Pengalaman Bekerja Part Time
Posted by far_east00 in Uncategorized on June 26, 2010
Pengalaman demi pengalaman dikutip, segalanya berharga kerana tinggal beberapa bulan lagi sebelum aku menamatkan pengajian dalam Mechanical Engineering di Tokai University di Jepun.
Banyak pengalaman yang telah aku lalui dalam masa 1 tahun setengah ini, ada yang seronok pun begitu sebaliknya, tapi, kalau semua pengalaman seronok, maka tak jadilah ia pengalaman.
Untuk kali ini, aku akan meceritakan tentang pengalaman aku bekerja di pusat recycle di Jepun, walaupun baru sekejap, tapi rasanya boleh diceritakan untuk dijadikan iktibar akan budaya orang Jepun yang best yang di amalkan di sana.
Sekarang ini, di Jepun, cuaca adalah lebih kurang sama dengan suhu di Malaysia, agak panas, tapi itu tidak mematahkan semangat untuk aku bekerja secara Part Time bersama rakan-rakan yang lain.
Fanomena Kibaran Bendera
Posted by far_east00 in Uncategorized on June 20, 2010
Waving Flag,
Dunia sedang megah mengibar bendera masing-masing, tatkala seluruh pelusuk dunia tertumpu di kejohanan bola sepak Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan, kita pastinya sama-sama terikut dengan rentak yang di alunkan dunia kini.
When I get older, I will be stronger,
They’ll call me freedom, just like a Waving Flag,
And then it goes back, and then it goes back,
And then it goes back
Rentak lagu Wavin Flag seakan-akan menjadi suatu fanomena masa kini, rentak ceria dan menghiburkan yang dinyanyikan oleh penyanyi yang berketurunan Somalia, K’naan atau nama sebenarnya, Keinan Abdi Warsame.
Sehangat Piala Dunia
Posted by far_east00 in Pandangan, Sukan on June 10, 2010
Demam bola, makan bola, tidur bola, semuanya bola. Yang jauh jadi dekat, yang dekat makin rapat, yang rapat terus rapat, semuanya kerana bola. Bola oh bola.
Ramai yang menjadi rapat kerana bola, menjadi topik bualan golongan masa kini, tanpa mengira tua, muda, remaja, lelaki dan perempuan yang meminati bola walaupun tidak semua. Daripada yang berada di Afrika, sehinggalah ke Kutub Utara, pasti akan ada sahaja peminat bola walau di mana sahaja manusia berada. Sukan ini seakan-akan sudah menjadi suatu fanomena untuk manusia abad ini. Betul ke? Mungkin tidak…
“Bola itu melalaikan”, wah, ramai juga yang berkata begitu. “Bola merupakan suatu sukan yang dicipta oleh orang Yahudi untuk melalaikan umat Islam khususnya, jadi tak payah la tengok bola”, kalau yang ini pernah dengar juga, mungkin betul. “Daripada bagun tengok bola malam-malam, baik bangun buat Qiamullail, lagi banyak faedah”, alhamdulillah jika bangun malam Qiyamullail.
Yang Senang Jadi Susah
Posted by far_east00 in Uncategorized on June 1, 2010
Semakin hari, apabila dilihat sekeliling kita, banyak ciptaan dan teknologi baru yang terhasil. Penemuan-penemuan dalam bidang teknologi tentulah untuk menjadikan kerja seharian yang dilakukan manusia bertambah mudah. Jika semakin sukar, tentulah tiada siapa yang inginkan teknologi itu, betul tak?
Penciptaan komputer dan internet tentunya mengubah hidup manusia, dengan adanya dua benda itu, manusia semakin mudah untuk berhubung dan banyak perkara lain. Internet juga menjadi sumber rezeki bagi kebanyakan manusia tanpa mengira sama ada di Malaysia mahupun di dunia. Tentu sahaja dapat dilihat daripada wujudnya jutawan internet yang sekarang ini semakin tumbuh umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
Teknologi Iphone dari Apple dapat membuktikan yang talifon itu bukan sekadar SMS dan berbual. Untuk aku dan pengguna Iphone lainnya, kemudahan Internet tanpa limit membolehkan internet di gunakan di mana-mana sahaja dan di Jepun ini, tentulah, waktu yang paling sesuai untuk digunakannya di dalam kereta api. Terutama sekali jarak perjalanan yang kadangkala memakan masa sehingga 2 jam atau lebih. Jika perlukan Quran untuk di baca, hanya perlu membuka aplikasi Quran (ada yang percuma) dan boleh terus membacanya. Ianya semudah A, B, dan C. Adakah slogan, “kini semuanya di tangan anda” memang benar-benar di tangan anda?. Tentulah anda sendiri yang menentukannya.
Roda Kehidupan
Posted by far_east00 in Uncategorized on May 26, 2010
“Hidup umpama Roda, kadangkala kita di bawah, kadang kala di atas”
Roda kehidupan berpusing umpama tayar basikal, adakalanya di bawah dan ada kalanya di atas.
“Yang kuat tidak akan selama-lamanya kuat dan yang lemah tidak akan selama-lamanya lemah”
Yang kuat pula akan tiba masanya ia jatuh, dan yang lemah pula akan tiba masanya ia akan naik, akan tetapi semuanya memerlukan usaha, usaha untuk menjadi lebih baik dari semalam.
Roda akan terus berpusing, dalam kehidupan ini, kembali untuk makan, minum, tidur, kerja dan kemudian mati lalu habislah riwayat sebagai seorang manusia. Oleh kerana hidup hanya sekali, golongan ini berusaha untuk berjaya dalam kehidupannya kerana baginya kehidupan itu hanya sekali sahaja. Baginya, dunia ini adalah segala-galanya.
Kemudian, roda juga terus berpusing, tidur, makan dan minum, solat, serta rukun Islam lainnya diamalkan, cukuplah baginya baik untuk dirinya sendiri, kerana baginya, “kubur lain-lain”. Tidak perlu risau dan jaga tepi kain orang, tidak perlu untuk sibuk-sibuk mengajak orang kepada kebaikan, asal jangan kacau periuk nasi aku sudahla.
Kenapa ya?
Posted by far_east00 in Pandangan on May 17, 2010
Sering terjadi, “mengapa ya?” ataupun “kenapa ya” menjadi mainan dalam minda kita saban hari. Daripada perkara-perkara yang besar ke perkara-perkara yang kecil dalam kehidupan ini. Seringkali kita akan bertanya kenapa, “kenapa kena lakukan ini?” “kenapa kena bayar lebih?” “kenapa nak belajar sampai ke luar negara?” semuanya kenapa. Selalunya, jawapan kepada kenapa ini mempunyai rasionalnya yang tersendiri, juga kadangkala langsung tiada jawapan dalam kenapa ini.
“Apa rancangan hidup selepas ini? Sambung belajar di Jepun atau balik ke Malaysia?”
“Balik insyaAllah”
“Kenapa balik?”
Pilihan di Tangan Anda
Posted by far_east00 in Uncategorized on May 5, 2010
Syusyoku, atau dalam bahasa melayunya adalah kerja. Shingaku pula dalam bahasa Melayunya disebut sebagai sambung belajar.Syusyoku to Shingaku, mula berkerja atau sambung belajar, kedua-duanya nampak mudah, pilihan bagi setiap pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran, adakah untuk meneruskan pengajian selagi boleh, atau berhenti setakat itu untuk memulakan kerjaya idaman yang diminta.
Pada suatu hari, seorang musafir yang mengembara, berjalan di sebuah hutan dan tiba di satu persimpangan, kedua-dua persimpangan itu nampak menarik, teringin sekali pengembara itu melalui kedua-dua jalan. Jalan yang satu ini pastinya menawarkan sesuatu yang tiada pada jalan yang lagi satu begitu juga sebaliknya. Jika boleh, teringin sekali pengembara itu mengembara ke kedua-dua jalan, akan tetapi, sebagai pengembara juga manusia biasa, apabila tiba di persimpangan itu, hanya satu jalan sahaja yang boleh dilalui untuk satu-satu masa. HANYA satu.
Orang Jepun suka Membaca
Posted by far_east00 in Uncategorized on April 26, 2010
Orang Jepun suka membaca? Atau Orang Jepun suka membaca, pertanyaan atau pernyataan. Jika ianya pertanyaan, jawapannya sama ada ia atau tidak. Hanya dua jawapan sahaja. Tetapi apabila ianya sebuah pernyataan, bermaksud ianya adalah fakta, apapun jika ingin tahu kebenarannya, mungkin gambar-gambar di bawah boleh menggambarkan situasi bagaimana orang Jepun bersama buku mereka di dalam kereta api.
Membaca walaupun sesak dengan penumpang lain/
Cara membaca surat khabar yang bagus, dilipat untuk tidak mengganggu penumpang lain
Hanami (Tengok Bunga)
Posted by far_east00 in Travelog on April 5, 2010
Empat musim kesemuanya, setiap musim mempunyai kelebihan dan keunikan yang tersendiri, segalanya berbeza, dan jika di amati, ianya semakin mendekatkan kita kepada yang maha pencipta. Apa yang dicipta itu indah, begitulah dengan penciptanya.
Musim-musim berlalu dan kini, di Jepun, musim bunga mengambil tempat. Pada musim ini, pastinya keindahan bunga sakura menjadi sebutan. Munculnya hanya lebih kurang dua minggu, kemudian kembali gugur ke tanah, walaupun hanya dua minggu, keindahannya meninggalkan bekas kepada manusia.
Dunia Baru
Posted by far_east00 in Uncategorized on March 24, 2010
Zaman berubah, usia bertambah, tibalah masa untuk berubah.
Hassan mengetahui yang laptopnya sudah tidak dapat digunakan lagi, lantas dia mencari laptop baru sesuai dengan budjet yang dia ada. Kemudian Hassan kebingungan kerana terlalu banyak pilihan yang ditawarkan dengan budjet yang dia ada. Macbook Pro, atau Dell, atau Acer, juga Compaq. Semuanya berpatutan dan dengan harga yang menarik, semuanya terpulang kepada Hassan, kerana laptop yang bakal di beli itu bakal menjadi pilihannya.
Zailan merupakan pelajar tajaan MARA di United Kingdom dalam jurusan Chemical Engineering. Setelah menyelesaikan tahun akhirnya dan alhamdulillah mendapat ijazah dalam bidang Chemical Engineering, Zailan terkedu seketika memikirkan masa depannya. Setelah dilihat, semuanya terdapat 3 jalan sahaja yang nampak pada pandangan mata, sama ada meneruskan pengajian dalam bidang master, bekerja di United Kingdom sebagai jurutera, ataupun pulang ke Malaysia untuk bekerja di sana. Apapun yang Zailan pilih, semuanya adalah pilihan dia dan dia harus bertanggungjawab terhadap apa yang dia pilih.
Hafiz mula berjinak-jinak dalam dunia pelaburan. Baginya pelaburan bakal menjamin masa depannya dan juga keluarganya, ada banyak pelaburan yang ditawarkan pada masa ini. Ada yang syariah dan konvensional, juga terdapat unit trust, bond, juga mutual fund, dan lain-lain lagi. Akibat terlalu banyak, Hafiz mula pening, kemudian dia melaburkan duit hasil kerja kerasnya dalam unit trust dan bond. Hafiz tidak mendapat pulangan seperti yang diingini, lantas dia menyalahkan diri sendiri atas pilihan yang telah dia lakukan.










Recent Comments