
Jika terdapat sebarang masalah, fokus harus diberikan kepada jalan penyelesaian dan punca masalah. Setiap masalah pasti datang dengan hikmah yang tersendiri dan pastinya, mengundang banyak perkara yang tersirat yang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia yang terhad daya pemikirannya.
Juga di dalam kehidupan ini, masalah yang berkaitan dengan kehidupan, akidah dan ketuhanan, juga isu-isu semasa yang memeningkan memerlukan kepada Solusi yang mapan dan berkesan. Juga mudah dicerna untuk kehidupan masyarakat.
Justeru, muncul bahan bacaan yang menarik untuk dibaca oleh warga Malaysia. Bagi mereka yang ketandusan Ilmu dan ingin mencari penyelesaian kepada masalah yang melanda diri, juga isu-isu semasa yang kadangkala melemaskan jiwa, majalah Solusi merupakan bahan bacaan yang baik berbanding majalah Islamik lainnya kerana perbincangannya lebih berbentuk umum, tidak terlalu akademik dan mudah dihadam. Tiap-tiap bulan, akan ada temanya yang tersendiri, apa yang disampaikan itu jelas dan bersahaja.
Unik
Mungkin terdapat banyak majalah-majalah yang berbentuk Islamik yang lainnya dipasaran, tetapi Solusi lebih unik kerana isunya yang ingin dikupas itu tidaklah terlalu berat, bersifat akademik dan Ilmiah semata-mata, tetapi mudah untuk dihadam dan dicerna. Lantas menjadikan ianya sebuah majalah atau bahan bacaan yang wajib untuk dibaca.


Recent Comments