Posts Tagged Berjalan
Berjalan Luaskan Pengalaman
Posted by far_east00 in Travelog on February 7, 2010
Suatu ketika dahulu sewaktu aku sedang menggunting rambut, aku telah berbual-bual dengan tukang gunting rambut tersebut tentang perihal mecari pengalaman sewaktu muda. Masa muda merupakan waktu yang sangat berharga terutamanya sebelum kahwin. “Masa muda nil ah engkau kena gunakan masa untuk berjalan-jalan atau pergi melancong, nanti kalau dah kahwin ke kalau dah kerja ke susah sikit nak berjalan-jalan ke rumah kawan-kawan” Kata abang penggunting rambut itu.
“Macam mana boleh jadi macam tu pula, boleh je kan kalau nak melancong semasa kahwin” aku bertanya. “Boleh tu memang boleh tapi susah sikit la, bila dah kahwin nanti yang jadi susah sebab, bila dah kahwin kena pergi berdua, lagila kalau dah ada anak kecik, makin susah kalau nak berjalan atau melancong. Kalau tiba-tiba budak tu menangis kan jadi susah, jadi masa muda ni engkau manfaatkanlah sebaiknya, sebelum melangkah ke alam seterusnya”
Ketika itu aku hanya mampu mengangguk, mungkin betul, mungkin tidak, dari segi logik akal memang betul rasanya.


Recent Comments