Posts Tagged cerita kanak-kanak
Kerana manisnya Dakwah
Posted by far_east00 in Cerpen, Islamic on January 6, 2010
Telah diceritakan pada suatu masa dahulu, di satu tempat yang jauh terdapat seekor Rubah yang tinggal di tepi sungai.
Hampir setiap minggu Rubah akan berjalan merentasi sungai, merentasi jambatan yang panjang untuk pergi mendapatkan sebuah Apple yang letaknya di atas sebuah bukit yang tinggi. Perjalanan untuk menaiki bukit itu bukanlah satu perjalanan yang mudah, perjalanan yang memerlukan keazaman yang tinggi, merentasi banyak halangan yang berliku. Perjalanan yang memerlukan persediaan, bekalan untuk melalui perjalanan yang panjang.
Tanpa disedari, hampir setiap minggu seekor rusa akan melihat gelagat Sang Rubah. Pada mulanya Sang Rusa hanya mengabaikan sahaja Rubah, tetapi kerana hamper setiap minggu akan muncul juga Rubah maka gelagat Rubah telah menarik perhatian Rusa. Setelah disiasat, Rusa mendapati yang tujuan Rubah memanjat bukit itu adalah untuk mendapatkan sebiji Apple yang letaknya di atas sebuah bukit.
Iktibar ; Harta bukan segala-galanya
Posted by far_east00 in Cerpen, Islamic on October 16, 2009
“Duit itu segala-galanya”
“Kenapa engkau cakap begitu?” balas saya.
“Yelah, sekarang ni semua perlu duit, nak belajar duit, kalau sakit duit, nak makan duit, nak pergi tandas pun duit. Engkau cakap, apa benda sekarang ni yang tak guna duit?”
“Aku tak nafikan duit itu tak penting, duit penting, tapi duit Cuma keperluan bukan tujuan. Tau beza keperluan dan tujuan? Aku bukan cakap lepas ni tak payah dah nak kumpul duit, nak kumpul banyak mana sila-silalah, Cuma, aku cakap yang duit bukan segala-galanya” Saya menjawab.
Lailatul Qadar di Tokyo itu Indah
Posted by far_east00 in Islamic, Kenangan, Travelog on September 14, 2009
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar.
Al Qadr;1
“Salam kepada saudara-saudara, berkenaan dengan program yang akan berlangsung di Masjid Asakusa, sesiapa yang lapang harap boleh menghadirkan diri” Berikut email yang diterima dari saudara Ihsan memaklumkan ada aktiviti yang bakal berlangsung.
Ternyata, keputusan untuk tidak pulang ke Malaysia, lantas untuk merasa indahnya suasana satu syawal di perantauan tidaklah hambar seperti yang diperkatakan. Alangkah indah apabila masa terisi dengan program-program yang membolehkan perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia yang masih berada di Jepun diteruskan.
Disebalik : Sang Kancil dan Sang Gajah
Posted by far_east00 in Motivasi, Pandangan on May 21, 2009
Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-siar didalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya.
Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir;
“Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini”
Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa.
Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar.
“Kalau bunyi tapak kaki macamni, ni tak lain, mesti gajah ni!”






Recent Comments