber`kalau` selagi ia mendatangkan kebaikan…

    [Reply]

(will not be published)
CommentLuv Enabled