Kadangkala hidup ini tidaklah dapat menjadi seperti apa yang kita rancang, kerana terkadang, aka nada sahaja perkara yang datangnya tidak terduga dan tidak disangka-sangka.
Ia pernah terjadi kepada semua orang, juga baru terjadi kepada diri sendiri. Percutian dirancang dengan kemas dan teratur, namun manusia hanya mampu merancang, selebihnya Allah yang menentukan. Hikmahnya, mungkin jauh dari pengamatan dan pandangan biasa, tetapi disebalik itu, tentu sahaja ada hikmah yang berlalku terutama dalam mematangkan hidup ini agar menjadi manusia yang semakin bersyukur dan matang.
Hospital yang Menggamit Pengalaman
Untuk percutian kali ini, selama seminggu aku bermalam di Hospital gara-gara terkena virus Denggi yang dikatakan boleh membawa maut. Sehingga kini, virus ini masih tiada lagi penawarnya, sebaliknya, doktor-doktor hanya mampu memasukkan air ke dalam badan agar kadar Platlet (sel dalam darah untuk tujuan pembekuan) kembali meningkat ke aras normal. Virus ini masih boleh dihidap untuk kali kedua, jadi langkah berjaga-jaga perlu diambil tanpa mengira sesiapa.
Berdepan dengan suasana hospital pada waktu malam, kesukaran untuk tidur kerana air yang sentiasa sahaja masuk ke dalam badan juga alhamdulillah, pengalaman yang menarik untuk percutian kali ini.
Mungkin sekadar peringatan agar lebih berhati-hati pada masa datang kerana ancaman nyamuk yang semakin berleluasa.
Akhir kata, apa yang berlallu itu, biarlah ia berlalu, masih ada lagi hari ini dan Insyaallah seterusnya untuk mencapai beberapa target untuk cuti kali ini. Apapun manusia hanya mampu merancang dan Allahlah yang menentukan, tetapi jangan tidak merancang kerana mereka yang tidak merancang
‘those who fail to plan is planning to fail’
Maaf kerana lama tidak mengupdate.


#1 by Kak Tini on March 8, 2010 - 2:51 pm
Syukur Alhamdulillah…dah keluar adik ku…
Betul, pasti byk hikmahnya kan. Yang penting, Fais sudah selamat
dan keluar dari hospital. Alhamdulillah…
Pengalaman buat akak juga sebab dapat merasa menjaga adik ipar yg sakit
Jaga diri ye…
[Reply]
fareast Reply:
March 11th, 2010 at 1:07 am
haha, terima kasih susah-susah je datang melawat.
fareast´s last blog ..Penangan Denggi
[Reply]
#2 by Kak Tirana on March 8, 2010 - 4:42 pm
Sekarang ni musim nyamuk aedes membiak agaknya..ramai yang kena denggi. Alhamdulillah Far East dah pulih.. Jaga diri baik-baik ye..
[Reply]
fareast Reply:
March 11th, 2010 at 1:08 am
Terima kasih kerana mendoakan, Alhamdulillah dah sihat.
fareast´s last blog ..Penangan Denggi
[Reply]
#3 by faizal on March 9, 2010 - 2:00 pm
salam…oh, patutla lama menyepi.. moga2 bertambah sihat..
[Reply]
fareast Reply:
March 11th, 2010 at 1:09 am
Terima kasih kepada saudara Faizal.
fareast´s last blog ..Penangan Denggi
[Reply]
#4 by sue on March 9, 2010 - 7:05 pm
Gute Besserung ye. Banyakkan berdoa kerana tidak terjadi sesuatu perkara itu melainkan dengan izin Allah.
sue´s last blog ..Mara ke hadapan
[Reply]
fareast Reply:
March 11th, 2010 at 1:10 am
Banyak hikmah yang telah saya pelajari dalam sebulan ini Alhamdulillah..
fareast´s last blog ..Penangan Denggi
[Reply]
#5 by hadjie on March 10, 2010 - 12:44 pm
Saya pernah kena tahun lepas. Darah turun gila2. Memang terseksa dua tiga hari. Kenalah tahan wad seminggu.
Untuk sebulan dua cubalah minum hundred100. Kalau tak batuk boleh minum sup ketam. Ia boleh stabilkan darah.
hadjie´s last blog ..Istimewa Sangatkah Kisah Muhamad?
[Reply]
fareast Reply:
March 11th, 2010 at 1:16 am
petua yang bagus dari saudara. Alhamdulillah…
fareast´s last blog ..Penangan Denggi
[Reply]
#6 by Azim Epsilon on March 11, 2010 - 2:48 pm
alhamdulillah ko dah sihat…smoga kesakitan itu mnjadi onebus dosa…amin
p/s:lama gak aku tunggu ko update blog..hehe
[Reply]
far_east00 Reply:
March 14th, 2010 at 7:22 am
yeke? A;hamdulillah…
fareast´s last blog ..Penangan Denggi
[Reply]
#7 by anum on March 15, 2010 - 8:30 am
Salam akh, kesian pula membaca berita ini. Maaf anum x dpt komen awal,perlu menyiapkan kerja research yg makin padat.Alhamdulillah akh dah sihat.
[Reply]