Bersatu perlukan Inspirasi


Memang menjadi lumrah yang manusia diciptakan dengan berlainan bangsa, agar saling kenal mengenal dan tolong menolong sesama manusia.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujurat : 13)

Namun begitu, menyatukan bangsa yang berbeza bukan suatu tugas yang mudah. Banyak peperangan etnik yang tercetus disebabkan oleh ideology bangsa yang melampau.

Di dalam bangsa Arab, semangat kebangsaan telah wujud dan disebut sebagai Assabiyah iaitu semangat kebangsaan yang melampau. Juga wujud penindasan yang terjadi apabila suatu bangsa itu menyangka yang mereka lebih superior dari satu lagi bangsa seperti yang terjadi di Afrika Selatan suatu masa dahulu iaitu Dasar Apartheid. Di Malaysia juga turut wujud isu sengketa yang menjadi sejarah hitam seperti peristiwa 13 Mei.

Semuanya terjadi kerana salah faham dan buruk sangka yang terjadi antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Akibatnya, sengketa dan peperangan tercetus.

Oleh kerana sukar untuk membendung dan menyatukan bangsa yang bersengketa, pendekatan kuku besi digunakan, mana-mana bangsa yang ingin melahirkan ketidakpuasan hati terus dihapuskan. Minoriti tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka. Kreadibiliti seorang pemimpin akan terserlah jika dia dapat mengatasi masalah ini.

Cara Invictus


Baru-baru ini aku telah menonton filem yang bertajuk Invictus. Filem yang berlatarbelakangkan tahun 1990 an setelah President Nelson Mandela keluar dari penjara dan menjadi president Afrika Selatan. Filem yang dibintangi oleh Morgan Freeman sebagai Nelson Mandela dan Matt Damon sebagai Francois Pienaar (Kapten kepada pasukan Rugbi Springboks Afrika Selatan).

Sewaktu Nelson Mandela menjadi president Republik Africa Selatan, perkara yang menjadi masalah baginya adalah untuk menyatukan warga kulit hitam dan kulit putih Afrika Selatan. Mandela tidak terus membalas dendam terhadap segala perkara yang orang kulit putih lakukan terhadap orang kulit hitam, kerana orang kulit putih telah menguasai lapanagn ekonomi dan pekerjaan di Afrika Selatan. Lantas dia mencari cara untuk menyatukan orang kulit putih dan kulit hitam.

Dalam satu perlawanan Rugbi, antara England dengan Springboks, Mandela melihat, Warga kulit putih akan menyokong Springboks, warga kulit hitam menyokong England. Mandela merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perkara ini. Lantas dia mengambil keputusan untuk memberikan sumber inspirasi kepada Rakyat Afrika Selatan.

Dalam satu sesi antara Mandela dan kapten pasukan Springboks;

“How to get them to be better than they think they can be? That is very difficult. Inspiration perhaps, how do we inspire ourself to greatness, when nothingless will do, how do we inspire everyone around us?”

Mandela memberi Inspirasi kepada rakyatnya dengan Rugbi, malah kita juga memerlukan inspirasi untuk berubah, untuk saling memahmi, persoalannya, di mana kita mencari insprasi itu?

Bersatu Atas Akidah

Sekarang, aku melihat, banyak cara yang cuba dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kini untuk menyatukan rakyat yang di bawah pimpinan mereka. Mereka menggunakan pendekatan yang mereka cipta sendiri dan belum tahu lagi sama ada ianya berjaya atau tidak. Ianya hanyalah sekadar sebuah eksperiment.

Setuju atau tidak, mengapa tidak mengikut cara yang elah terbukti keberkesanannya? Cara yang digunakan untuk menyatukan Aus dan Khazraj,cara yan digunakan untuk menyaukan Bangsa Arab, Melayu, Cina India, Turki dan Eropah? dan cara ini telah terbukti berjaya. Kenapa masih sempitkn dengan fahaman perkauman.

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Al Anfal:63)

Tepuk dada tanya iman.

Blog Widget by LinkWithin

,

  1. #1 by Tirana on January 29, 2010 - 12:48 am

    Bersatu atas dasar aqeedah, itu yang sebetulnya.

    [Reply]

    fareast Reply:

    betul tu.
    fareast´s last blog ..Cita-cita Unggul My ComLuv Profile

    [Reply]

  2. #2 by amirulfaiz on January 29, 2010 - 1:02 am

    Benar, saya setuju. Jadi, apa yang boleh kita lakukan (dalam ruang lingkup kuasa yang kita ada sekarang?)
    Mulakan dengan menyatukan ahli keluarga kita dahulu. InsyaAllah, keluarga seperti satu sel dalam tubuh masyarakat. Satu sel yang sihat akan mempengaruhi kesihatan sel-sel yang bersebelahan, lalu merebak, akhirnya, kesemua sel-sel yang membentuk tubuh masyarakat akan sihat.
    Kata kuncinya – Mulakan tindakan dalam ruang lingkup kuasa yang kita ada.
    Ini hanyalah pandangan saya. :)
    amirulfaiz´s last blog ..Cenderahati untuk yang pergi My ComLuv Profile

    [Reply]

    far_east00 Reply:

    betul itu, diri sendiri bagi belum yang berkeluarga. Kemudian baru melangkah ke masyarakat dan seterusnya.

    [Reply]

  3. #3 by mancai on January 29, 2010 - 8:22 am

    salam ziarah,
    ya betul tu saya setuju…
    mancai´s last blog ..mana lu punya janji? My ComLuv Profile

    [Reply]

  4. #4 by klcitizen on January 31, 2010 - 4:29 am

    assalammualaikum fais

    memang mudah menulis , kita perlu bersatu atas akidah
    tapi realitinya tidak semudah itu.
    apa yang saya lihat ialah perlu ada pemimpin2 yang berpandangan jauh, berkarisma, bersikap positif dan pemimpin2 itu mesti mempunyai pasangan hidup yang jauh lebih positif dan jauh lebih berkarisma serta kepatuhannya pada Allah.
    tapi
    pemimpin2 seperti itu dalam masyarakat kita pada tanggapan saya belum ada.
    pemimpin2 seperti itulah yang perlu kita bina dari sekarang sebelum terlambat.
    klcitizen´s last blog ..kenapalah jadi lagu ni? My ComLuv Profile

    [Reply]

    fareast Reply:

    Insyaallah pemimpin macam tu sudah ada, bukan sahaja pemimpin, tetapi segolongan yang ingin bersatu di bawah akidah. Tetapi Sukar kerana jalan kearah itu tidak mudah.

    Apapun memang betul kata cikgu, menulis memang mudah, melaksanakan lebih sukar.

    Insyaallah sama-sama kita bersaha.
    fareast´s last blog ..Bersatu perlukan Inspirasi My ComLuv Profile

    [Reply]

    fareast Reply:

    Insyaallah pemimpin macam tu sudah ada, bukan sahaja pemimpin, tetapi segolongan yang ingin bersatu di bawah akidah. Tetapi Sukar kerana jalan kearah itu tidak mudah.

    Apapun memang betul kata cikgu, menulis memang mudah, melaksanakan lebih sukar.

    Insyaallah sama-sama kita berusaha.
    fareast´s last blog ..Bersatu perlukan Inspirasi My ComLuv Profile

    [Reply]

(will not be published)
CommentLuv Enabled