Setelah setahun berada di perantauan, tibalah masanya untuk pulang ke Malaysia. Mungkin berehat sekejap, berjumpa dengan rakan-rakan lama yang teah berada di Malaysia, juga bertemu dengan keluarga yang telah lama tidak berjumpa.
Banyak perkara yang peru dilakukan di kala cuti, antaranya melawat junior-junior yang bakal terbang ke Jepun, juga berjumpa dengan cikgu-cikgu sekolah lama yang sudah lama tidak berjumpa. Mohon kepada Allah semoga segala-galanya berjalan dengan lancar.
Suasana Malaysia
Apabila dilihat, Malaysia tidak banyak berubah, masih sepeti dulu, dalam aspek budaya, pembangunan, malahan cuaca. Tetapi cuaca yang panas sebegini, yang baiknya tidak menggigil ketika bangun waktu subuh kerana suhu yang hangat dan suam.
Walaupun begitu, faktor cuaca mungkin tidak menjadi perkara yang selalu diluahkan sebagai masalah, kebanyakan mereka sering membandingkan perangai atau attitude orang Malaysia dengan negara tempat belajar masing-masing. Kadangkala sedih juga, terutama dalam aspek pembuangan sampah, terlihat banyak sampah di tepi-tepi jalan raya. Andaian liar bagaimana sampah berada di tepi jalan raya adalah kerana mereka yang menaiki kereta malas untuk menyimpan sampah mereka sehingga sampai ke rumah, lalu dengan sewenang-wenangnya membuka tingkap dan mencampakkannya ke luar kereta begitu sahaja.
“Susah-susah nak buang di tong sampah, buang diluar sahaja sudah, nanti ada la yang kutip” begini rasanya apa yang mereka fikir, apabila dikata pengotor marah pula, dan aku pula, hanya mampu mengeluh tanpa dapat melakukan apa-apa.
Semalam, aku ke air terjun Bekok, di Johor, air terjun yang cantik tetapi dicemari dengan sampah yang banyak dan bersepah, terlihat plastik-plastik sampah ditepi-tepi dan banyak, sedihnya mereka tetap membuang merata-rata. Kalau di Jepun, sampah kena di bawa balik rumah kerana tidak disediakan tong sampah di tempat peranginan. Hasilnya, tidaklah zero sampah tetapi keadaan tempat itu bersih dan baik. Sekali lagi aku hanya mampu mengeluh, dan mengambil sikit-sikit sampah mengikut apa yang termampu.
Hantu Malaysia
Satu lagi, aku saksikan makin banyak hantu-hantu yang berada di rancangan terutama sekali TV3 dan panggung wayang. Alhamdulillah ada cerita seperti Nur Kasih dan lain-lain tetapi cerita-cerita hantu makin banyak dan makin mengarut dan karut.
Hantu hidup balik kerana ruh tidak aman, hantu yang hidup balik itu boleh berkomunikasi dengan orang yang masih hidup, apa cerita!
Dari dulu lagi aku belajar setiap perkara ada pro dan kontra, bila tengok cerita karut macam ini yang terlalu karut aku pun tidak dapat nak fikir pronya.
“bukan tidak percaya dengan hantu, tetapi terlalu karut kerana boleh merosak fikiran”





#1 by Tirana on February 18, 2010 - 8:57 am
Selamat bercuti…. begitulah keadaan di negara kita..banyak yang menyedihkan dari yang menyenangkan…tapi kita pandang yang menyenangkan dulu agar emosi kita ok..Bila emosi ok, tentu kita boleh fikir untuk buat sesuatu.
[Reply]
fareast Reply:
February 19th, 2010 at 12:31 am
macam tu ke? insyaallah
[Reply]
#2 by faizal on February 18, 2010 - 1:36 pm
ntah….banyak sangat cita2 hantu…saya pun memng xlayan..xfaham kenapa benda yg terlalu karut cam tu nak sangat ditayangkn…
faizal´s last blog ..My Sweet Valentine?
[Reply]
fareast Reply:
February 19th, 2010 at 12:33 am
teruk sangat cerita hantu ini. Tak tahu nak kata apa.
fareast´s last blog ..Pulang ke Negara
[Reply]
#3 by Kak Tini on February 19, 2010 - 11:26 am
betullah fais, mmg mengarut sgt cerita hantu msia.
akk mmg jarang nak tgk drama melayu ni. byk sgt
mengarut2 dan x boleh dijadikan iktibar.
satu lagi, rancangan hiburan yang melanda negara kita ni.
sampai naik menyampah nk buka tv.
sekadar pandangan..
[Reply]
fareast Reply:
February 20th, 2010 at 12:40 pm
entahlah, tak tahu nak kata apa. Mungkin ada yang baik yang boleh diambil kira.
fareast´s last blog ..Pulang ke Negara
[Reply]
#4 by sue on February 20, 2010 - 11:02 am
salam. selamat bercuti di tanah air.. bestnya dah balik. itulah kelebihan belajar di tempat orang. Melihat, membanding dan mengambil apa yang baik utk dijadikan panduan di negara sendri, istilah lain mengaplikasikannya di tanah air. bukan hanya belajar semata. k, have a nice holiday.:)
sue´s last blog ..Nak ke mana?
[Reply]
fareast Reply:
February 20th, 2010 at 12:41 pm
terima kasih atas nasihat. Insyaallah akan menjadi cuti yang bermakna.
fareast´s last blog ..Pulang ke Negara
[Reply]