Berjalan Luaskan Pengalaman


Suatu ketika dahulu sewaktu aku sedang menggunting rambut, aku telah berbual-bual dengan tukang gunting rambut tersebut tentang perihal mecari pengalaman sewaktu muda. Masa muda merupakan waktu yang sangat berharga terutamanya sebelum kahwin. “Masa muda nil ah engkau kena gunakan masa untuk berjalan-jalan atau pergi melancong, nanti kalau dah kahwin ke kalau dah kerja ke susah sikit nak berjalan-jalan ke rumah kawan-kawan” Kata abang penggunting rambut itu.

“Macam mana boleh jadi macam tu pula, boleh je kan kalau nak melancong semasa kahwin” aku bertanya. “Boleh tu memang boleh tapi susah sikit la, bila dah kahwin nanti yang jadi susah sebab, bila dah kahwin kena pergi berdua, lagila kalau dah ada anak kecik, makin susah kalau nak berjalan atau melancong. Kalau tiba-tiba budak tu menangis kan jadi susah, jadi masa muda ni engkau manfaatkanlah sebaiknya, sebelum melangkah ke alam seterusnya”
Ketika itu aku hanya mampu mengangguk, mungkin betul, mungkin tidak, dari segi logik akal memang betul rasanya.


Perkara ini terjadi pada 3 tahun yang lepas, sekarang ini apabila dapat banyak pendedahan, niat dipasang untuk melancong sebelum melangkah ke a lam seterusnya. Duit memang banyak yang akan digunakan, tetapi apalah duit itu juka nak dibandingkan dengan pengalaman. Duit boleh dicari, tetapi pengalaman memang sukar untuk dicari ganti.
Blogger lain seperti saifulislam.com juga menyarankan untuk melancong sebelum kahwin, terutama untuk meluaskan pemandangan dan pengalaman.

Untuk pengetahuan, ketika ini aku sedang berada di Osaka, setelah melalui perjalanan 400km dari Tokyo, di Malaysia umpama melancong dari Kuala Lumpur ke Kangar Perlis. Banyak tempat yang telah aku lawati, sehingga telah bersolat jumaat di masjid yang terbesar di Jepun katanya, iaitu di Kobe pun telah aku lawat. Apapun, banyak lagi tempat yang menanti kedatanganku.

Blog Widget by LinkWithin

,

  1. #1 by Tirana on February 7, 2010 - 9:29 am

    Betul tu Far East… kalau nak melancong, sekarang la masanya sementara belum kawin. Bila dah kawin, banyak commitment lain. Tapi perempuan susah sikit nak travel jauh-jauh sebab kena ada muhrim atau pun dalam group ramai-ramai.

    [Reply]

    fareast Reply:

    owh, begitu. Mungkin susah rasanya.

    [Reply]

  2. #2 by nbo_3 on February 7, 2010 - 12:15 pm

    Adakah saudara faiz bergerak dengan tiket 18 ? =)

    [Reply]

    fareast Reply:

    saya gerak naik bas sahaja, macam lagi jimat terutama dalam aspek masa.

    Cubalah sekali sekala.

    [Reply]

  3. #3 by nbo_3 on February 7, 2010 - 12:16 pm

    Maafkan saya, it should be “Fais”.

    [Reply]

  4. #4 by sue on February 8, 2010 - 12:59 pm

    salam.. amat bersetuju berjalan meluaskan pengalaman.Dengan berjalan, kita dapat melihat serta merasa apa mungkin sebelum ini kita x tahu dan x kesah…
    sue´s last blog .."Sorry, I forgot my key " siri 3 My ComLuv Profile

    [Reply]

    faizal Reply:

    haha..betul tu…
    cik sue n fais patut rasa bertuah sebab dapat belaja kat oversea.dapat belaja budaya orng lain..xsemua orng dapat semua tu…..
    moga2 dapat dimanfaat sepenuhnya peluang tu….
    jauh perjalanan luas permandangan..

    [Reply]

    fareast Reply:

    Betul kata Cik Sue, banyak perkara yang saya dapat pada tripkali ini Alhamdulillah.

    [Reply]

  5. #5 by Kak Tini on February 9, 2010 - 8:41 am

    Assalamualaikum….

    Seronoknya bila dpt pergi melancong ye. Bersyukur kerana fais antara mereka2 yg beruntung tau.

    akk dpt berangan je kot. hehe…xde plan ke korea ke? teringin sgt nk ke sana. klu x dpt gi sendiri, fais tlg pegikan utk akk ye ;p

    notakaki: jgn lupe beli sweater/ coat utk akk ye. hehehe

    wassalam

    [Reply]

    faizal Reply:

    sama la ngan saya kak tini..
    leh angan je la..tapi hope satu ari nanti dapt sambung blaja kat aoversea..mana tau kan…kalu tuhan xmakbulkn doa kita ari ni, munkin esok lusa..hehehe

    [Reply]

    fareast Reply:

    Insyaallah Saudara Faizal, dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

    Kepada kak Tin Insyaallah akan ada hadiah. Haha.

    [Reply]

  6. #6 by klcitizen on February 9, 2010 - 2:11 pm

    assalammualaikum

    saya cuma memasang angan2 je…la
    berjalan ngan keluarga ni lain sikit.
    kurang terdedah dengan budaya setempat.
    buatlah rakaman perjalanan tu fais.
    tulis perkara menarik, pergi ke tempat yang kurang didedahkan.
    klcitizen´s last blog ..mati idea My ComLuv Profile

    [Reply]

    fareast Reply:

    insyaallah boleh cikgu. Akan datang, saya nak balik Malaysia dulu.

    [Reply]

(will not be published)
CommentLuv Enabled