Posts Tagged risau

Gembira Seadanya

Memang menjadi lumrah untuk setiap manusia, akan perasaan risau dan gundah gulana. Jika tiada, bukan manusia namanya.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut : 2)

Manusia memang sentiasa diuji, ujian boleh jadi dalam bentuk kesenangan dan dalam bentuk kesusahan. Semuanya adalah untuk kita kembali mengingat kepadaNya.

Tetapi seringkali, kita menjadi risau, kerisauan yang melanda diri apabila kita merisaukan perkara-perkara kecil yang tidak perlu dirisaukan. Fikiran melayang apabila terlalu memikirkan perkara-perkara yang terlalu kecil;

“kalau misal kata aku gagal macam mana?”
“Kalau cikgu marah macam mana?”
“Kalau aku tak dapat A macam mana?”

Semuanya kalau, dan perkara yang tidak sepatutnya dirisaukan. Kita terlalu memikirkan perkara yang belum pasti dan belum berlaku, fikiran melayang memikirkan apa yang terjadi kalau ini berlaku, lepas itu kalau perkara ini pula yang berlaku macam mana? Dan lain-lain. Jadi luruskan pemikiran untuk berfikir secara betul dan tolak andaian-andaian.

Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithin

,

7 Comments